17 September 2011

Luahan Hati

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat-sahabat yang dikasihi.Sudah lama saya tidak update blog.Semoga kalian dalam keadaan sihat walafiat dan bersemangat untuk menulis di alam blog ini.Alhamdulilah sekarang saya sudah berada di Kuala Lumpur dan insyaallah Isnin ini saya akan hadir ke kuliah bagi memulakan pelajaran setelah empat bulan cuti semester.

Sekarang saya dan zauji menumpang di rumah mak saudara sebelah suami memandangkan cuti hujung minggu.Esok zauji akan menghantar saya balik ke UKM.Akan tetapi saya mempunyai beberapa masalah iaitu saya tidak mempunyai penetapan kolej.Oleh sebab itu , saya akan menumpang di bilik kawan coursemate saya di Kolej Keris Mas.Saya berhasrat untuk memohon rayuan untuk menetap di kolej tersebut memandangkan urusannya amat mudah dan tidak sesukar kolej lain yang terpaksa menunggu dua minggu untuk keputusan rayuan.

Petang tadi saya beserta zauji dan ahli keluarga mak saudara ke rumah terbuka salah seorang Dato' yang agak terkenal.First time saya melangkah ke rumah Dato' dan menghadiri rumah terbuka orang yang terkenal.Rasa gugup sebab kebanyakan mereka berfesyen dan nampak berbeza dengan penampilan saya yang serba sederhana.Namun apa yang saya lihat ialah para hadirin yang menghadiri seperti bertelanjang dan tidak menepati cara menutup aurat yang sempurna.


05 September 2011

Angkara Manusia

Assalamualaikum semua.Hari ini genap seminggu hari raya Aidilfitri.Ramai yang sudah pulang ke ibu kota bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.Alhamdulilah kita dah melalui bulan Ramadhan dan menyambut 1 Syawal bersama-sama dengan saudara-mara , jiran tetangga serta sahabat-sahabat.

Angkara Manusia entry saya kali ini.Maksudnya seseorang yang terkena gangguan makhluk halus seperti jin , iblis ataupun syaitan yang seangkatan dengannya akibat angkara seorang manusia yang tidak berpuas hati ,berdendam ataupun mahu menghancurkan hidup.

Salah satu cara untuk menggugurkan gangguan syaitan ini , kita boleh melakukan solat sunat tasbih.Kalian boleh rujuk di blog tanyalah ustaz.Setakat ini dahulu coretan saya , saya berharap apa pun ujian yang Allah bagi kita sabar dan jangan putus asa dari berdoa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...