Assalamualaikum dan semoga sahabat-sahabat sihat hendaknya.Hari ini Ramadhan yang ke 26.Ada beberapa hari menjelangnya Syawal dan bagi kita yang beragama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dalam beberapa jam lagi saya dan suami akan bertolak pulang ke kampung.Perjalanan dari Perak ke Kelantan.Kalau berkesempatan ingin singgah di Cameron Highland jap , itu pun kalau zauji izinkan.Zauji sebenarnya dah tak sabar nak balik kampung , tiap-tiap hari menghitung hari pulang ke kampung.
Alhamdulilah kami bukan pulang dengan tangan kosong , ada dibeli buah tangan sempena menyambut lebaran hari raya ini dan sudah pasti ramai saudara mara sebelah zauji akan berkumpul di rumah Mek ( nenek sebelah zauji ).Lepas ini tiap-tiap tahun saya akan beraya dengan family sebelah zauji memandangkan saya ibubapa sudah meninggal.Saya memberi peluang untuk zauji berbakti kepada ibubapa nya selagi mereka masih ada.Bab nak balik kampuns siapa dahulu tiada masalah bagi kami .
Alhamdulilah ana masih ada adik-beradik.Insyaallah kami berdua akan menziarah rumah adik-beradik.Adik-beradik saya pun menyambut raya pertama di rumah mertua.Sebenarnya tiada masalah bagi saya beraya di mana dan mertua kita pun seperti ibubapa kita sendiri.
Semoga perjalanan pulang kami selamat.Doakan saya dan suami ye ...
jOm layan lagu ini..semoga orang-orang tersayang menunggu kepulangan kami.



