skip to main |
skip to sidebar
Petang Selasa, saya dan suami bertolak ke Kuala Lumpur setelah hampir 3 bulan kami tidak menjejakkan kaki ke KL. Keputusan yang dibuat adalah 'last minute' semata-mata ingin mengambil jubah konvo saya pada 23 haribulan. Mengikut perancangan asal sebenarnya, saya akan pergi ke KL terlebih dahulu dan suami saya akan menyusul kemudian bersama-sama mertua.
Namun disebabkan kerisauan seorang suami terhadap isteri yang mengandung, kami bertolak awal diiringi dengan kembar suami dan keluarganya yang akan pulang ke Pahang. Kami konvoi bersama-sama. Cuaca yang agak tidak elok dengan hujan yang tidak henti-henti dari mula kami bertolak sehingga kami sampai di KL.
Alhamdulilah kami selamat sampai di rumah mak cik kepada suami yang terletak di Setapak lebih kurang pukul 12 pagi. Keesokkan harinya, saya terus ke UKM untuk mengambil jubah. Apa yang membimbangkan saya adalah saiz jubah. Saya risau saya akan dapat saiz besar sebab tarikh ambil jubah adalah 19 dan 20 haribulan. Kebanyakkan kawan-kawan sudah mengambil jubah. Namun saya bernasib baik kerana masih ada lagi saiz kecil iaitu S untuk saya. Terukir senyuman di bibir dapat saiz kecil setimpal dengan saiz badan saya.
Agenda pada pagi ini adalah raptai konvo. Alhamdulilah sampai dalam pukul 9.30 pagi dan masih belum terlewat untuk mengikuti raptai konvo. Dapat tau tatacara konvo dan tarikh konvo saya adalah 27 hb ni sesi pagi. Saya perlu berkumpul pada pukul 7.30 pagi, nampaknya saya perlu bersiap awal dan perlu pesan pada suami agar bersiap awal..Hihi.
Tadi sempat juga saya berjumpa dengan kawan-kawan yang banyak membantu saya tak kira sama ada ketika suka atau duka. Sempat juga bergambar dengan kawan-kawan memakai jubah konvo, boleh dikatakan pre-konvo. Tak sangka sudah 4 tahun belajar di UKM, dan tarikh keramat 27 hb ni kami semua graduan akan menerima ijazah. Ijazah yang merupakan segulung kertas namun ia amat bermakna sebab ia adalah hasil usaha dalam menimba ilmu. Semoga ilmu yang kita dapat bukan menjadikan kita sombong dan riak malah bertambah iman dan taqwa.
Alhamdulilah sekali lagi kepada Allah Yang Maha Memberi. Terima kasih atas nikmat yang dikurniakan kepada hambamu yang lemah ini.
Sudah lama rasanya saya tidak menulis, namun rindu untuk menulis tetap ada. Banyak perkara yang ingin ku catat namun terlalu banyak sehingga tidak tahu yang mana satu perlu diutamakan terlebih dahulu.
Pertamanya, saya ingin kongsikan kegembiraan dengan pembaca setia yang sekarang saya sudah hamil. Kalian mungkin mengetahui bahawa saya sudah lama menunggu saat-saat gembira. Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambanya dan memakbulkan doa saya. Saya amat bersyukur, tidak ketinggalan kawan-kawan yang saya kenali juga turut hamil. Alhamdulilah syukur atas rezeki yang diberi.
Alhamdulilah kandungan dah nak masuk 6 bulan. Banyak pengalaman yang ditempuhi sepanjang kehamilan. Dugaan semasa trimester pertama di mana alahan dengan pening dan muntah-muntah. Tapi saya bernasib baik sebab semua makanan saya boleh makan. Ada kawan-kawan saya yang lain nak makan pun tak boleh dan macam-macam lagi dugaan ibu mengandung.
Masuk bulan ke-4, semua alahan semakin tiada terutama muntah. Namun saya mengalami masalah hb rendah dan sering juga pening. Bekalan ubat yang diberi doktor saya jarang makan dan menyebabkan hb tidak meningkat. Pernah satu kali saya rasa pening macam nak pengsan, rupa-rupanya apabila melakukan pemeriksaan hb semakin turun. Sejak hari itu, saya bertekad jangan malas makan ubat yang dibekalkan doktor.
InshaAllah ada masa, ada peluang saya akan kongsikan pengalaman saya.