Seorang ibu akan mengandung lebih kurang 9 bulan lebih. Membawa perut ke hulu hilir dengan harapan anak yang di kandung menjadi insan yang berguna pada agama, masyarakat dan negara.Berdasarkan Falsafah Kebangsaan yang saya pelajari , guru memainkan peranan penting dalam membentuk insan yang berakhlak mulia bukannya warganegara yang baik. Insan dan warganegara adalah dua aspek yang berbeza.
Ibu jasamu tetap ku kenang walaupun engkau bukan di sisiku.Engkau tidak dapat melihat kejayaanku di dunia ini, melihat aku berumahtangga dan engkau tidak dapat melihat menantu bongsumu..Namun aku yakin engkau mengetahuinya di alam sana.Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepadamu dan aku di sini selalu mendoakan mu wahai ibuku.
Kali ini saya ingin membuat ucapan khas buat Ummi kesayangan saya, iaitu ibu mertua. Selamat Hari Lahir Ummi. Terima kasih membesarkan suami saya dan memberi didikan agama yang sempurna untuk suami. Semoga Ummi sihat, murah rezeki dan semakin dekat dengan ALLAH.
Alhamdulilah saya dikurniakan seorang ibu dan bapa mertua yang baik dan saya rasa selesa bersama mereka.



