28 December 2012

Murah Rezeki

Assalamualaikum. Sekarang majoriti pelajar universiti tengah STUDY WEEK. Namun tidak ketinggalan dengan saya juga, insha Allah 3 Jan ini bermula lah paper yang pertama iaitu Fizik Atom. Saya pula mengambil peluang ini balik ke Setapak Indah dan study di rumah je. Tapi faham-faham je la kalu study di rumah bukan boleh fokus sangat, jadi suruh suami hantar ke UIA. Insha Allah dapat fokus apa yang dipelajari.

Bagi saya ada sesuatu yang menarik di UIA. MasyaAllah sukanya saya belajar di sana, suasana yang tenang dan wanita-wanita di sana yang saya jumpa menutup aurat. Indahnya rasa dan tidak berasa janggal mengenakan niqob. Ia menjadi kebiasaan memakai purdah di sana.

Semalam lepas maghrib saya pulang ke rumah dengan dijemput oleh suami. Kemudian mengajak suami ke Mydin untuk membeli makanan namun terpaksa dibatalkan kerana suami ada urusan di luar. Sedih dalam hati..sob sob sebab rasa lapar sebenarnya tapi sabar dulu nanti suami balik insha Allah boleh ajak suami keluar makan.hihi.

Tiba-tiba apabila dah sampai rumah, kemudian suami pun keluar dengan urusan beliau.Namun yang menggembirakan hati adalah urusan suami dibatalkan. Jadi malam ini boleh la ajak beliau keluar beli makanan. Ok lepas Isyak kita keluar ye Bang, kata saya.

Sesudah itu, berlekas untuk solat, kawan suami call dan mengajak keluar makan ke Kampung Baru. Wow, alhamdulilah dan dapat rezeki ada orang nak belanja. Apa lagi, kena bersiap cepat-cepat. Alhamdulilah Allah mengetahui isi hati saya dan murah rezeki kami semalam. Alhamdulilah sekali lagi.

Semalam semasa keluar makan, isteri kepada suami kawan ada berjumpa dengan kawan-kawan dia. MasyaAllah kawan-kawannya hidup di ibu kota Kuala Lumpur dengan mengambil upah menjahit sahaja. Itulah dinamakan bakat, jika kita ada bakat insha Allah kita mampu menjana pendapatan. Yakin Boleh !!!


Jadi kalau ada bakat yang terpendam, jangan disimpan. Kalian perlu tonjolkan bakat itu. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Mungkin kita tak sedar akan kelebihan kita secara tidak langsung. Carilah kelebihan yang ada tersimpan dalam diri kita. Insha Allah kita pasti boleh berjaya.

22 December 2012

Wanita Itu Sabar

Menemui pembaca belog saya. Topik yang ingin saya kongsikan pada petang ini wanita itu sabar. Wanita bertuahnya anda menjadi wanita kerana banyak kelebihan Allah berikan kepada kita.

Semasa kita kecil, kita dijaga oleh ibubapa dan apabila meningkat umur dewasa kita mendirikan rumahtangga dan dijaga oleh suami. Kita selalu dijaga begitu pemurahnya Allah SWT kepada kita ye.

Namun wanita, untuk saya dan kalian marilah kita amalkan sifat sabar dalam kehidupan seharian kita. Allah menyatakan dalam Surah al-Baqarah, ayat 53 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar."

Ya, setiap dari kita pasti ada ujian. Setiap orang ujian yang berbeza-beza dan Allah bagi ujian sesuai dengan kemampuan kita untuk hadapinya. Jangan berasa tertekan apabila ditimpa musibah, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah bertenang. Kita hadapinya dengan tenang dan ini memudahkan pekerjaan kita. Jika masih tidak tenang, rehatkan diri dan minda serta luahkan pada orang yang boleh dipercayai. Namun kunci penting dalam menghadapi setiap musibah adalah sabar. Insyaallah sekarang mungkin ia adalah pahit dan yakinlah Allah akan kurniakan kemanisan di setiap sudut kesabaran kita itu.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud:

 "Khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang waktu ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada Nyalah kami kembali. 'Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk."

Semoga bermanfaat.
Salam Sayang Buat Sahabat Muslimahku.

13 December 2012

Hidayah Itu Milik Allah

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Hidayah Itu Milik Allah tidak kira kita ini siapa. Taraf kita sama sahaja di sini cuma hebatnya orang yang beriman mendapat tempat yang baik di sisi Allah SWT. Itulah bezanya bukan beza dari segi pangkat, atau mata wang.

Saya ingin kongsikan bagaimana anda harus bermula jika keinginan dalam diri ingin berubah namun masih dibayangi rasa takut. Persoalan yang akan timbul biasanya takut tak dapat istiqomah, takut orang kata dan pelbagai macam perkataan yang dimulai dengan TAKUT.

Pertama, anda perlu buang rasa TAKUT yang menghantui diri anda. Mungkin itu adalah bisikan syaitan yang tidak mahu anda menuju ke arah kebaikan yang diredhai Allah. Saya kongsikan pengalaman saya ketika 4 tahun yang lalu. Saya seorang gadis pada masa itu, dan keinginan saya untuk menutup aurat semakin jelas. Terdapat beberapa faktor yang mendorong saya menjadi seperti sekarang.

Saya yang datang dari latar belakang bukan sekolah agama. Sudah pasti saya tidak tahu cara membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul, tidak tahu bahasa arab, kurang arif bab agama namun yang saya pegang adalah penjagaan aurat. Saya sungguh jelas dengan orang yang diberi peluang dan terpilih belajar dalam bidang agama. Tapi saya tak salahkan sesiapa pun sebab apa yang saya fikir Allah dah buat yang terbaik untuk kita hambaNya. Jika tidak, siapa yang mahu belajar bidang sains. Ilmu yang ada kita ada boleh dikongsikan bersama-sama.

Anda boleh bermula dari sekarang, pedulikan kata orang lain. Orang lain memang suka mengata tapi jangan la kita termasuk dalam golongan yang suka mengata juga. Kita doakan orang lain faham apa yang kita faham. Jadi mulai sekarang, keluarkan semua pakaian anda dan pilih manakah yang menepati konsep menutup aurat. Anda tidak perlu membazirkan duit nak ke kedai beli abaya atau jubah. Jika baju itu longgor anda dah boleh pakai. Aspek tudung pula, boleh pilih tudung yang anda pakai tapi cara memakainya adalah labuhkan melebihi dada. Buat masa terdekat anda boleh amalkan macam ni, sebelum membeli tudung bidang 50 atau 60.

Jika niat anda ikhlas, insyaallah orang sekeliling akan faham dan akan membantu anda. Jika ada niat nak berubah, anda boleh cerita kepada kwan anda. Manalah tau mereka boleh memberikan tudung labuh, sarung tangan dan sarung kaki kepada anda sebagai hadiah.

Teringat akan kisah yang berlaku pada diri saya. Dulu saya ada menceritakan ingin berniqob dan tanpa diduga kawan saya menghadiahkan saya beberapa helai niqob dan saya masih menggunakan sampai sekarang. Alhamdulilah.


DURIAN CREPE

Bismillah..Sudah lama Jamy tak update belog. Sebab pertama sibuk yang memanjang, jadi kalau ada nak share Jamy akan post di fb jela.

Sahabat-sahabat semua dah rasa ke DURIAN CREPE? Alhamdulilah saya dah rasa hari Selasa baru-baru ni. Teruja rasanya. Mungkin sebab DURIAN CREPE ni baru popular dan masing-masing ingin rasa. Ada juga yang menyatakan tidak sedap dan ia bergantung atas citarasa masing-masing. Bagi peminat durian, confirm akan suka punyer.

Selasa baru ni saya dan Sakinah ke pasar malam di Bangi yang terletak berhampiran dengan stesen minyak. Sebelum kami ke sana, Sakinah ada bertanyakan nombor telefon orang yang ambil tempahan durian crepe lalu saya hantar no akk tersebut pada Sakinah. Opps saya pun tak tahu sama ada owner dia perempuan ke lelaki, saya teka je. Saya rasa dia perempuan sebab biasanya perempuan yang buat durian crepe.

Kemudian kami sampai ke stesen minyak yang berhampiran pasar malam. Dalam perjalanan kami ke pasar malam sempat lagi kami bercerita sama ada di pasar malam ini ada tak orang jual DURIAN CREPE. Saya rasa mesti ada manakala Sakinah pula rasa macam tak de je..

Tiba-tiba kami tergelak-gelak sambil melihat ke gerai yang di bekas itu terletak kertas putih yang tertulis 'DURIAN CREPE'. Akk yang jual durian crepe itu pun kehairanan kenapa kami tergelak-gelak sambil mencuit bahu. Sungguh teruja perasaan kami pada masa itu. Kami pun berkongsi la beli dengan harga rm4 untuk dua durian crepe. Seorang satu la maknanya!!

Alhamdulilah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...