10 December 2011

Wonderful Day


Bismillahirahmanirahim.Apa khabr sahabat blogger sekalian.Semoga anda sihat walafiat dan sentiasa mengupdate blog..Tapi saya agak jarang update maklum la org yang kurang idea..Teringin nak update tapi takut update benda2 yang tak datang manfaat , so saya just baca blog org lain je.

Seperti biasa setiap kali ada cuti dan hujung minggu saya la orang pertama yang akan balik.Bukan balik Kelantan tapi balik Gombak untuk berjumpa suami.Walaupun kadang2 kepenatan dirasai namun berbaloi apabila menatap wajah suami yang berpenat lelah bekerja sehinggakan waktu cuti beliau tidak menentu.

Semalam tanggal 9 Disember adalah paling seronok.Nak tahu kenapa??Sebenarnya saya mencadangkan kepada suami agar kami pergi tidur di hotel untuk meluangkan masa bersama namun suami tidak setuju.Apabila saya sampai suami memberitahu nak buat candle light dinner di KL Tower namun sebab kami tidak boleh booking untuk malam tersebut.Maybe sebab dah penuh.So suami meminta tolong kawan beliau dan akhirnya kami ke Restoran Nelayan di Titiwangsa.Lepas isyak kami bertolak dan suasananya amat romatik.

Saya sempat menyediakan kad untuk suami.Selepas menikmati hidangan , saya menghulurkan sekeping kad yang bersampul surat biru kepada suami.Suami amat gembira.Saya pun turut juga gembira.Alhamdulilah.
Kemudian kami ke tempat selawat dan zikir di Danau Kota.Di sana saya berada dengan muslimah-muslimah.Saya berkenalan dengan dua orang kakak yang bekas pelajar Al-Azhar di Mesir. yang dikenali dengan Kak Nani dan Kak Long.Banyak yang saya belajar dan berkongsi cerita dengan mereka.

Setelah sampai di rumah, saya menunaikan solat Isyak dan kemudian suami menghulurkan paper beg yang berwarna hijau.Alangkah terkejutnya saya.Terima kasih suami hadiahkan saya .......Sebuah handphone untuk ku isterimu yang banyak lagi perlu belajar mengenai kehidupan dan rumahtangga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...