30 March 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat. Dan sudah pasti kaum muslimin sudah pulang dari menunaikan solat jumaat. Jam menunjukkan pukul 2.11 petang. 

Mengimbau kenangan dulu, pada waktu ini ayah pulang dari masjid. Arwah ibu sudah pun menyediakan makanan yang siap dihidang di atas meja. Apabila ayah pulang, terus je kami menjamu hidangan pada waktu itu. Indahnya suasana keluarga yang bahagia.

Namun sekarang orang-orang kesayangan saya sudah meninggalkan saya. Mereka sudah pulang ke kampung asal mereka di mana iaitu negeri akhirat. Yang pasti kita semua akan pulang ke sana namun adakah kita pulang dengan tangan kosong atau dengan adanya amalan atau ibadah yang bermanfaat.

Kebiasaannya saya akan pulang ke Setapak Indah setiap hari Jumaat apabila habis kelas namun tanggungjawab saya bukan hanya sebagai isteri. Tanggungjawab sebagai pelajar menyebabkan saya berkorban rasa rindu yang terpendam buat zauji. Semakin hari, semakin banyak assignment yang dibekalkan oleh pensyarah. Rutin saya sebagai pelajar semakin bertambah dan hujung minggu di isi dengan menyiapkan assignment. 

Sekian dahulu dari saya.

28 March 2012

Blog in New Version

Assalamualaikum wbt kepada semua yang dikenali mahupun tidak dikenali. Buka-buka blog dah boleh upgrade yang baru. Apa lagi yang ditunggu. Jamy terus je upgrade. Bak kata pepatah kita mesti maju ke hadapan jangan berada dalam keadaan yang sama.

Banyak juga cerita yang hendak dikongsi sepanjang minggu ini. InsyaAllah Jamy akan story one by one. First, semalam Jamy dan coursemate having dinner di Red Walk area Bangi. So fun. Kami seramai 15 orang di mana 3 orang kaum Adam dan the rest adalah girls. Kami makan steambot. Seorang dikenakan bayaran sebanyak RM33. Makan sampai kenyang. Apabila sampai sana, kami mengambil makanan dan diletakkan atas pinggan masing-masing.

Selesai makan, antara aktiviti kami adalah bertukar hadiah. Jamy dapat sebuah buku. Alhamdulilah. Ada yang dapat selimut, baju, kain tudung, bantal strawberry, lampu meja dan lain-lain. Seronok dan sesi bergambar sebelum pulang sebagai tanda kenangan kami.

Sebagai tatapan untuk rakan-rakan semua..


22 March 2012

Ayuh Bangkit !!!

Salam sejahtera buat ahli keluarga, sahabat handai yang mengenali saya ataupun tidak mengenali saya. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Sudah lama saya tidak update entry. Insyaallah mulai hari ini, diberi kesempatan waktu saya akan berkongsi apa jua yang terlintas di fikiran kecil saya ini.

Sejak kebelakangan ini, saya berasa tidak semangat dan jua bermacam2 persoalan datang. Sejak sebulan ini, saya selalu tidur awal namun saya cuba bangun 1/3 malam untuk bermunajat keresahan yang melanda diri. Saya selalu cemburu melihat orang lain belajar agama, melihat orang lain berada di negara-negara Timur Tengah..Saya cemburu.. Kadang2 ingin saya berhenti belajar dan mengajak zauji ke sana untuk mendalami ilmu agama.

Zauji selalu ingatkan saya bahawa kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita jangan tengok orang lain dan kita nak jadi macam orang lain. Sekarang saya cuba memahami apa yang disampaikan zauji dan sekarang saya tidak mahu mengeluh dengan apa yang saya ada. Saya bersyukur dapat belajar di sini dan saya masih ada setahun lagi untuk menamatkan pengajian saya.

Saya mengenali seorang wanita yang berhati di mulia. Saya mengambil peluang membaca blog beliau. Seolah-olah saya rasa bersemangat semula.Saya harus bangkit, sekarang sudah masuk minggu ke lima di UKM namun saya masih belum memberi perhatian kepada pelajaran saya. Saya lalai, betapa lemahnya diri ini.

11 March 2012

Aku Hamba Allah


Siapakah kita..?Bila ditanya pasti kita akan menjawab apa nama kita..Yang sebenarnya kita adalah hamba Allah..Apabila disebut hamba Allah boleh terbayang di fikiran kita mengenai perkataan hamba..

Hamba itu sebenarnya insan yang kerdil, kita bukan siapa2 di muka bumi ini walaupun kita mempunyai kedudukan yang tinggi, harta yang banyak namun kita jangan lupa di hadapan Allah kita semua adalah sama tidak kira miskin ataupun kaya..Cuma yang berbeza di sisi Allah adalah ketaqwaan dan keimanan seseorang.

Buat sahabat yang disayangi, banyak lah mengingati Allah. Sebelum bertindak fikir baik buruk dulu sesuatu perkara yang kita hendak lakukan. Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak boleh diundur"..Sama2 kita renungkan..

Alhamdulilah selama ini, saya tidak berani berpurdah di tempat saya belajar.Namun dengan nekad yang ada, semester ini saya berazam nak berpurdah. Walaupun saya berniqob, saya masih banyak yang perlu belajar.

10 March 2012

Think Positive


Assalamualaikum semua..Sudah lama jamy tak update belog ini..Semoga sahabat dalam keadaan sihat dan emosinya dalam keadaan stabil.. jika emosi agak kurang stabil, jom sama2 kita check diri masing2? Mungkin ada bnda yang masih kurang..Tips utama adalah dekatkan diri dengan Allah maka hati akan menjadi tenang.. Cuba ye..

Alhamdulilah di waktu Jamy sedih ada sahabat yang sentiasa memberi pandangan yang positid. Di samping adanya suami yang sentiasa memberi semangat kepada saya. Terima kasih.

Alhamdulilah buat masa ini, Jamy agar kuat dalam berniqob di tempat belajar. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...