20 July 2011

Morning!!!

Alhamdulilah ana bersarapan nasi lemak pada pagi ini.Syukur ke hadrat Illahi atas nikmat kurniaannya.Semalam kami menutup gerai di KELCHEFF 2011 lebih kurang dalam pukul 10.30 malam.Selepas itu singgah di warung yang ada menjual nasi gulai ikan.Ana tidak berselera dan berat badan ana turun.Zauji berselera makan dan bila perut dah kenyang kami mempunyai urusan lain untuk berjumpa Pok Nik.

Sepanjang masa ana bersama dengan zauji,menjual pencicah Asiah Hassan.Alhamdulilah ana menghargai saat-saat bersama dengan zauji.Sebenarnya kalau diberi peluang untuk ana,ana nak belajar di timur tengah,fasih berbahasa arab.Allah buat terbaik untuk kita,jadi ana akan menghargai bidang yang ana belajar cuma ana dahagakan ilmu agama.Banyak lagi yang perlu ana pelajari untuk lebih dekat serta memahami agama.Alhamdulilah suami ana banyak membantu.Beliau mengajar ana mengaji al-quran serta mengenal hukum tajwid.Namun disebabkan kesibukan kebelakangan ini,zauji tidak dapat mengajar ana.Masa yang berlalu perlu dihargai.

Terima Kasih Suamiku.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...