11 January 2015

Aku Dah Dapat Posting

Aku sudah tahu tempat aku posting, sudah lama menunggu dan akhirnya penantian itu terjawab. Dulu sebelum posting, aku dan suami sudah berbincang-bincang jika dapat Sabah mahupun Sarawak, aku akan tolak tawaran tersebut.
Namun kali ini bukan Sabah mahupun Sarawak. Aku ditempatkan di Johor tetapi belum tahu sekolah mana lagi, aku boleh cek sekolah nanti 16 hb ni. 19 hb ini aku akan lapor diri di sekolah. Aku pun tak tahu persediaan apa yang sepatutnya aku buat sekarang, yang aku tahu perlu kemas semua barang dalam rumah sewa aku ini kerana tuan rumah sewa meminta kami mengosongkan rumah pada bulan Februari ini. 
Kebetulan aku dapat mengajar di Johor, maka kami akan berpindah di Johor. Rupa-rupanya bakal rumah sewa menanti di Johor. Aku harapkan penghijrahan aku dan keluarga membawa seribu kebaikan kepada kami. Semoga kami akan menjadi insan yang luar biasa. Kata orang, muda-muda ini ambil pengalaman dari negeri orang. 
Berdebar juga rasa hati memandangkan aku tidak punya sanak-saudara di sana, alhamdulilah ada kawan-kawan yang bekerja di sana. Alhamdulilah boleh kami menumpang sebelum aku lapor diri dan mencari rumah sewa. Aku berharap segala urusan aku di sana berjalan dengan lancar. Macam-macam di fikiranku sebab aku membawa anak kecil.
Okay la setakat ini dulu entry aku kali ini, Mokhtar tak mahu tidur lagi. Nak layan si kecil dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...