04 June 2011

Malam Ini Berdua

  Asalamualiakum.Malam ini kami berdua berada di rumah.Ana bersama anak saudara ana yang bernama Husna.Malam ini ada majlis cukur rambut dan selawat sepupu Husna yang baru lahir.

  Ana masak ayam masak kunyit kerana ia adalah makanan kegemaran Husna.Sebenarnya ana tak sabar menunggu kepulangan kakak ana yang ke 4.Dijangka malam ini kakak akan sampai.Bermula la tugas ana dalam membantu kakak mengemas rumah sebelum Jumaat ini.Ana berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

  Kawan-kawan nak tahu tak petang tadi ana masak apa?Huh ana cuba buat bubur kacang hijau.Tapi sayangnya  bubur tu tak menjadi sebab kacang hijau itu tidak empuk.Rupa-rupanya kesilapan ana adalah tidak merendam terlalu lama kacang tersebut.Apa yang ana belajar hari ini amat bermakna bagi ana.Lainkali bila nak masak bubur kacang or yang berkaitan beras pulut juga perlu direndam dalam jangka masa yang lama.
   
Jom kawan-kawan dengar radio IKIM..Hari Rabu pukul 10 pagi sahabat-sahabat dengar la Islam Itu Indah bersama dengan Prof Dr Muhaya.
 

Tersilap Tarikh

 Apa khbar?Ana alhamdulilah sihat walafiat.Semalam sebelum ana melelapkan mata,ana dapat dua SMS dari kawan-kawan ana.Kami sama-sama belajar di Sekolah Menengah Hamzah 1 di Kelanatan Darul Naim.Alangkah ana terkejut rupa-rupanya mereka ingatkan hari ini adalah majlis kesyukuran perkahwinan ana.

  Perasaan terkejut bercampur dengan gembira,lucu betul kawan-kawan ana ni.Awalnya diorang ingat majlis ana.Dah tak sabar ke untuk datang ke majlis ana.Namun ana ucapkan terima kasih kerana mendoakan ana dan membuat ana gembira.Tanpa kawan mungkin ana tidak akan berasa lebih gembira.Dengan adanya sahabat,kita boleh berkongsi perasaan kegembiraan kita.Alhamdulilah Allah mengurniakan sahabat buat kita dan hargailah sahabat kita.

  Lebih kurang jam 11 pagi tadi ana dapat satu SMS..Kalian tahu kan ana merindui persahabatan dalam usrah ana walaupun sekejap namun ia satu pengalaman yang manis buat ana.Dari situ lahirnta persahabatan kerana Allah tiada wujudnya hasad dengki yang hanya ada berkasih sayang kerana Allah.Ingat tak semalam ana ada bercerita pasal Kak Yana?

  Puteri nama seorang kenalan baru ana yang berasal dari Machang mengirim SMS kepada ana untuk mengajak ana ke majlis perkahwinan usrahmate.Puteri dapat number hp ana daripada Kak Yana.Terima kasih Kak Yana kerana tidak melupakan ana.Namun ana tidak berpeluang mengikuti majlis perkahwinan tersebut kerana ana perlu menjaga rumah sebab kakak ana ada hal malam ini.

   Insyaallah ana akan menghargai sesiapa yang ingin bersahabat dengan ana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...