28 December 2012

Murah Rezeki

Assalamualaikum. Sekarang majoriti pelajar universiti tengah STUDY WEEK. Namun tidak ketinggalan dengan saya juga, insha Allah 3 Jan ini bermula lah paper yang pertama iaitu Fizik Atom. Saya pula mengambil peluang ini balik ke Setapak Indah dan study di rumah je. Tapi faham-faham je la kalu study di rumah bukan boleh fokus sangat, jadi suruh suami hantar ke UIA. Insha Allah dapat fokus apa yang dipelajari.

Bagi saya ada sesuatu yang menarik di UIA. MasyaAllah sukanya saya belajar di sana, suasana yang tenang dan wanita-wanita di sana yang saya jumpa menutup aurat. Indahnya rasa dan tidak berasa janggal mengenakan niqob. Ia menjadi kebiasaan memakai purdah di sana.

Semalam lepas maghrib saya pulang ke rumah dengan dijemput oleh suami. Kemudian mengajak suami ke Mydin untuk membeli makanan namun terpaksa dibatalkan kerana suami ada urusan di luar. Sedih dalam hati..sob sob sebab rasa lapar sebenarnya tapi sabar dulu nanti suami balik insha Allah boleh ajak suami keluar makan.hihi.

Tiba-tiba apabila dah sampai rumah, kemudian suami pun keluar dengan urusan beliau.Namun yang menggembirakan hati adalah urusan suami dibatalkan. Jadi malam ini boleh la ajak beliau keluar beli makanan. Ok lepas Isyak kita keluar ye Bang, kata saya.

Sesudah itu, berlekas untuk solat, kawan suami call dan mengajak keluar makan ke Kampung Baru. Wow, alhamdulilah dan dapat rezeki ada orang nak belanja. Apa lagi, kena bersiap cepat-cepat. Alhamdulilah Allah mengetahui isi hati saya dan murah rezeki kami semalam. Alhamdulilah sekali lagi.

Semalam semasa keluar makan, isteri kepada suami kawan ada berjumpa dengan kawan-kawan dia. MasyaAllah kawan-kawannya hidup di ibu kota Kuala Lumpur dengan mengambil upah menjahit sahaja. Itulah dinamakan bakat, jika kita ada bakat insha Allah kita mampu menjana pendapatan. Yakin Boleh !!!


Jadi kalau ada bakat yang terpendam, jangan disimpan. Kalian perlu tonjolkan bakat itu. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Mungkin kita tak sedar akan kelebihan kita secara tidak langsung. Carilah kelebihan yang ada tersimpan dalam diri kita. Insha Allah kita pasti boleh berjaya.

22 December 2012

Wanita Itu Sabar

Menemui pembaca belog saya. Topik yang ingin saya kongsikan pada petang ini wanita itu sabar. Wanita bertuahnya anda menjadi wanita kerana banyak kelebihan Allah berikan kepada kita.

Semasa kita kecil, kita dijaga oleh ibubapa dan apabila meningkat umur dewasa kita mendirikan rumahtangga dan dijaga oleh suami. Kita selalu dijaga begitu pemurahnya Allah SWT kepada kita ye.

Namun wanita, untuk saya dan kalian marilah kita amalkan sifat sabar dalam kehidupan seharian kita. Allah menyatakan dalam Surah al-Baqarah, ayat 53 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar."

Ya, setiap dari kita pasti ada ujian. Setiap orang ujian yang berbeza-beza dan Allah bagi ujian sesuai dengan kemampuan kita untuk hadapinya. Jangan berasa tertekan apabila ditimpa musibah, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah bertenang. Kita hadapinya dengan tenang dan ini memudahkan pekerjaan kita. Jika masih tidak tenang, rehatkan diri dan minda serta luahkan pada orang yang boleh dipercayai. Namun kunci penting dalam menghadapi setiap musibah adalah sabar. Insyaallah sekarang mungkin ia adalah pahit dan yakinlah Allah akan kurniakan kemanisan di setiap sudut kesabaran kita itu.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud:

 "Khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang waktu ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada Nyalah kami kembali. 'Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk."

Semoga bermanfaat.
Salam Sayang Buat Sahabat Muslimahku.

13 December 2012

Hidayah Itu Milik Allah

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Hidayah Itu Milik Allah tidak kira kita ini siapa. Taraf kita sama sahaja di sini cuma hebatnya orang yang beriman mendapat tempat yang baik di sisi Allah SWT. Itulah bezanya bukan beza dari segi pangkat, atau mata wang.

Saya ingin kongsikan bagaimana anda harus bermula jika keinginan dalam diri ingin berubah namun masih dibayangi rasa takut. Persoalan yang akan timbul biasanya takut tak dapat istiqomah, takut orang kata dan pelbagai macam perkataan yang dimulai dengan TAKUT.

Pertama, anda perlu buang rasa TAKUT yang menghantui diri anda. Mungkin itu adalah bisikan syaitan yang tidak mahu anda menuju ke arah kebaikan yang diredhai Allah. Saya kongsikan pengalaman saya ketika 4 tahun yang lalu. Saya seorang gadis pada masa itu, dan keinginan saya untuk menutup aurat semakin jelas. Terdapat beberapa faktor yang mendorong saya menjadi seperti sekarang.

Saya yang datang dari latar belakang bukan sekolah agama. Sudah pasti saya tidak tahu cara membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul, tidak tahu bahasa arab, kurang arif bab agama namun yang saya pegang adalah penjagaan aurat. Saya sungguh jelas dengan orang yang diberi peluang dan terpilih belajar dalam bidang agama. Tapi saya tak salahkan sesiapa pun sebab apa yang saya fikir Allah dah buat yang terbaik untuk kita hambaNya. Jika tidak, siapa yang mahu belajar bidang sains. Ilmu yang ada kita ada boleh dikongsikan bersama-sama.

Anda boleh bermula dari sekarang, pedulikan kata orang lain. Orang lain memang suka mengata tapi jangan la kita termasuk dalam golongan yang suka mengata juga. Kita doakan orang lain faham apa yang kita faham. Jadi mulai sekarang, keluarkan semua pakaian anda dan pilih manakah yang menepati konsep menutup aurat. Anda tidak perlu membazirkan duit nak ke kedai beli abaya atau jubah. Jika baju itu longgor anda dah boleh pakai. Aspek tudung pula, boleh pilih tudung yang anda pakai tapi cara memakainya adalah labuhkan melebihi dada. Buat masa terdekat anda boleh amalkan macam ni, sebelum membeli tudung bidang 50 atau 60.

Jika niat anda ikhlas, insyaallah orang sekeliling akan faham dan akan membantu anda. Jika ada niat nak berubah, anda boleh cerita kepada kwan anda. Manalah tau mereka boleh memberikan tudung labuh, sarung tangan dan sarung kaki kepada anda sebagai hadiah.

Teringat akan kisah yang berlaku pada diri saya. Dulu saya ada menceritakan ingin berniqob dan tanpa diduga kawan saya menghadiahkan saya beberapa helai niqob dan saya masih menggunakan sampai sekarang. Alhamdulilah.


DURIAN CREPE

Bismillah..Sudah lama Jamy tak update belog. Sebab pertama sibuk yang memanjang, jadi kalau ada nak share Jamy akan post di fb jela.

Sahabat-sahabat semua dah rasa ke DURIAN CREPE? Alhamdulilah saya dah rasa hari Selasa baru-baru ni. Teruja rasanya. Mungkin sebab DURIAN CREPE ni baru popular dan masing-masing ingin rasa. Ada juga yang menyatakan tidak sedap dan ia bergantung atas citarasa masing-masing. Bagi peminat durian, confirm akan suka punyer.

Selasa baru ni saya dan Sakinah ke pasar malam di Bangi yang terletak berhampiran dengan stesen minyak. Sebelum kami ke sana, Sakinah ada bertanyakan nombor telefon orang yang ambil tempahan durian crepe lalu saya hantar no akk tersebut pada Sakinah. Opps saya pun tak tahu sama ada owner dia perempuan ke lelaki, saya teka je. Saya rasa dia perempuan sebab biasanya perempuan yang buat durian crepe.

Kemudian kami sampai ke stesen minyak yang berhampiran pasar malam. Dalam perjalanan kami ke pasar malam sempat lagi kami bercerita sama ada di pasar malam ini ada tak orang jual DURIAN CREPE. Saya rasa mesti ada manakala Sakinah pula rasa macam tak de je..

Tiba-tiba kami tergelak-gelak sambil melihat ke gerai yang di bekas itu terletak kertas putih yang tertulis 'DURIAN CREPE'. Akk yang jual durian crepe itu pun kehairanan kenapa kami tergelak-gelak sambil mencuit bahu. Sungguh teruja perasaan kami pada masa itu. Kami pun berkongsi la beli dengan harga rm4 untuk dua durian crepe. Seorang satu la maknanya!!

Alhamdulilah.


16 October 2012

..Aku Terima Nikahnya..

Assalamualaikum..Macam hujung minggu kalian, apakah aktiviti yang dilakukan sepanjang hujung minggu..Alhamdulilah saya semakin sihat insyaallah..

Minggu ini seperti biasa saya pulang ke Setapak Indah.Namun disebabkan kesihatan yang tidak berapa baik,  rutinku tidak sebaik sangat..dan cuaca yang selalu hujan menyebabkan pakaian suami tidak kering dan minggu ini saya tidak sempat menggosokkan pakaian suami..Kebiasaannya hari Ahad adalah waktu menggosok namun disebabkan pagi tadi kami berdua ke rumah ustaz kepada suami saya yang meminta tolong menjaga anak-anak beliau..

Jadi aktiviti hari Ahad tergendala namun ia tetap manis.Kami menimba pengalaman menjaga anak-anak kecil..Pelbagai ragam anak-anak kecil yang aktif dan tak reti nak duduk diam.Namun kita tidak boleh marah mereka, just menjadi pemerhati melihat kelakuan mereka agar tidak merbahaya..Kanak-kanak aktif adalah kanak-kanak yang bagus di mana mereka berfikir mencari idea mencipta itu dan ini..

Kebetulan minggu ini kami menonton movie Aku Terima Nikahnya..Best juga movie nii..Wow, teringat kembali masa en suami melafazkan akad..Semoga rumahtangga kami diberkati..

13 October 2012

Graduation Day

Assalamualaikum..Menulis dalam kesihatan yang tidak baik namun disebabkan ia adalah sebahagian dari minat saya.jadi nak je update belog ini..Alhamdulilah baca status kawan-kawan di facebook ramai yang mengucapkan syukur atas nikmat yang diberi adalah Hari Graduasi..Setelah beberapa tahun berpenat lelah akhirnya dapat juga memegang segulung ijazah..Syukur..Namun giliran saya belum tiba lagi..Insyaallah coming soon...

Sejak beberapa hari saya tidak berapa sihat, demam di waktu malam sahaja..Pada suatu hari, saya pergi berjumpa doktor dan pada masa itu kebetulan suhu badan saya tidak panas..Kebetulan doktor yang merawat ada foreigner dan boleh tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.Jadi Doc saya tak demam dan insyaallah ok..Namun pada keesokan malam, badan saya panas dan alhamdulilah masa tersebut saya pulang ke Setapak.Alhamdulilah suami ada bersama-sama menemani saya..Badan semakin panas, dikuatkan diri untuk tidur dan insyaallah akan ke klinik pada keesokan hari.Sebenarnya saya ada program di Asrama Felda Bakti di Keramat..Niat di hati pagi ini ingin bertolak ke sana namun disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan saya membatalkan niat ke program.

Apabila ke klinik yang berdekatan kawasan rumah, doktor memberitahu demam saya disebabkan virus..Doc bagi ubat antiobitik dan demam..Jika demam saya masih berterusan selama 5 hari, saya perlu membuat pemeriksaan darah.Ia bertujuan untuk memeriksa kesakitan..Ya Allah setiap Allah uji itu ada hikmahnya dan semoga saya cepat sembuh.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamt Bergraduasi kepada pelajar UKM terutamanya dan pelajar-pelajar lain.Tahniah !!!!



07 October 2012

Happy Sunday !!

Bismillah..Assalamualaikum..Happy Sunday buat semua orang..Korang buat apa hari ni? Hopefully isi masa dengan aktiviti yang bermanfaat la yaaa...

Saya keseorangan di rumah memandangkan suami keluar mengajar di Petaling Jaya..Rutin harian saya sebagai isteri merangkap seorang pelajar adalah tiap-tiap hujung minggu mengemas segala kelengkapan suami..Buat dengan ikhlas dan kasih-sayang..Kesian plak pada suami bila fikir semula..Hujung minggu baru la kitorang boleh bersama..Itulah yang dinamakan diliku kehidupan..Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat..Dan insyaallah apa yang kita impikan akan tercapai akhirnya,,Allah Maha Mengetahui..

Semalam saya dan sepupu pergi jalan-jalan di Uptown Danau Kota setelah mendapat keizinan suami..Sebenarnya dekat je dengan umah namun saya tak berapa suka ke sana..Saya pernah bertanya kepada suami..yang saya pelik dan tak boleh fikir kenapa orang suka pergi Uptown..Hahaha...Dengan selamba suami saya menjawab, tak payah la fikir...Ok akhirnya saya senyap..

Mula-mula niat tak nak beli apa-apa pun..Tapi akhirnya saya membeli baju..Habis melayang duitku...Saya sebenarnya sudah memasang niat tak nak dah beli baju memandangkan baju yang ada selama ni sudah banyak dan tak terpakai pun..Tak nak la membazir kata kan..

Ok la yaa...Dah masuk waktu zohor..Jom solat..

29 September 2012

Herbalife

Bismillah..Assalamualaikum..Sekarang ini di televisyen menyaksikan perlawanan bola sepak antara FELDA dan KELANTAN..tapi masih 0-0..haha..saya bukan peminat bola sepak pun..

Buat pengetahuan pembaca,saya baru mencuba Herbalife.Pada mula-mulanya dalam minda saya agak tak berminat dengan benda-benda gini..Kemudian sahabat saya Sakinah mengajak untuk pergi Shake Party di Fakulti Kejuteraan UKM..Mula-mulanya saya tak nak pergi namun tiba-tiba saya sudah berubah membuat keputusan.Akhirnya saya mengikuti Sakinah dengan membonceng motorsikal bersamanya.

Kami menuju ke Shake Party.Setelah itu, saya membuat body scan..RAHSIA ye berat badan saya..hihi..Dari body scan saya boleh mengetahui air, lemak, tulang yang ada dalam diri saya.Melalui body scan itu, saya rasa saya ingin mencuba HERBALIFE..semoga apa yang saya impikan tercapai.

Selamat Malam.

25 September 2012

Selamat Mengundi

Bismillah..Selamat Pagi..Alhamdulilah..Banyak cerita yang ingin saya kongsikan sepanjang minggu ini.Insyaallah kita kongsi sama-sama ye..

Pada mulanya saya ingin kongsi, saya dah tahu tajuk tesis saya. Ini merupakan berita baik pada saya dan tajuk yang diberikan Dr Zanaton amat sesuai dengan jiwa saya..hehe..Apa-apa pun Jazakallah khairan kasiran..

Tajuk yang saya dapat adalah Apakah perkaitan Al- Quran dengan Sains..Jadi saya perlu menyelidik pasal ini..Selain itu penyelia tesis saya sempat berpesan agar saya perlu rajin membaca tafsir al-quran..Semoga tesis ini lebih mendekatkan diri saya dengan Pencipta..Itu yang saya mahukan..Insyaallah.

Cerita yang kedua, tahun ini saya menjinak-jinakkan diri dengan perniagaan.Perniagaan utama saya adalah SF BEAUTY..bagi yang berminat boleh lawati page saya Jamy Beauty..Alhamdulilah customer saya semakin bertambah dan mereka berpuas hati menggunakan SF BEAUTY.Perniagaan kedua saya adalah menjual moist chocolate cake secara kecil-kecilan di asrama.

Semalam saya ada mendengar radio IKIM sambil menyiapkan kerja.Kebetulan pada masa itu slot membincangkan tentang usahawan.Saya pun tertarik tambah-tambah lagi usahawan itu bukan hanya usahawan malah seorang yang menyampaikan dakwah melalui perniagaan beliau.Beliau adalah Hajah Sahida yang menjadi guru menjahit langsir Al Mujahid..Masyaallah..

Secara kesimpulannya, apa pun yang kita impikan tidak mustahil untuk kita milikinya..Ayuh perbetulkan niat kita dan bermunajatlah pada pencipta.. Selamat mengundi bagi pelajar UKM pada hari ini..

17 September 2012

Tesis Oh Tesis !!!


Bismillah..Selamat pagi sahabat-sahabat semua..Di kala ini saya menunggu kepulangan zawj dari tempat mengajar beliau. Lupa untuk dikongsikan bahawa saya sudah mengetahui siapakah yang akan menjadi penyelia tesis saya untuk tahun terakhir sebagai pelajar Fakulti Pendidikan di UKM.InsyaAllah.

Beliau adalah Dr Zanaton iaitu Penyelaras Program Sains. Pada mulanya, apabila saya mengetahui bahawa beliau akan menjadi penyelia, saya cukup gembira.Alhamdulilah. Sebelum ini kami pelajar Sains selalu meluahkan perasaan kepada beliau dan mengadu seribu macam masalah terhadap beliau.Beliau sungguh baik dan perwatakan islamic dengan bertudung labuh dan menjaga aurat.Alhamdulilah tidak terhingga kerana saya di bawah penyeliaan beliau.

Saya bukan keseorangan, saya dan tiga orang kawan akan bersama Dr Zanaton.Salah seorang adalah kawan satu kos dengan saya iaitu Nur Amalina Izaty, seorang lagi adalah pelajar Pendidikan Islam iaitu Mazawani dan yang terakhir rasanya namanya saya tak begitu kenali.Jika tidak silap saya pelajar tersebut adalah pelajar repeat.

Namun ada juga cerita sedih..Ada seorang sahabat saya, beliau begitu sedih kerana beliau di bawah penyeliaan pensyarah yang cerewet.Semua orang sedia maklum dengan perwatakan pensyarah tersebut.Apabila mendapatkan nasihat Dr Zanaton, sahabat saya cuba menerima dan mungkin ini adalah yang terbaik untuk sahabat saya supaya menjadi lebih cekal dan tabah dalam menghadapi segala ujian.

Akhir kalam..Selamat menunaikan solat dhuha..Insyaallah saya akn berkongsi mengenai diri saya yang dhoif ini dengan sahabat-sahabat.


Bantal Bucuk


Bismillah..Assalamualaikum..Sebenarnya saya tidak tahu ingin berkongsi apa dengan sahabat-sahabat, tiba-tiba terlintas idea mengenai bantal busuk.Pasti setiap orang di kalangan kita memiliki bantal busuk walaupun bantal itu sebenarnya tidak busuk seperti yang disangkakan.

Nak dijadikan cerita minggu lepas, sepanjang malam saya tidak lena untuk tidur.Susah untuk melelapkan mata.Ini adalah kerana bantal golek saya berkemungkinan besar dicuri.Sebelum cuti semester yang lalu, saya meninggalakn bantal golek di ruang stor asrama. Apabila buka semester, di dalam bilik stor sudah tidak ada bantal golek saya.Sedih namun ia hanya bantal golek.

Seingat saya bantal golek itu sudah tiga tahun bersama saya.Ia dibeli sebelum saya berdaftar sebagai pelajar UKM.Namun yang hilang sudah pasti ada penganti walaupun pengantinya tidak sebaik yang dahulu.Insyaallah lusa akan balik ke UKM semula bersama dengan bantal golek yang baru sebagai peneman tidur.

16 September 2012

Minta Nasihat


Bismillah..Assalamualaikum..16 SEPTEMBER..Salam Satu Malaysia dan Selamat Bercuti..

Semalam saya menerima panggilan dari seorang kawan yang mengatakan beliau sudah memakai niqob di kawasan UKM.Beliau meminta nasihat saya bagaimana hendak berhadapan dengan rakan sekelas dan pensyarah.Alhamdulilah saya turut gembira dengan hijrah terbaru beliau dan memilih untuk mengenakan secebis kain di muka.Saya cukup terharu dan berdoa agar beliau istiqamah dalam memilih jalan ini. InsyaAllah.

Masa saya memberanikan diri memakai niqob lebih kurang satu semester yang lalu, saya memilih untuk membuka semasa berada di dalam kuliah ataupun kelas.Pada mulanya saya cadangkan agar beliau membuka semasa di dalam kelas, kemudian apabila dilanjutkan perbualan, saya mencadangkan agar beliau tidak membuka selagi tidak mendapat amaran dari pensyarah..Lagipun sahabat saya kini sedang membuat master di UKM.

Di akhir perbualan, sahabat saya membuat keputusan untuk berjumpa pensyarah terlebih dahulu dan meminta kebenaran pensyarah untuk berniqob di dalam kelas.Semoga Allah permudahkan urusan sahabat saya..Bila diimbau kembali, saya seorang yang tidak kuat..Berikanlah saya kekuatan seperti insan-insan yang lain.

10 September 2012

Tahun 4

Bismillah..Kembali mencoret di belog, jari jemari menari di atas keyboard dan dilontarkan melalui mata pena..Alhamdulilah syukur dipanjatkan pada Illahi kita masih diberi peluang menghirup udara..Oksigen dan hidrogen silih berganti dalam diri kita..Itu adalah nikmat yang terbesar buat kita umat Islam..

10 Septemter 2012 bermulalah sesi akademik bagi saya..Kami sudah melangkah ke tahun 4..Adik2 boleh panggil kami senior..Sedar tak sedar dah nak masuk empat tahun saya berada di UKM..Dan semester ini merupakan semester terakhir berada di UKM sebelum praktikal ke sekolah..

Tidak di sangka-sangka anak saudara saya mendapat tawaran menyambung belajar di UKM..Alhamdulilah kami mendapat bilik yang sama..Itu adalah satu anugerah dr Allah..

Bila bercakap dengan zawj, beliau bertanya, " Sayang kena usaha dapat dekan semester ini "..kelu rasanya mendengar permintaan zawj..InsyaAllah....

09 September 2012

Umrah

Assalamualaikum.Pena mula berbicara..Semoga bicara membawa manfaat..Beberapa hari yang lalu Ummi dan Baba pulang ke Malaysia dan alhamdulilah sudah selesai mengerjakan umrah.

Kepulangan Ummi dan Baba disambut oleh saya dan suami di KLIA..Lebih kurang 3.30 petang Ummi dan Baba selamat mendarat di KLIA..Subhanallah nampak kelainan di wajah Ummi dan Baba, kami terus berpeluk-pelukan..Selama 55 hari Ummi dan Baba di Mekah.Sepanjang perjalanan pulang, Ummi berkongsi cerita kepada kami mengenai keadaan di sana.

Menurut Ummi pergi Mekah adalah untuk bekerja di mana setiap masa diisi dengan beribadah kepada Allah Taalla.Gembira di wajah Ummi dan saat di hadapan Kaabah Ummi mengatakan bahawa sedih dan pilu di hati.Sesungguhnya kita adalah hamba yang lemah.

Bersujud kita di hadapan Kaabah
Menadah tangan seikhlas hati
Agar di ampunkan segala dosa...






26 August 2012

Celoteh AIdilfitri

Assalamualaikum..Masih belum terlambat saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. alhamdulilah raya kali ini kami meraikan dengan penuh kesyukuran walaupun kami berjauhan dengan umi dan baba.Hubby pulang dua hari sebelum raya maka segala persiapan raya tertunda menunggu kepulangan beliau.

Alhamdulilah segala kelengkapan raya adik-adik terurus dengan baik.Nak dijadikan cerita kami dua kali ke wakaf che yeh gara-gara baju melayu hubby tertinggal di sana..sesampai di rumah bila check semula brg-brg yg dibeli kami terperasan yg baju melayu hubby tiada..untuk puas hati kami sekali lg ke wakaf che yeh..masa tu lebih kurang pukul 3 pagi.alhamdulilah jumpa juga di salah satu kedai yg kami singgah.

Nnti saya akn sambung cerita ini.huhu..sebnrnya nasi yg saya tanak dah hangus sb leka..jumpa lg.

02 August 2012

Cemburu

Menemui sahabat yang sudi jenguk belog saya yang tidak seberapa ini..Sungguh saya cemburu..Cemburu saya kerana saya ingin ke Makkah..Ingin ke Masjid Nabawi..Ya Allah sampaikan saya dan suami ke sana.

Semalam saya sempat mengirimkan pesanan ringkas kepada Ummi yang berada di Makkah. Saya bertanyakan khabar mereka. Alhamdulilah mereka baik-baik sahaja..Pejam celik sudah tiga minggu Ummi dan Baba berada di Makkah.. Ya Allah.alhamdulilah atas nikmat Mu.

Tidak ketinggalan juga kembar suami dan isterinya juga berada di Makkah dan alhamdulilah abg ipar dan biras dapat berjumpa Ummi dan Baba di sana. InsyaAllah dapat merayakan Aidilfitri di sana.

Saya memohon doa agar Allah panjangkan umur kami dalam manfaat dan izinkan kami ke sana.

31 July 2012

11 Ramadhan

Assalamualaikum..Sedar tak sedar hari ini sudah 11 hari kita berpuasa.Setiap orang ada kisah masing2 yang istimewa sepanjang Ramadhan..Saya berpuasa tanpa suami di sisi dek kerana tanggungjawab suami menjadi imam terawih di salah satu surau di Shah Alam.

Sebelum Ramadhan menjelma, mertua saya sudah berangkat ke Tanah Suci Makkah. Tahun ini kami menyambut Aidilfitri tanpa ibubapa.Namun saudara-mara yang lain masih ada.. Tok Mek dan yang lain..Semangat itu masih ada walaupun berjauhan dengan mertua..Semoga umi baba gembira di sana dan melakukan ibadah dengan tenang.

Pada mulanya saya merancang untuk tinggal bersama adik ipar di kampung.. Namun terdapat masalah dan saya sekarang berada dengan kakak dan menjadi pengasuh bagi ank2 saudara ketika kakak keluar bekerja..Pengasuh sebenar adalah mak tiri saya dengan panggilan Mak Su, ibu kepada Mak Su sakit dan buat sementara waktu ini saya lah yang mengasuh ank2 saudara.

Sekian dahulu.


29 June 2012

Pemuda Beriman


Assalamualaikum semua..Hari ni saya nak kongsi mengenai Ashabul Kahfi..Dulu masa program saya dok fikir apa tu Ashabul Kahfi..Inilah jawapan.. Buat pembaca yang ingin tahu, korang boleh baca di sini..

Kisah Ashabul Kahfi ialah kisah yang menarik sekali kerana kisah ini benar-benar menunjukkan suatu kejadian yang istimewa yang luar biasa. Dari kisah tersebut dapat disimpulkan bahawa mereka adalah sebilangan hamba Allah yang dikasihi ( para Wali Allah ) yang diberikan keramat.

Ashabul Kahfi adalah sebilangan pemuda yang mempertahankan imannya dengan gigih sekali. Ketika mereka melihat kaumnya menyembah berhala, maka ketujuh orang pemuda itu memisahkan diri dan melarikan diri untuk bersembunyi ke dalam gua. Ketika mereka masuk ke dalam gua mereka tinggalkan anjingnya di luar sebagai penjaga. Dan Ashabul Kahfi ini terjadi di masa Kaisar Dikyanus. Seorang raja peyembah berhala yang sangat zalim. Kaisar ini berusaha untuk mengejar ke tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang tidak mahu tunduk kepada berhala yang disembah itu.

Setelah ke tujuh orang pemuda itu masuk ke dalam gua, mereka bermaksud untuk tidur sementara supaya dapat melanjutkan perjalanan mereka untuk melarikan diri dari kejaran Kaisar Dikyanus. Namun sayang mereka ditidurkan oleh Allah selama tiga ratus tahun. Tidur yang selama itu pasti tubuh mereka akan hancur. Namun Allah telah memelihara mereka selama itu. Sehingga mereka keluar dari gua itu setelah tidur selama tiga ratus tahun dengan membawa kenangan yang mengkagumkan generasi yang datang setelah tiga ratus tahun.

Kejadian mereka itu disedari ketika mereka bangun tidur dan mereka merasa lapar. Mereka mengutus salah seorang dari ke tujuh pemuda itu untuk membeli makanan ke luar bandar. Ketika orang bandar melihat mata wang yang berlaku di masa kaisar Dikyanus yang memerintah tiga ratus tahun yang lampau, maka orang bandar tersebut terperanjat.

Setelah diselidiki dan disiasat ternyata ketujuh pemuda itu adalah kaumnya kaisar Dikyanus yang hidup tiga ratus tahun lalu. Akhirnya pemuda yang disuruh untuk membeli makanan itu kembali ke gua dengan diiringi oleh penduduk bandar yang telah beriman kepada Allah seperti ke tujuh orang pemuda Ashabul Kahfi yang tersembunyi dalam gua.

Sesampainya di gua, ke tujuh pemuda Ashabul Kahfi itu dimatikan oleh Allah. Dan penduduk bandar menyaksikan kejadian tersebut segera mendirikan tempat peribadatan di atas gua Ashabul Kahfi tersebut untuk mengenang sejarah tujuh pemuda yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa.




28 June 2012

Solat Khauf

Assalamualaikum..apa khabar semua? Saya dan keluarga sihat2 aje..Alhamdulilah..Tadi semasa menonton tv buka la channel Al Hijrah lalu tajuk yang dibincangkan adalah Solat Khauf dan ia menarik minat saya. Sebelum ini saya tidak tahu mengenainya..InsyaAllah saya nak kongsikan mengenai Solat Khauf kepada saudara / ri semua.


Shalatul Khauf (sembahyang ketika takut atau ada bahaya)

Solat adalah salah satu ibadat yang penting diantara sekian banyak ibadat yang ada dalam ajaran islam.Ia merupakan suatu kewajiban bagi mereka yang telah baligh. Wajib dalam erti ianya harus dilaksanakan, dalam kondisi dan situasi bagaimanapun. Baik dalam perjalanan maupun dalam keadaan sakit. Seberat apapun sakit yang kita alami solat tidak boleh ditinggalkan. Bahkan dalam situasi perang pun solat berhukum wajib. Dalam erti kata, selagi nyawa masih melekat dibadan, selagi kita masih hidup, solat wajib dilaksanakan. Bererti solat hanya boleh ditinggalkan, bilamana kita telah meninggal dunia. Demikianlah Islam mengatur agar hubungan antara makhluk dengan Khaliknya tidak terputus. Sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam.


Namun disebalik keharusan dan kewajiban solat dalam kondisi situasi bagaimanapun itu, Allah SWT memberi keringanan (rukhsah) kepada hambanya. Solat itu wajib dilaksanakan sesuai dengan kemampuan kita, dalam kondisi dan situasi yang sedang dialami. Allah tidaklah akan membebani hambanya kecuali semampunya. Sehingga dalam ajaran Islam ada diajarkan cara solat dalam beberapa keadaan. Misalnya solat bagi orang sakit boleh duduk kalau tidak sanggup berdiri, atau berbaring atau cukup dengan isyarat kalau memang itu maksimal kemampuannya. 


Begitu juga bagi mereka yang berpergian ( musyafir ). Boleh dijamak atau diqasar. Atau boleh solat diatas kenderaan. Atau boleh bertayammum dengan debu yang bersih sekiranya tidak mendapati air untuk berwudhuk. Bahkan dalam situasi perang kita boleh solat sambil berjalan ( solat khauf ), solat dalam keadaan takut. Ini semua menggambarkan bahawa solat tidak boleh ditinggalkan.

Allah s.w.t. ada berfirman di dalam Al Quran(surah Al Baqarah ayat 238-239) yang bermaksud :
 
“Peliharalah segala solat mu dan solat wusta, berdirilah untuk Allah dengan khusyuk.Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya) , maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman maka sebutlah Allah (solatlah) sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.



Solat Khauf adalah solat yang di lakukan ketika dalam keadaan sangat kuathir akan kemungkinan ada bahaya terjadi sewaktu sedang solat.Misalnya dalam waktu peperangan.Cara solat ketika itu di atur berbeza daripada solat yang di lakukan di waktu aman.Allah s.w.t. telah berfirman :



“Dan apabila kamu ada pada mereka (sahabat mu) lalu kamu mendirikan solat bersama-sama mereka,maka hendaklah berjaga sebahagian diantara mereka bersama-sama dengan engkau dan hendaklah mereka berada di belakang kamu, kemudian datang pula golongan lain yang belum sembahyang hendaklah mereka  solat besertamu dan yang lain mengambil penjagaan dan memegang senjata mereka.”

                                           (surah An-Nisa’ ayat 102)



Cara sembahyang Rasullullah berbeza-beza mengikut riwayat.Sebahagian ahli hadis meriwayatkan tiga cara dan yang lain sepuluh cara dan ada pula yang meriwayatkan enam belas cara , bahkan ada yang meriwayatkan dua puluh empat caranya.Semua perbezaan itu mungkin telah di kerjakan oleh Rasullullah s.a.w. kerana berbeza keadaan di waktu-waktu itu , tetapi yang penting ialah sembahyang wajib di kerjakan sebaik mungkin dan penjagaan serta perlawanan terhadap musuh tidak di-lalaikan atau di sia-siakan.

Syarat syarat  solat khauf



Di sini ada beberapa syarat yang telah disepakati oleh imam Shafie dan Ahmad serta para pengikutnya  untuk menunaikanya  solat khauf iaitu :


 a)Hendaklah bilangan tentara Islam itu lebih banyak


 b)Tidak dikhuatiri tentera musuh mampu membuat serangan hendap ketika sembahyang berlangsung .


 c)Hendaklah bilangan tentera Islam itu dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian (iaitu lebih daripada 6  orang). Cara ini telah di riwayatkan oleh imam Ahmad,Imam Muslim dan Ibnu Majah daripada hadis Jabir yang mana kaifiatnya adalah seperti berikut:



Imam perlu membahagikan batalion tentera kepada dua kumpulan, setiap kumpulan perlu lebih daripada tiga orang kerana dikira berjamaah itu sekurang-kurangnya tiga orang. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat sof di belakang Imam; satu kumpulan boleh terdiri daripada beberapa sof, mengikut jumlah yang munasabah di mata imam.Di sini akan di gambarkan satu cara solat khauf yang dilakukan Rasullullah s.a.w. ketika di Batnin Nakhl , seperti mana yang telah di riwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:



 "Dari Abu Bakrah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. pernah mengerjakan sembahyang takut dengan orang-orang yang ada bersamanya dua rakaat dan dengan orang yang datang dua rakaat pula, maka sembahyang Nabi s.a.w. adalah empat rakaat dan bagi mereka yang datang dua rakaat pula."



Cara ini dilakukan Rasullullah ketika musuh dari arah yang bertentangan dengan kiblat.Cara ini disepakati oleh Imam Syafie , Imam Maliki dan Imam Hambali , ianya adalah seperti berikut:



Imam akan membahagikan tentera kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama akan bersembahyang bersamanya manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan. Adapun barisan yang mengikut imam boleh melakukan seluruh sembahyangnya sehingga selesai, kemudian mereka pula menggantikan barisan yang sedang berjaga supaya barisan yang satu lagi itu boleh mengerjakan sembahyang mereka di belakang imam.



Adalah hukumnya sunat bagi imam sembahyang yang kedua ini , tetapi adalah wajib hukumnya bagi saf yang baru datang itu.


Setakat ini dulu perkongsian saya.

26 June 2012

Kuey Teow Kung Fu

Assalamualaikum..Hari ni bermula la kerajinan Jamy memasak memandangkan Jamy tiada buat apa2 di rumah melainkan menyelesaikan kerja2 rumah. Setelah meneroka internet di Jom Kongsi resepi, Jamy teringin makan Kuey Teow Kung Fu Ala Che Abe..

Pagi ini, Jamy meminta Che Abe membeli keperluan-keperluan yang diperlukan untuk menyediakan Kuey Teow Kung Fu..Akhirnya alhamdulilah dapat menyediakan 4 pinggan Kuey Teow Kung Ala Che Abe..

25 June 2012

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum..Alhamdulilah Jamy dah bermula cuti 23 hb Jun baru-baru ini..Setelah berpenat lelah menempuhi exam, akhirnya dapat melepaskan lega yang panjang..Namun apabila tibanya saat keputusan diumumkan pasti diri ni akan berdebar-debar..Namun apa jua keputusan tawakal sb dah beusaha..Itu adalah terbaik untuk saya.

That's all for this entry..

03 June 2012

Study Week



Assalamualaikum..Entry pendek dari Jamy.. Selamat Menduduki Peperiksaan Bagi Mahasiswa/ wi..Good Luck and All The Best.

25 May 2012

Meniup Lilin


Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

23 May 2012

Isteri Solehah


Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.
Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh ‘wildan-wildan’nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.
Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.
Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.
Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya.
Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.
Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

18 May 2012

Syukur

Semalaman saya menyiapkan teks ucapan Pengerusi Majlis, Perasmi Majlis dan ucapan Pengerusi PIBG Sek Men Keb Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang Johor Bahru.

Di keheningan pagi selepas solat Subuh, saya mencuci pakaian yang bertimbun banyaknya.Sebelum ia bertambah menjadi bukit lebih baik saya mencuci pakaian ini..Saya tidak menggunakan mesin basuh kerana abaya dan jubah yang perlu dibasuh agar kualiti kain dalam keadaan baik.

Lebih kurang pukul 8 saya bersiap untuk mandi sebelum ke Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM.oH sungguh banyak asignment yang perlu saya siapkan sebelum final exam menjelang dalam bulan 6 nanti.

Dengan semangat berkobar-kobar untuk menyiapkan asignment saya menunggu bas untuk ke pusat sumber. Apabila menaiki bas, saya mendapat satu panggilan iaitu dari suami..Dengan keadaan yang kelam kabut, saya mencapai telefon bimbit di dalam beg dan kemudian beg laptop saya terjatuh..

Saya menuju ke pusat sumber setelah bas menghentikan para penumpang di bus stop Fakulti Pendidikan. Tanpa membuang masa saya ke rak buku untuk mencari buku tesis yang saya perlukan dan tidak megambil masa yang lama untuk menjumpai buku tersebut.. Saya ke tempat duduk dan membuka laptop dengan perasaan yang berkobar-kobar untuk menyiapkan tugasan..

Namun saya tidak dapat membuka laptop..Screen menjadi hitam..Kemudian saya menjadi tidak tenteram.Saya membuat keputusan pulang ke bilik untuk mengambil charger laptop. Untuk pulang ke bilik mengambil masa 30 minit sampai dan 30 minit untuk ke pusat sumber semula. Jadi mengambil masa sejam semuanya..

Mood saya makin down, kemudian saya membuat panggilan kepada salah seorang sahabat yang saya gelar Cik S..Saya meminta sahabat saya datang mengambil saya..Alhamdulilah akhirnya Cik S setuju..Setelah mendapatkan charger, didapati laptop saya tidak boleh buka..Screennya tetap gelap..Saya menganggap laptop saya rosak.Banyak benda yang bermain di fikiran saya kerana di dalam laptop tersebut banyak asignment saya..Air mata membasahi pipi..Namun saya cuba menenangkan hati saya..

Setelah cuba beberapa kali, screen laptop tetap gelap..Atas nasihat kawan saya, saya shut down dulu laptop dan saya menelefon pak cik yang repair laptop di UKM..Pak cik tersebut akan datang ke kedainya pukul 12.30 tgahri..Pada masa itu, saya akan berjumpa untuk membaiki laptop..Pada masa ini, saya sungguh sedih namun saya tabahkan hati..

Kemudian saya berjumpa dengan pak cik repair laptop..Beliau sudah mengetahui cerita sebenar yang berlaku semasa saya membuat panggilan tadi.Apabila pak cik tersebut membuka laptop saya, alangkah terkejutnya saya laptop saya kembalik seperti keadaan normal..Akhirnya,Thank You Allah..Dan segala asignment saya selamat dan yang paling penting teks ucapan dalam laptop ini selamat.

Pengajaran yang boleh Jamy simpulkan hari ini adalah semuanya kekuasaan Allah SWT...Petang ini Jamy akan bertolak ke Johor Bahru bagi melaksanakan program di bawah group Jamy yang dinamakan KEMPEN PENDIDIKAN BUMI HIJAU..Perjalanan dijangka mengambil masa 4 jam..Doakan Jamy selamat sampai dan kembali ke UKM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...