29 September 2012

Herbalife

Bismillah..Assalamualaikum..Sekarang ini di televisyen menyaksikan perlawanan bola sepak antara FELDA dan KELANTAN..tapi masih 0-0..haha..saya bukan peminat bola sepak pun..

Buat pengetahuan pembaca,saya baru mencuba Herbalife.Pada mula-mulanya dalam minda saya agak tak berminat dengan benda-benda gini..Kemudian sahabat saya Sakinah mengajak untuk pergi Shake Party di Fakulti Kejuteraan UKM..Mula-mulanya saya tak nak pergi namun tiba-tiba saya sudah berubah membuat keputusan.Akhirnya saya mengikuti Sakinah dengan membonceng motorsikal bersamanya.

Kami menuju ke Shake Party.Setelah itu, saya membuat body scan..RAHSIA ye berat badan saya..hihi..Dari body scan saya boleh mengetahui air, lemak, tulang yang ada dalam diri saya.Melalui body scan itu, saya rasa saya ingin mencuba HERBALIFE..semoga apa yang saya impikan tercapai.

Selamat Malam.

25 September 2012

Selamat Mengundi

Bismillah..Selamat Pagi..Alhamdulilah..Banyak cerita yang ingin saya kongsikan sepanjang minggu ini.Insyaallah kita kongsi sama-sama ye..

Pada mulanya saya ingin kongsi, saya dah tahu tajuk tesis saya. Ini merupakan berita baik pada saya dan tajuk yang diberikan Dr Zanaton amat sesuai dengan jiwa saya..hehe..Apa-apa pun Jazakallah khairan kasiran..

Tajuk yang saya dapat adalah Apakah perkaitan Al- Quran dengan Sains..Jadi saya perlu menyelidik pasal ini..Selain itu penyelia tesis saya sempat berpesan agar saya perlu rajin membaca tafsir al-quran..Semoga tesis ini lebih mendekatkan diri saya dengan Pencipta..Itu yang saya mahukan..Insyaallah.

Cerita yang kedua, tahun ini saya menjinak-jinakkan diri dengan perniagaan.Perniagaan utama saya adalah SF BEAUTY..bagi yang berminat boleh lawati page saya Jamy Beauty..Alhamdulilah customer saya semakin bertambah dan mereka berpuas hati menggunakan SF BEAUTY.Perniagaan kedua saya adalah menjual moist chocolate cake secara kecil-kecilan di asrama.

Semalam saya ada mendengar radio IKIM sambil menyiapkan kerja.Kebetulan pada masa itu slot membincangkan tentang usahawan.Saya pun tertarik tambah-tambah lagi usahawan itu bukan hanya usahawan malah seorang yang menyampaikan dakwah melalui perniagaan beliau.Beliau adalah Hajah Sahida yang menjadi guru menjahit langsir Al Mujahid..Masyaallah..

Secara kesimpulannya, apa pun yang kita impikan tidak mustahil untuk kita milikinya..Ayuh perbetulkan niat kita dan bermunajatlah pada pencipta.. Selamat mengundi bagi pelajar UKM pada hari ini..

17 September 2012

Tesis Oh Tesis !!!


Bismillah..Selamat pagi sahabat-sahabat semua..Di kala ini saya menunggu kepulangan zawj dari tempat mengajar beliau. Lupa untuk dikongsikan bahawa saya sudah mengetahui siapakah yang akan menjadi penyelia tesis saya untuk tahun terakhir sebagai pelajar Fakulti Pendidikan di UKM.InsyaAllah.

Beliau adalah Dr Zanaton iaitu Penyelaras Program Sains. Pada mulanya, apabila saya mengetahui bahawa beliau akan menjadi penyelia, saya cukup gembira.Alhamdulilah. Sebelum ini kami pelajar Sains selalu meluahkan perasaan kepada beliau dan mengadu seribu macam masalah terhadap beliau.Beliau sungguh baik dan perwatakan islamic dengan bertudung labuh dan menjaga aurat.Alhamdulilah tidak terhingga kerana saya di bawah penyeliaan beliau.

Saya bukan keseorangan, saya dan tiga orang kawan akan bersama Dr Zanaton.Salah seorang adalah kawan satu kos dengan saya iaitu Nur Amalina Izaty, seorang lagi adalah pelajar Pendidikan Islam iaitu Mazawani dan yang terakhir rasanya namanya saya tak begitu kenali.Jika tidak silap saya pelajar tersebut adalah pelajar repeat.

Namun ada juga cerita sedih..Ada seorang sahabat saya, beliau begitu sedih kerana beliau di bawah penyeliaan pensyarah yang cerewet.Semua orang sedia maklum dengan perwatakan pensyarah tersebut.Apabila mendapatkan nasihat Dr Zanaton, sahabat saya cuba menerima dan mungkin ini adalah yang terbaik untuk sahabat saya supaya menjadi lebih cekal dan tabah dalam menghadapi segala ujian.

Akhir kalam..Selamat menunaikan solat dhuha..Insyaallah saya akn berkongsi mengenai diri saya yang dhoif ini dengan sahabat-sahabat.


Bantal Bucuk


Bismillah..Assalamualaikum..Sebenarnya saya tidak tahu ingin berkongsi apa dengan sahabat-sahabat, tiba-tiba terlintas idea mengenai bantal busuk.Pasti setiap orang di kalangan kita memiliki bantal busuk walaupun bantal itu sebenarnya tidak busuk seperti yang disangkakan.

Nak dijadikan cerita minggu lepas, sepanjang malam saya tidak lena untuk tidur.Susah untuk melelapkan mata.Ini adalah kerana bantal golek saya berkemungkinan besar dicuri.Sebelum cuti semester yang lalu, saya meninggalakn bantal golek di ruang stor asrama. Apabila buka semester, di dalam bilik stor sudah tidak ada bantal golek saya.Sedih namun ia hanya bantal golek.

Seingat saya bantal golek itu sudah tiga tahun bersama saya.Ia dibeli sebelum saya berdaftar sebagai pelajar UKM.Namun yang hilang sudah pasti ada penganti walaupun pengantinya tidak sebaik yang dahulu.Insyaallah lusa akan balik ke UKM semula bersama dengan bantal golek yang baru sebagai peneman tidur.

16 September 2012

Minta Nasihat


Bismillah..Assalamualaikum..16 SEPTEMBER..Salam Satu Malaysia dan Selamat Bercuti..

Semalam saya menerima panggilan dari seorang kawan yang mengatakan beliau sudah memakai niqob di kawasan UKM.Beliau meminta nasihat saya bagaimana hendak berhadapan dengan rakan sekelas dan pensyarah.Alhamdulilah saya turut gembira dengan hijrah terbaru beliau dan memilih untuk mengenakan secebis kain di muka.Saya cukup terharu dan berdoa agar beliau istiqamah dalam memilih jalan ini. InsyaAllah.

Masa saya memberanikan diri memakai niqob lebih kurang satu semester yang lalu, saya memilih untuk membuka semasa berada di dalam kuliah ataupun kelas.Pada mulanya saya cadangkan agar beliau membuka semasa di dalam kelas, kemudian apabila dilanjutkan perbualan, saya mencadangkan agar beliau tidak membuka selagi tidak mendapat amaran dari pensyarah..Lagipun sahabat saya kini sedang membuat master di UKM.

Di akhir perbualan, sahabat saya membuat keputusan untuk berjumpa pensyarah terlebih dahulu dan meminta kebenaran pensyarah untuk berniqob di dalam kelas.Semoga Allah permudahkan urusan sahabat saya..Bila diimbau kembali, saya seorang yang tidak kuat..Berikanlah saya kekuatan seperti insan-insan yang lain.

10 September 2012

Tahun 4

Bismillah..Kembali mencoret di belog, jari jemari menari di atas keyboard dan dilontarkan melalui mata pena..Alhamdulilah syukur dipanjatkan pada Illahi kita masih diberi peluang menghirup udara..Oksigen dan hidrogen silih berganti dalam diri kita..Itu adalah nikmat yang terbesar buat kita umat Islam..

10 Septemter 2012 bermulalah sesi akademik bagi saya..Kami sudah melangkah ke tahun 4..Adik2 boleh panggil kami senior..Sedar tak sedar dah nak masuk empat tahun saya berada di UKM..Dan semester ini merupakan semester terakhir berada di UKM sebelum praktikal ke sekolah..

Tidak di sangka-sangka anak saudara saya mendapat tawaran menyambung belajar di UKM..Alhamdulilah kami mendapat bilik yang sama..Itu adalah satu anugerah dr Allah..

Bila bercakap dengan zawj, beliau bertanya, " Sayang kena usaha dapat dekan semester ini "..kelu rasanya mendengar permintaan zawj..InsyaAllah....

09 September 2012

Umrah

Assalamualaikum.Pena mula berbicara..Semoga bicara membawa manfaat..Beberapa hari yang lalu Ummi dan Baba pulang ke Malaysia dan alhamdulilah sudah selesai mengerjakan umrah.

Kepulangan Ummi dan Baba disambut oleh saya dan suami di KLIA..Lebih kurang 3.30 petang Ummi dan Baba selamat mendarat di KLIA..Subhanallah nampak kelainan di wajah Ummi dan Baba, kami terus berpeluk-pelukan..Selama 55 hari Ummi dan Baba di Mekah.Sepanjang perjalanan pulang, Ummi berkongsi cerita kepada kami mengenai keadaan di sana.

Menurut Ummi pergi Mekah adalah untuk bekerja di mana setiap masa diisi dengan beribadah kepada Allah Taalla.Gembira di wajah Ummi dan saat di hadapan Kaabah Ummi mengatakan bahawa sedih dan pilu di hati.Sesungguhnya kita adalah hamba yang lemah.

Bersujud kita di hadapan Kaabah
Menadah tangan seikhlas hati
Agar di ampunkan segala dosa...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...