31 January 2013

UJIAN KEHAMILAN

Bismillahirahmanirohim.

Sayang bangun solat subuh, kata suamiku. Agak liat nak bangun pagi namun gagahkan diri bangun lawan nafsu mengantuk. Usai solat Subuh, masih sempat baring-baring di atas katil dan mempunyai rancangan sendiri. Sejak semalam berhajat ingin membuat kek namun bahan-bahan keperluan tiada.

Sementara menunggu pasar raya buka, jenguk-jenguk laman sosial seperti facebook. Topik yang hangat dibincangkan adalah mengenai drama Sahara mengenai isu purdah. Saya hanya suka membaca dan kritik teruk-teruk tidak berani. Rasanya lebih baik kita berdoa daripada menghembur kata-kata kurang baik.

Abang, sayang nak keluar pergi Mydin beli barang dapur. Hidupkan enjin kereta dan ditemani oleh sepupu yang berumur 10 tahun kebetulan dia tak ke sekolah kerana cirit-birit. 

Sesampai di Mydin checklist senarai barang-barang yang perlu. Tidak lupa juga beli lauk-pauk. Teringin nak makan udang dan suami kirim beli ikan. Kemudian beli sayur kailan kegemaranku.

Tiba-tiba mencari esen vanilla namun sayangnya di Mydin pun tiada esen vanilla. Sebelum sampai rumah, sempat singgah di kedai runcit yang berdekatan malangnya tiada juga esen vanilla. Oh tidak mengapalah. Sesampai rumah, masak udang sambal, kailan goreng. 

Namun ada yang tidak puas hati kerana rasa udang masak sambal terlebih masin dan menurut suami tumis sambal tu tak masak sangat. Kena lebih lama lagi biar naik minyak. Tapi boleh makan lagi. Alhamdulilah untuk hari ini.

Petang pula, rasa tidak sihat. Jadi apa yang terlintas di fikiran adalah ke sebab mengandung. Hihi. Selalu je fikir macam tu. Tiba-tiba menyuarakan suara hati kepada suami nak beli pregnant test. 

Sesudah maghrib saya buat pregnant test. Namun negatif, sebenarnya dah agak dah. Kena berusaha lagi la ye. In Sha Allah ada rezeki.

Salam Sayang..Terima kasih sudi membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...