31 January 2013

UJIAN KEHAMILAN

Bismillahirahmanirohim.

Sayang bangun solat subuh, kata suamiku. Agak liat nak bangun pagi namun gagahkan diri bangun lawan nafsu mengantuk. Usai solat Subuh, masih sempat baring-baring di atas katil dan mempunyai rancangan sendiri. Sejak semalam berhajat ingin membuat kek namun bahan-bahan keperluan tiada.

Sementara menunggu pasar raya buka, jenguk-jenguk laman sosial seperti facebook. Topik yang hangat dibincangkan adalah mengenai drama Sahara mengenai isu purdah. Saya hanya suka membaca dan kritik teruk-teruk tidak berani. Rasanya lebih baik kita berdoa daripada menghembur kata-kata kurang baik.

Abang, sayang nak keluar pergi Mydin beli barang dapur. Hidupkan enjin kereta dan ditemani oleh sepupu yang berumur 10 tahun kebetulan dia tak ke sekolah kerana cirit-birit. 

Sesampai di Mydin checklist senarai barang-barang yang perlu. Tidak lupa juga beli lauk-pauk. Teringin nak makan udang dan suami kirim beli ikan. Kemudian beli sayur kailan kegemaranku.

Tiba-tiba mencari esen vanilla namun sayangnya di Mydin pun tiada esen vanilla. Sebelum sampai rumah, sempat singgah di kedai runcit yang berdekatan malangnya tiada juga esen vanilla. Oh tidak mengapalah. Sesampai rumah, masak udang sambal, kailan goreng. 

Namun ada yang tidak puas hati kerana rasa udang masak sambal terlebih masin dan menurut suami tumis sambal tu tak masak sangat. Kena lebih lama lagi biar naik minyak. Tapi boleh makan lagi. Alhamdulilah untuk hari ini.

Petang pula, rasa tidak sihat. Jadi apa yang terlintas di fikiran adalah ke sebab mengandung. Hihi. Selalu je fikir macam tu. Tiba-tiba menyuarakan suara hati kepada suami nak beli pregnant test. 

Sesudah maghrib saya buat pregnant test. Namun negatif, sebenarnya dah agak dah. Kena berusaha lagi la ye. In Sha Allah ada rezeki.

Salam Sayang..Terima kasih sudi membaca.

30 January 2013

KISAH BALIK KAMPUNG

Bismillahirahmanirahim. Memandangkan cuti semester, maka peluang ini dimanfaatkan dengan pulang ke kampung. Mengikut perancangan hari Rabu lepas nak pulang ke kampung namun disebabkan tidak sabar pulang kami mengambil keputusan pulang hari Selasa.

Malam Rabu kami menaiki bas Mutiara menuju ke Kelantan. Alhamdulilah lebih kurang pukul 5 pagi kami sampai di bandar Machang. Kebetulan nenek sebelah suami sakit, jadi kebanyakkan masa kami berada di rumah Tok Mek yang terletak di Keroh, Kuala Krai.

Alhamdulilah satu perkara yang menarik ketika di kampung adalah dapat berkumpul dengan saudara-mara. Tidak ketinggalan juga dengan masakan kampung seperti sayur keladi asam pedas, ikan patin masak tempoyak, sayur lemak, somtam dan lain-lain lagi. Tapi bukan saya yang masak kebetulan ada biras yang pandai memasak maka beruntunglah kami semua dapat makan makanan yang sedap. Orang Kelantan sebenarnya famous dengan budu. Tak boleh tinggal budu dan ulam-ulaman. Apa lagi menyelerakan!!!

Selain itu, anak saudara saya telah ada orang masuk merisik. Kami sekeluarga bertungkus-lumus menyiapkan hidangan nasi kerabu buat golongan yang datang merisik. In Sha Allah majlis pertunangan pada 11 Februari ini. Namun apa yang melucukan, rombongan merisik datang sebuah kereta je dan yang lain adalah ahli keluarga kami sendiri. Ingatkan rombongan merisik ramai namun sangkaan kami salah.

Sekarang Jamy tengah belajar memasak. Apa yang saya dapati adalah memasak bukan sesusah yang sangkakan. Ia bukan mudah jika kita fikir mudah. Bila di kampung, saya perhatikan macam mana ahli keluarga memasak, dan ingat nak cuba sendiri. Biasala kan mula-mula masak itu ada kurangnya namun jika dibuat setiap hari mesti sedap juga. Semalam Jamy try buat sup ayam. Alhamdulilah menjadi. 

Apa yang menggembirakan seorang isteri adalah apabila si suami makan hasil tangannya. MasyaAllah tidak dapat digambarkan perasaan gembira menjamu si suami makan. Hari ini saya rancang nak buat kek namun bahan-bahan belum ada lagi. In Sha Allah akan ke Mydin mencari bahan-bahan keperluan. Oleh sebab itu, sementara tunggu Mydin buka maka Jamy update belog. 

Sekian dahulu dari saya.


05 January 2013

TIPS MUSLIMAH ANGGUN

Sudah pukul 1 pagi tapi rasa macam nak kongsi tips untuk anda semua. Semoga bermanfaat la ye. Ini adalah permintaan rakan facebook. 

Di sini saya akan kongsikan beberapa tips bagi muslimah untuk tampil anggun serta yang paling penting menutup aurat. Itu yang kita hendak sebenarnya. Kebanyakkan muslimah suka akan fesyen namun terdedah sana sini. Itu yang perlu dielakkan. 

TIPS PERTAMA adalah pemilihan pakaian. Mula-mula rancang dahulu nak pakai apa dari atas ke bawah. Selendang, tudung bawal, tudung segera atau tudung yang terkini. Akan tetapi Jamy tak berapa suka pakai tudung segera keluar dari rumah kerana ia melekat pada dada. Tapi jika ada yang labuh dan tidak melekat tidak salah untuk memakainya. Sebelum itu boleh cuba dahulu di rumah di hadapan cermin. Lihat macam mana keadaan anda pada masa itu. Jika tak melekat dan tutup dada boleh la pakai di luar kawasan rumah.


Jika tudung yang macam gambar di atas, boleh dipakai ketika keluar dari rumah. Namun Jamy lebih suka tudung labuh lagi atau tudung bidang 50 atau 60. Itu bergantung atas keselesaan anda. Bagi yang ingin berubah langkah pertama memakai tudung seperti yang digayakan di atas, boleh diamalkan. Tapi jika ingin jenis bidang 50 atau 60, itu adalah lebih baik lagi namun tidak mengapa asal memenuhi konsep menutup aurat. Bagi yang berminat boleh lawati facebook Syazara Enterprise.

Kemudian pemilihan baju. Baju yang dipilih perlulah longgar jangan menampakkan bentuk badan. Anda boleh cuba gayakan dengan cardigan. Pilihan warna juga memainkan peranan dan mengikut warna kulit anda. Kebiasaan warna hitam amat sesuai dengan semua jenis colour.



Ok sekarang kita dah ada jenis tudung, jenis baju. Katakan kita pakai cardigan. Di dalamnya bebas nak pakai apa sebab dah tertutup. Boleh adjust tudung agar ia melebihi dada ye. Sekarang anda boleh rancang nak pakai skirt atau seluar. Saya tak galakkan anda pakai seluar jeans. Tapi jika jeans tak ketat, boleh la cuba. Saya tiada seluar jeans jadi tak tahu nak cerita macam mana. Sekarang ini famous dengan seluar Pallazo atau seluar Ali Baba yang terbuka luas tu..Boleh bayang ke tak? 

Okay la, kita rancang pakai skirt. Cardigan hitam boleh digayakan dengan skirt tak kisah la skirt itu warna apa. So dah setel bab penampilan muslimah anggun bergaya. 
Tadaa!!! Boleh gantikan jaket itu dengan cardigan. Namun jika ingin gunakan jaket juga, pilih jaket yang labuh dan longgar. In Sha Allah setakat ini dahulu ye perkongsian saya. Selamat Mencuba!!


01 January 2013

2013 !!!

Tahun baru 2013 sudah bermula tirainya, sekejap je masa berlalu. Yang pasti individu itu sendiri menentukan bagaimanakah menghargai masa yang ada atau membiarkan masa pergi dengan pergi sahaja. Semalam saya dan suami ada majlis ilmu di Brickfield. Kami bertolak lebih kurang pukul 9.45 malam dari rumah Setapak Indah. Dalam perjalanan ke sana, terserempak dengan kawan-kawan suami yang mempunyai tujuan yang sama. Kemudian suami mempelawa mereka menumpang kereta kami memandangkan mereka membonceng motorsikal.

Sesudah sampai di rumah yang tempat kami belajar, biasalah kaum muslimin berkumpul di luar manakala kaum muslimat di dalam. Namun tak ramai muslimat yang hadir. Oleh sebab itu, saya bersama dengan isteri Ustaz Nik di dalam bilik sambil berkongsi ilmu. Berita baik adalah mereka baru menambah cahaya mata mereka yang ke sembilan. Diberi nama Nik Hannan Kauthar. MasyaAllah indahnya nama diberi !!! Membuatkan saya tidak sabar-sabar menunggu giliran saya.

Kemudian asyik bersembang. dikejutkan dengan bunga-bunga api yang berdentum. Oh rupanya dah masuk pukul 12 pagi iaitu 1 Januari 2013. Kebanyakkan manusia bersuka-ria menyambut tahun baru tanpa mereka sedar bahawa usia semakin bertambah, tanggungjawab semakin bertambah.

Teringat pesanan Dr Azizan Osman bahawa beliau menyuruh kita menyenaraikan matlamat kita yang hendak dicapai dalam tahun ini. Tadi Jamy ada terbaca belog Kak Ain iaitu Kak Ain menyenaraikan matlamat beliau. Jamy pun ingin berkongsi dengan anda matlamat Jamy pada tahun ini:

- Kewangan yang stabil dan ada duit simpanan dalam akaun kami
- Suami saya dapat menguruskan perniagaannya sendiri dengan jaya
-Ingin menjadi pakar agar wanita tampil anggun dan bergaya serta menutup aurat
-Ingin mencapai angka yang lebih 3,000 yang like page SF BEAUTY/ JAMY YAACOB
-Amal ibadah semakin bertambah

Itu sahaja yang saya ingin kongsikan.

BERANI 2013 !!


Alhamdulilah kami dah menyertai BERANI 2013, bagaimana dengan anda? Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Imah yang membantu saya decorate blog ini dan Jamy sangat-sangat berpuas hati.

Berbalik kepada BERANI 2013, sungguh banyak ilmu yang saya kutip dari Dr Azizan Osman. Terima kasih Doc kerana dengan program Doc telah mengubah dan membuka minda saya dan suami dalam bidang perniagaan.


30 hb Dec semalam, kakak saya turut menghadiri seminar tersebut. Maklum la free ajak je sesiapa yang berminat, barang free rugi tak ambil peluang. Alhamdulilah saya dan suami bangun agak awal dan bersiap-siap namun tak dapat juga nak hadir awal. Oleh sebab itu, kakak saya yang sampai terlebih dahulu dari kami. Jadi kakak pula booking tempat yang di hadapan barisan ketiga hanya untuk saya sahaja. Tapi tak mengapa sebab suami saya bersama-sama dengan kawannya. Ya Allah bila berada di hadapan fokus tu lain macam laaa..

Tiga perkara yang saya ingin kongsikan di sini dari seminar yang saya hadiri semalam. Pertama untuk memulakan perniagaan kita memerlukan guru atau mentor. Dengan adanya mentor, nak capai kejayaan itu lebih cepat berbanding dengan tiadanya guru. Kedua adalah kita perlu menyenaraikan matlamat kita. Bagaimanakah caranya?

Ambil pen atau pensil, tulis di atas kad atau kertas. Tulis paling minimum lima perkara yang kita impikan dan yang kita NAK dalam masa sepuluh tahun ke hadapan. Kemudian bila dah tulis kita pos je kad tersebut pada diri kita. Ini bertujuan agar kita lebih ingat dan menghargai impian kita. Anda boleh cuba.

Ingin saya kongsikan pengalaman semalam yang menyebabkan saya menitis airmata. Doc meminta kami semua pejamkan mata dan bayangkan apa yang kita impikan 10 tahun ke depan. Selepas itu, tulis dan ceritakan kepada kawan sebelah. Kawan sebelah saya adalah kakak saya. Malu sungguh!!! Masa menceritakan apa yang saya impikan, ya Allah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan adalah saya sebak. Ini menusuk kalbu saya ye..

Ketiga adalah untuk menjadi seorang yang berjaya kita perlu GILA..bukan GILA yang tak waras tu macam di Tanjung Rambutan. Orang yang berjaya adalah insan yang LUAR BIASA. Bagi kalian yang belum menghadiri seminar Dr Azizan Osman masih belum terlambat. Anda boleh register lagi, peluang masih terbuka.

Itu sahaja dari Jamy untuk hari ini. Semoga bermanfaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...