09 March 2011

Namun Ku Punya Hati

  Tetiba saya rasa sedih apabila mendengar lagu yang berkumandang di corong-corong radia IKIM.Namun Ku Punya Hati.Ya,kita punya hati.Hati kita mudah terasa,sensitif dan hati kita juga mudah terhibur serta hati yang riang.

  Jika seketul daging dari badan kita bersih,maka bersihlah segalanya.Daging tersebut adalah hati.Kita mestilah berwaspada dan sentiasa menjaga hati kita.Jika hati kita dilanda perasaan sedih,kecewa kita seharusnya mengambil tindakan sepatutnya agar perasaan sedih dan kecewa tidak melarat.Sayangilah diri kita,Ingatlah Allah dekat dengan kita,dekat dari urat di leher kita,Berbicaralah dengan Allah hanya Dia tempat kita mengharapkan pertolongan.Saya juga selalu sedih tapi saya tidak boleh membiarkan diri saya terus dalam kesedihan.Kita dihantar ke dunia ini seharusnya tabah menghadapi dugaan dan masalah.Syurga adalah destinasi kita.Semoga kita bertemu di Syurga.

Assignment

  Buat beberapa hari ini,byk assignment yang perlu disiapkan.Satu presentation dah lepas,lega rasa.Alhamdulilah.Tinggal satu lagi assignment,hari Jumaat ini ada presentation.Buat partnerku,selamat berusaha untuk kita siapkan assignment kita.Lepas Jumaat ini,kita merdeka la sekejap sebelum final exam.Nanti study week,kita semua akn bertungkus-lumus untuk study.Study pun jgn samapai terlupa akn tnggungjawab kita sbg hamba Allah.Pengisian rohani amat penting untuk memberi ketenangan yg tidak terhingga.

  Jumpa lagi.Semoga perjalanan kehidupan kita diberkati.Jom kita bersihkan hati kita.

05 March 2011

Pemilik Cinta Setelah Allah dan Rasul

   Alhamdulillah sy begitu excited untuk menulis.Setelah ada masalah guna Google Chrome selama sejam saya menunggu loading.Lastly saya terfikir untuk menggunakan Mozilla..Hehe..anyway Mozilla help me.
  
  Sebenarnya saya teringin nak berkongsi dengan ahli keluarga,sahabat-sahabat tentang apa yang saya dapat dari forum smlm.Tajuk forum smlm adalah " Pemilik Cinta Setelah Allah dan Rasul ".Best kan dengar je tajuk forum ni.Semalam banyak ilmu yang saya dapat,dan saya tidak berasa rugi dalam menghadiri majlis ilmu tersebut.Ini kerana kita dikelilingi oleh malaikat.
  
   Cinta..cinta..cinta...Mesti semua pernah alami cinta?Tapi cinta kita kepada siapa?Cinta yang paling tinggi darjatnya adalah cinta kepada Allah.Adakah kita hanya mampu berkata manis di bibir yang kita betul-betul cinta kepada Allah?Apakah bukti yang kita cinta pada Allah?Apabila kita mengakui kita cinta pada Allah,kita seharusnya membuktikan kecintaan kita kepada Allah.


    Sekarang saya fokuskan kepada cinta kepada Allah.Pertama,apabila kita mencintai Allah,hati kita akan gementar apabila menyebut Allah Allah Allah..Gementarkah hati ke?Saya menyeru kepada diri saya,ahli keluarga saya dan sahabat-sahabat saya agar kita bila menyebut nama Allah gementarnya hati,sayunya hati dan ingin bertemu Allah nanati akhirat.Insyaallah.


   Kedua,untuk membuktikan rasa cinta kepada Allah kita mesti menjaga ibadah kita seperti solat 5 waktu sehari,berpuasa,bersedekah dan lain-lain kebaikan.Bagaimanakah kita ingin khusyuk dalam solat?Solat itu tidak akan khusyuk jika fikiran kita di tempat lain.Saya juga menyarankan diri saya,ahli keluarga dan sahabata agar khusyuk dalam solat.Sama-samalah kita khusyuk bila melakukan ibadah solat.Untuk khusyuk dalam solat,kita mesti mengetahui makna-makna bacaan dalam solat.So,tindakan pertama kita jom kita memahami makna-makan bacaan,ini dapat mengelakkan dari lalai.


 Ketiga,amalan berzikir serta mendekatkan diri dengan Allah dengan amalan-amalan lain.Contohnya solat tahjud,solat hajat,solat taubat dan solat dhuha.Kita boleh amalkan zikir siang dan amalan..Menyebut subhanallah,alhamdulillah dan allahuakhbar.Cubalah ye kita amalkan..

Ada lagi saya nak kongsi,tapi ada kerja lain perlu dilaksanakan.Nanti kita jumpa lagi.
.

06 January 2011

~ Dilema ~

Hari ini Jamy tersedar lewat dan kelas akn bermula pukul 8 pagi.Bila Jamy bangun,Jamy terus ke bilik air.Rupa-rupanya air tiada lg sejak semalm.Kemudian Jamy ke blok sebelah dan blok itu pun tiada air.Alamak,macam maan nak pergi kelas?Mak cik cleaner pun memberitahu bahawa ramai yang pergi mandi dekat dengan pejabat Kolej Ibrahim Yaakub.Jamy pun bergegas ke sana.Harap2 tak ramai org.Rupa2 nya memg ramai yang sedang menunggu giliran untuk mandi,membuang air dan membersihkan muka serta menggosok gigi.

Jamy tekadkan nekad nk beratur menunggu guliran.Setelah sekian lama menunggu,akhirnya giliran Jamy mandi.Huh,bersyukur dapat mandi dan membersihkan diri,harap2 sempat masuk kelas pukul 8.

Setelah siap mandi,jam menunjukkn pukul 7.30 pagi.Leganya,Jamy sempat masuk kelas.Dengan sepantas kilat Jay bersiap untuk ke kelas.Lebih kurang pukul 7.40 Jamy bertolak ke kelas.Apabila sampai di kelas,ramai lagi yang tak datang.Alhamdulilah Jamy dapat pergi kuliah.

Moral of the story: Jangan bangun lmbt,hargailah masa yang ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...