17 May 2011

Menghitung Hari

  Sebenarnya beberapa hari baru-baru ini , saya mencari di beberapa buah kedai pakaian yang bersesuaian dengan saya untuk majlis kesyukuran 11 Jun 2011.Abang dan Umi pun turut serta dalam menemani saya mencari pakaian yang bersesuaian dengan saya.Namun kekecewaan yang berlaku , apa yang saya suka , Abang pula tidak berkenan.Apa yang Abang suka saya pula tidak berkenan.Last sekali Abang beritahu suruh bincang dengan Kak Dah or Kak Na pasal baju ni.

  Akhirnya saya memberitahu Kak Dah yang kami buntu dalam mencari pakaian yang bersesuaian.Semalam saya dan Kak Dah ke Saleem Aziz untuk mencari kain yang bersesuaian.Alhamdulilah atas pertolongan Kak Dah dan idea yang menarik untuk baju saya.Kemudian kami menuju ke kedai jahit di Kampung Chat Rimau.Pada mulanya tukang jahit tersebut tidak mahu menerima tempahan kami dan apabila Kak Dah memujuk akhirnya mereka menerima tempahan tersebut.Alhamdulilah.

   Petang tadi kami menikmati makan buah durian beserta pulut.Best sangat.Tadi dua ekor kambing sampai di kawasan rumah Kak Dah untuk dijaga oleh Che Wae sementara majlis kesyukuran tiba pada bulan Jun ini.Kelihatan dua ekor kambing tersebut sihat dan gemuk.Hahaha.....

   Ok la ye setakat ini dulu untuk entry kali ini.


12 May 2011

Hanif Demam Lagi

    Entry kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai anak saudara saya.Muhammad Hanif yang dalam beberapa hari lagi akn genap tiga tahun.Seorang yang bijak bercakap dan manja.

   Memandangkan kakak saya bekerja dan mak saya yang menjaga ank-ank saudara bila kakak keluar bekerja.Hanif muntah beberapa kali hari ini dan menyebabkan badannnya lemah.Saya membantu Mak Su memasak sotong singgang.Kalau di negeri Che Siti Wan Kembang,kami panggil sotong singgang tak tahu la negeri lain panggil apa.

  Apabila berada di rumah terasa diri ini perlu menimba ilmu terutama ilmu agama.Untuk menjadi seorang wanita yang solehah memerlukan ketinggian ilmu dan akhlak yang terpuji.Saya berharap dapat menjadi seperti wanita-wanita yang mempunyai akhlak dan pengorbanan yang tinggi untuk agama Islam.Insyaallah.


11 May 2011

Niat Suci

Asalamualaikum kepada pembaca yang sudi menjenguk blog saya.Setelah lama bercuti di rumah,lama sudah tidak menulis entry di blog.Mood menulis down.Sepanjang cuti ini,saya habiskan masa saya dengan melakukan kerja-kerja rumah dan bersama keluarga.Di samping itu,mulai belajar memasak.Sibuk menyalin resepi yang ada di blog.

Sebenarnya hari ini terdetik di hati saya ingin berniqob.Tetapi saya tidak mempunyai kekuatan.Pagi tadi saya tidak ketinggalan mendengar radio slot Islam Itu Indah bersama Prof Muhaya.Saya dapat ilmu yang bermakna dan insyaallah akan dilatih dalam diri saya yang kekurangan ilmu.Jika kita ingin melakukan sesuatu kita tidak boleh fikir apa orang kata,apa akan jadi,dan perkataan kalau mesti la tidak wujud dalam kamus kehidupan.

Saya bermohon agar saya diberi kekuatan untuk berniqob.Apa yang saya selalu fikirkan adalah adakah seorang guru boleh berniqob?Itu yang menjadi masalah bagi saya.Saya mengambil pendidikan di universiti dan insyaallah lepas ini akan menjadi seorang guru.Semoga kita dalam rahmat Alllah.

22 April 2011

I'm back!!!

Asalamualaikum terlebih dahulu bagi sesiapa yg menziarah blog saya yang tak seberapa ini.Sudah lama tidak menulis rasa rindu untuk membicarakan apa yang terbuku di hati.

Dari 14/4 saya dah mulai final exam.Paper yang pertama adalah paper yang mencabar.Persamaan Pembezaan Terbitan.Subjek Matematik iaitu subjek minor yang perlu saya ambil.Bila keluar je dewan exam,ramai yang mengeluh susah paper tu.Biasa la subjek Matematik kalau kurang latihan memang confirm tak boleh jawab.Saya pun sama dengan rakan-rakan yang lain.Ada satu soalan saya tak dapat jawab tapi saya buat je apa yang saya tahu.At least ada la juga markah kasihan!!!hehe

Kemudian 18/4 pula subjek Profesion Perguruan.Ini adalah subjek Fakulti Pendidikan.Subjek ni saya kena banyak mengingat mengenai Standard Guru Malaysia , Model Konseptual Guru , Falsafah Pendidikan Kebangsaan and so on..Alhamdulilah saya boleh jawab dengan jayanya.Kadang-kadang masalah yang melanda diri kita adalah kekuatan untuk kita berjaya.Jika kita jatuh , bermaksud kita seorang yang bukan kuat dalam menghadapi masalah.Jadikan masalah kita sebagai satu cabaran.Setiap insan pasti ada masalah masing-masing.Tingkatkan keimanan kepada Allah dengan berzikir dan bersihkan hati kita.Saya berpesan untuk diri saya serta orang2 yang saya sayang.

Kemudian 20/4 adalah paper Kepelbagaian Pelajar.Ia juga subjek Fakulti Pendidikan.Subjek yang berkaitan kepelbagaian pelajar dan bagaimana seorang guru boleh mengaitkan kepelbagaian pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Alhamdulilah berkat usaha dan doa,saya dapat menjawab paper ni.Saya bersyukur atas nikmat Allah yang sentiasa menolong hamba-hambanya.Saya juga berdoa agar Allah tidak menolak balik kan hati kita semua,semoga Allah tetapkan keimanan kita.Saya berharap kita semua dapat meningkatkan keimanan.Sebelum masuk exam,saya diuji dengan sakit dalam menarik nafas.Saya  rasa betapa kerdilnya saya,sakit itu boleh datang bila-bila masa.Saya kuatkan diri melangkah dewan exam dan alhamdulilah dapat menjawab dengan baik.

Paper hari ini berkaitan Subjek Fizik iaitu Penjanaan Tenaga.Alhamdulilah saya dapat jawab dengan baik walaupun ada sesetengah pengiraan saya tak yakin sama ada betul atau tak.Semalam saya diuji lagi.Ketika di tandas saya menutup pili air dan disebabkan kecuaian saya jari telunjuk saya terluka.Pendarahan tidak berhenti.Saya tidak sedih atas ujian ini.saya terima.Mungkin saya ada silap dan ujian ini membuatkan saya insaf walaupun hanya luka kecil.

Secara kesimpulan hidup ini selalu ada cabaran.Gunakan iman jangan ikutkan nafsu.Nasihat ini adalah untuk diri saya sendiri.Saya akan terus bersemangat untuk menghadapi paper last.Paper Mekanik Quantum!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...