22 May 2011

Muliakan Jiran Tetangga

     Asalamualaikum kepada pembaca yang singgah di blog saya.Sebenarnya saya selalu ingin menulis di blog tetapi tidak mempunyai idea yang dapat memberi manfaat.Masa yang berlalu begitu pantas,sedar-sedar dah petang.Boleh tak saya nak bahasakan diri saya ini 'ana'?

    Pagi tadi ana bersiap untuk keluar bersama-sama kakak sulung ana beserta dua orang anak saudara ana.Mula-mula kakak janji jemput ana dalam pukul 10.Setelah bersiap ana menunggu kakak,mungkin dalam pukul 10.30 kakak baru sampai.Hon kereta kakak kedengaran menandakan dia datang menjemput ana.Ana mengenakan baju jubah yang berwarna coklat.Niat di hati ini mengenakan purdah namun ana tidak kuat lagi.

   Kami menuju ke kedai Alat tulis Alias.Bukan untuk membeli sebarang alat tulis tapi kami ingin berjumpa seseorang istimewa.Siapakah ye orang istimewa itu?Sudah pasti bukan Abg Alias tapi ingin ketemu sama dengan isteri En Alias iaitu glamour dengan panggilan Kak Ni.

  Kak Ni adalah seorang dari jiran tetangga kawasan kediaman kami.Dia tengah pregnant anak ke 5.Rasanya dalam 7 bulan dan insyaallah dalam bulan 8 ni akan bersalin.Semoga Kak Ni mudah dan selamat melahirkan baby.Ana akan mengadakan Majlis Kesyukuran Perkahwinan ana pada 10 Jun ini dan sebagai seorang jiran yang prihatin Kak Ni sanggup menolong kami dalam mengubah barang2 hantaran.Jadi tujuan kami berjumpa dengan Kak Ni adalah untuk ke kedai membeli peralatan-peralatan yang diperlukan.Nampaknya beliau seorang yang kreatif dan berminat mengenai gubahan.

  Kami melangkah masuk ke kedai yang diberitahu oleh Kak Ni.Nampaknya tuan punya kedai tersebut mengenali Kak Ni.Berdasarkan tema perkahwinan ana iaitu purple.Kak Ni bertanya pendapat ana mengenai bunga-bunga yang lawa.Kak Ni memilih bunga warna purple dan pink serta putih.Ini merupakan kombinasi warna agar ia nampak lebih menarik.Banyak juga yang kami beli tadi dan semuanya berjumlah RM226 dan tuan punya kedai memberi diskaun akhirnya RM210.

   Di sini sebenarnya ana ingin berkongsi cerita betapa penting kita hidup dalam berjiran.Jiran tetangga adalah tempat kita meminta bantuan dan pertolongan jika berlaku sesuatu musibah.Jiran tetangga juga sanggup menghulurkan bantuan tanpa diminta.Jika tak kenal jiran hidup kita bagai kera di hutan.

 Sekian dari ana.

 

17 May 2011

Menghitung Hari

  Sebenarnya beberapa hari baru-baru ini , saya mencari di beberapa buah kedai pakaian yang bersesuaian dengan saya untuk majlis kesyukuran 11 Jun 2011.Abang dan Umi pun turut serta dalam menemani saya mencari pakaian yang bersesuaian dengan saya.Namun kekecewaan yang berlaku , apa yang saya suka , Abang pula tidak berkenan.Apa yang Abang suka saya pula tidak berkenan.Last sekali Abang beritahu suruh bincang dengan Kak Dah or Kak Na pasal baju ni.

  Akhirnya saya memberitahu Kak Dah yang kami buntu dalam mencari pakaian yang bersesuaian.Semalam saya dan Kak Dah ke Saleem Aziz untuk mencari kain yang bersesuaian.Alhamdulilah atas pertolongan Kak Dah dan idea yang menarik untuk baju saya.Kemudian kami menuju ke kedai jahit di Kampung Chat Rimau.Pada mulanya tukang jahit tersebut tidak mahu menerima tempahan kami dan apabila Kak Dah memujuk akhirnya mereka menerima tempahan tersebut.Alhamdulilah.

   Petang tadi kami menikmati makan buah durian beserta pulut.Best sangat.Tadi dua ekor kambing sampai di kawasan rumah Kak Dah untuk dijaga oleh Che Wae sementara majlis kesyukuran tiba pada bulan Jun ini.Kelihatan dua ekor kambing tersebut sihat dan gemuk.Hahaha.....

   Ok la ye setakat ini dulu untuk entry kali ini.


12 May 2011

Hanif Demam Lagi

    Entry kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai anak saudara saya.Muhammad Hanif yang dalam beberapa hari lagi akn genap tiga tahun.Seorang yang bijak bercakap dan manja.

   Memandangkan kakak saya bekerja dan mak saya yang menjaga ank-ank saudara bila kakak keluar bekerja.Hanif muntah beberapa kali hari ini dan menyebabkan badannnya lemah.Saya membantu Mak Su memasak sotong singgang.Kalau di negeri Che Siti Wan Kembang,kami panggil sotong singgang tak tahu la negeri lain panggil apa.

  Apabila berada di rumah terasa diri ini perlu menimba ilmu terutama ilmu agama.Untuk menjadi seorang wanita yang solehah memerlukan ketinggian ilmu dan akhlak yang terpuji.Saya berharap dapat menjadi seperti wanita-wanita yang mempunyai akhlak dan pengorbanan yang tinggi untuk agama Islam.Insyaallah.


11 May 2011

Niat Suci

Asalamualaikum kepada pembaca yang sudi menjenguk blog saya.Setelah lama bercuti di rumah,lama sudah tidak menulis entry di blog.Mood menulis down.Sepanjang cuti ini,saya habiskan masa saya dengan melakukan kerja-kerja rumah dan bersama keluarga.Di samping itu,mulai belajar memasak.Sibuk menyalin resepi yang ada di blog.

Sebenarnya hari ini terdetik di hati saya ingin berniqob.Tetapi saya tidak mempunyai kekuatan.Pagi tadi saya tidak ketinggalan mendengar radio slot Islam Itu Indah bersama Prof Muhaya.Saya dapat ilmu yang bermakna dan insyaallah akan dilatih dalam diri saya yang kekurangan ilmu.Jika kita ingin melakukan sesuatu kita tidak boleh fikir apa orang kata,apa akan jadi,dan perkataan kalau mesti la tidak wujud dalam kamus kehidupan.

Saya bermohon agar saya diberi kekuatan untuk berniqob.Apa yang saya selalu fikirkan adalah adakah seorang guru boleh berniqob?Itu yang menjadi masalah bagi saya.Saya mengambil pendidikan di universiti dan insyaallah lepas ini akan menjadi seorang guru.Semoga kita dalam rahmat Alllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...