18 July 2011

Kami di KELCHEFF 2011

KELCHEFF 2011 adalah singkatan bagi Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011.Malam ini saya dan suami di bawah gerai SIRIM mempromosikan serta menjual produk Ummi.Ibu mertua ana mengeluarkan produk pencicah Asiah Hassan.Sesuai dimakan dengan keropok dan sebagainya.Ana baru je sampai di rumah bapa saudara suami ana.Kami bermalam di sini malam ini.Menjimatkan masa kami untuk ke KELCHEFF bagi berniaga.Alhamdulilah sambutan malam ini menggalakkan dari para pengunjung.Biasa la adat berniaga,ada pengunjung yang buat tidak hirau dan ada juga yang memberi respon yang baik.

Selamat Malam.

25 June 2011

Wanita Bahagia

Selamat Malam kepada sahabat-sahabat yang menjenguk blog ana.Blog ana sepi dek kerana kesibukan.Rindu untuk menulis kerana menulis adalah sebahagian dari kehidupan untuk menjadikan kita sebagai wanita yang paling bahagia.Tulisan yang dihasilkan bukan untuk melalaikan tetapi untuk berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh.

Dalam salah satu buku yang ana baca yang isi kandungannya bertajuk Rumah Sederhana Dengan Iman Bukan Istana Dengan Sikap Melampaui Batas.Kita ibaratkan seorang wanita yang tinggal di sebuah pondok yang usang,beribadah kepada Allah,mendirikan solah lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan adalah wanita yang paling bahagia berbanding dengan seorang wanita yang tinggal di dalam istana yang mewah dikelilingi dayang-dayang serta meraikan pesta-pesta.Golongan ini wanita yang tidak bahagia hati mereka gelisah.

Kebahagiaan bukan terletak pada wang serta kekayaan dan sesungguhnya kekayaan terletak pada kepuasan hati,kesenangan perasaan,ketenangan jiwa,kegembiraan rohani diiringan dengan sifat menerima dan merasa cukup dengan anugerah yang diberi.

Itu saja dari ana,Salah dan silap sama-sama kita betulkan

15 June 2011

Thank You

Alhamdulilah ana masih berpeluang untuk menulis lagi.Apa khabar sahabat-sahabat?Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan merasai kenikmatan iman.InsyaAllah.

Majlis Kesyukuran Perkahwinan ana berjalan lancar pada 10 Jun yang lalu.Rombongan pegantin lelaki sampai dalam pukul 3 petang.Salah seorang kumpulan nasyid Sufian turut menyerikan majlis kesyukuran kami.Ia juga turut dimeriahkan dengan jamuan yang enak.Ana amat bersyukur kerana kawan-kawan ana dari Sekolah Menengah Hamzah 1, MRSM Kuala Krai,Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan juga UKM turut datang ke majlis ana.Thank You my friends.

Pada keesokan harinya 11 Jun adalah majlis hantar menantu.Lebih kurang pukul 3 juga rombongan kami sampai di rumah pegantin lelaki.Majlis yang sederhana tapi meriah.Di sini ana berkenalan dengan kawan-kawan serta saudara-mara zauji.


06 June 2011

Serangga

  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.Apa khabar kepada sahabat yang melawat blog ana.Satu peristiwa telah berlaku kepada ana tengah hari tadi.Begini ceritanya,ana tengah mengemas rumah dan terdetik di hati ana untuk membasuh beg mekap ana lalu ana ke belakang halaman rumah kerana di situ letaknya paip.

  Kemudian ana mencuci beg mekap tersebut dengan perasaan takut.Ini kerana sebelahnya adalah tempat pemeliharaan angsa,ayam dan itik.Apa yang ana takut adalah ana takut angsa akn mengejar ana.Jadi ana cepat-cepat mencuci.Selepas itu,ana nak letak beg tersebut di atas pagar belakang bahagian dapur.Nak dijadikan cerita semasa ana tengah meletakkan beg tersebut ana digigit oleh serangga.Ana panik dan ana cepat-cepat berlari menaiki tangga masuk ke dalam rumah.Terdapat 4 kesan gigitan.Orang Kelantan panggil serangga tersebut adalah 'peringat'.

  Akibat dari sengatan tersebut lengan ana kelihatan bengkak.Semoga ana diberi kesihatan yang baik kerana dalam beberapa hari ini ana sibuk dalam menyediakan persiapan yang perlu.Alhamdulilah dengan bantuan ahli keluarga kerja yang berat menjadi ringan.

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...