04 August 2011

Ramadhan

Salam.Sudah masuk hari ke 4 kita menyambut bulan Ramadhan.Alhamdulilah kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa serta amalan-amalan yang lain.Antaranya solat terawih,bacaan al-quran serta solat tahujud,solat taubat dan solat hajat.

Pagi tadi saya bersama dengan Baba di rumah dan saya ambil masa untuk meneroka blog.Hasilnya saya menggunakan yang simple dan nampak santai.Maklum la saya masih baru dalam dunia blog.Saya bukan seorang yang kreatif tapi suka benda2 yang comel dan cute.:P

Encik Zauji masih di Perak menjadi imam solat terawih dan saya masih di Kelantan di rumah mertua.Alhamdulilah dapat berbakti kepada ibubapa selagi kudrat dan upaya masih ada.InsyaAllah.Niat yang sebenarnya saya nak ke Perak menemani Encik Zauji namun atas beberapa sebab terpaksa ditunda.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Buat kaum hawa yang sudah berumahtangga,sama2 lah kita menjaga suami kita.Semoga kita menjadi isteri yang solehah dunia akhirat.Dan yang bakal mendirikan rumahtangga,lebih baik kawan2 belajar cara menjaga suami dan rumahtangga.Lengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga.



28 July 2011

Adik Di Sini Abg Di Sana

Bismillahirahmanirahim.Apa khabr semua?Alhamdulilah atas nikmat Allah yang memberi selera kepada Jamy makan dan minum dengan penuh berselera hendaknya.Maklum la makanan favourite selalu ada menyebabkan kerapnya makan nasi.

Suami Jamy ada urusan perniagaan di Perak,dan Jamy berada di rumah mertua bersama Ummi dan adik-adik.Semalam begitu merindui suami,petang semalam suami bertolak ke Perak.Mengalir air mata dek rindukan suami...Lemah sungguh si isteri,suami pergi mencari nafkah..Jamy perlu kuat.Insyaallah.

Petang tadi sungguh bertuah kerana Jamy berkenalan dengan seorang sahabat yang mualaf.Alhamdulilah beliau seorang yang kuat dan tabah dalam menuntut ilmu agama sampai Jamy pun bertambah semangatnya.Alhamdulilah.



23 July 2011

I LOVE YOU

Assalamualaikum.Malam ini entry jamy bertajuk I LOVE YOU,ditujukan khas buat suami yang tersayang.Jamy betul-betul merindui zauji.Tgah hari semalam zauji bersama kembar dan sepupunya bertolak ke Thailand.Tujuan utama ke sana adalah untuk menziarah ulama-ulama Thailand di samping mengambil berkat dari ulama-ulama di sana.Semoga urusan zauji dipermudahkan.

Hidup Jamy tidak tentu arah dan lebih emotional sejak zauji ke sana.Padahal baru dua hari,Jamy begitu emosi.Sekarang Jamy bersama dengan mertua serta adik-adik ipar di Kota Bharu.Alhamdulilah malam ini adalah malam terakhir di KELCHEFF 2011.Petang tadi Jamy tidak menjaga gerai bersama mertua disebabkan emosi Jamy yang kurang stabil.Ya Allah begitu pentingnya seorang suami dalam kehidupan kita sebagai wanita.

Abang,I LOVE YOU.Tidak sabar menunggu kepulangan zauji untuk meluahkan perasaan Jamy terhadap zauji.Semoga suamiku dalam keadaan baik.Nak call atau msg tidak boleh sb line tiada.Jamy menunggu dengan penuh sabar kepulangan zauji tersayang.


20 July 2011

Morning!!!

Alhamdulilah ana bersarapan nasi lemak pada pagi ini.Syukur ke hadrat Illahi atas nikmat kurniaannya.Semalam kami menutup gerai di KELCHEFF 2011 lebih kurang dalam pukul 10.30 malam.Selepas itu singgah di warung yang ada menjual nasi gulai ikan.Ana tidak berselera dan berat badan ana turun.Zauji berselera makan dan bila perut dah kenyang kami mempunyai urusan lain untuk berjumpa Pok Nik.

Sepanjang masa ana bersama dengan zauji,menjual pencicah Asiah Hassan.Alhamdulilah ana menghargai saat-saat bersama dengan zauji.Sebenarnya kalau diberi peluang untuk ana,ana nak belajar di timur tengah,fasih berbahasa arab.Allah buat terbaik untuk kita,jadi ana akan menghargai bidang yang ana belajar cuma ana dahagakan ilmu agama.Banyak lagi yang perlu ana pelajari untuk lebih dekat serta memahami agama.Alhamdulilah suami ana banyak membantu.Beliau mengajar ana mengaji al-quran serta mengenal hukum tajwid.Namun disebabkan kesibukan kebelakangan ini,zauji tidak dapat mengajar ana.Masa yang berlalu perlu dihargai.

Terima Kasih Suamiku.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...