18 October 2011

Diriku Memberontak

Assalamualaikum buat semua sahabat.Walaupun saya tahu jarang yang ada berkunjung di blog saya yang amat kekurangan namun tidak mengapa.Blog ini sebagai luahan hati seorang remaja yang selalu memberontak untuk mencuba sesuatu yang baru.

Petang ini cuaca agak redup dan saya habis kuliah pukul 1 ptg tadi.Malam ini ada kuliah pula lepas maghrib.Saya sebenarnya apabila diikutkan hati nak je berhenti belajar dan tumpukan pada apa yang saya minat.Saya bercita-cita nak mendalami ilmu agama.Saya terasa diri saya kerdil dengan ilmu agama.

Tapi saya tak berdaya.Saya perlu belajar dan tunggu habis belajar boleh la saya fikir apa yang saya minat.!!!Apa2 pun mesti berfikiran positif.Saya perlu menjadi pendidik yang bagus untuk membentuk akhlak pelajar-pelajar dan menjadikan mereka insan yang berjaya dunia dan akhirat...

Setakat ini dulu luahan saya.Doakan saya dan suami bahagia dan dalam keberkatan Allah.

03 October 2011

Pendengki Lebih Rendah Daripada Yang Didengki

Assalamualaikum dan salam ceria dari saya buat sahabat-sahabat yang diredhai oleh Allah SWT.Jam menunjukkan pukul 8.53 pagi dan dalam beberapa jam lagi saya akan ke kuliah.Sebelum ke kuliah,saya ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat.

Entry kali ini berkaitan dengan tajuk hasad dengki.Hasad dengki adalah satu penyakit yang berbahaya dalam tubuh kita.Ia boleh mengotorkan hati dan membuat si pendengki tidak memperoleh ketenangan.Ia boleh memudaratkan diri secara perlahan-lahan.


Dalam satu artikel yang saya baca ada menyebut bahawa ia diibaratkan seperti orang yang menyalakan panggang roti setelah ia panas orang tersebut memasukkan dirinya ke dalam pemanggang roti itu.Oleh itu ,saya berharap diri saya dan juga sahabat-sahabat dijauhkan dari penyakit kronik ini.Mari la kita bertaubat kepada Allah jika kita pernah memiliki penyakit ini dan berdoa agar kita dijauhkan dari penyakit ini.Insyaallah dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dapat menghindarkan penyakit ini.

"Jauhkanlah kamu dari hasad dengki kerana ia memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar". (Hadis Riwayat Abu Daud)


01 October 2011

Sweet Itu Manis

Assalamualaikum dan apa khabar buat sahabat-sahabat yang kukasihi.Malam ini saya ingin membuat satu coretan hati.Hati ini yang selalu merindui zauji tercinta dan ahli keluarga yang di sayangi selalu serta tidak lupa pada sahabat-sahabat terutama Ana yang berada di Perak sana.

Buat zauji ku, selamat pulang ke Kelantan bersama-sama kembarnya. Semoga reunion esok zauji gembira ya.Saya di sini tumpang gembira juga.Terima kasih buat suamiku.

Saya ingin menyentuh mengenai topik yang berkaitan dengan wanita.Dalam Islam mengangkat darjat sebagai wanita.Oleh itu,kita seharusnya bersyukur menjadi seorang wanita dan menghargai diri kita serta menjaga diri kita sebagai wanita.Sekiranya kita melakukan kesilapan cepat2 kita bertaubat kepada Allah.Sesunggunhya Allah Maha Pengampun.

Perkara yang sering dilakukan oleh wanita adalah mengumpat.Kita elakkan dari bercerita tentang aib seseorang malah kita sepatutnya berdoa untuk kebaikan seseoarang yang kita nampak melakukan kesilapan jika kita tidak mampu untuk menegur kesilapannya.Pupuklah hati kita sebersih air kelapa yang jernih.Bersihkan hati kita dari sikap cemburu atau hasad dengki dan sebagainya.Jadilah kita sebagai wanita yang solehah dan bagi yang dah berkahwin ; hiasilah rumahtangga anda dengan warna-warni kegembiraan dan kesukaan bersama suami dan anak-anak.

Saya pun tidak ketinggalan yang mempunyai azam untuk menjadi wanita yang solehah dan dan mencontohi Fatimah Az-Zahra iaitu ketua bidadari di syurga nanti.



17 September 2011

Luahan Hati

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat-sahabat yang dikasihi.Sudah lama saya tidak update blog.Semoga kalian dalam keadaan sihat walafiat dan bersemangat untuk menulis di alam blog ini.Alhamdulilah sekarang saya sudah berada di Kuala Lumpur dan insyaallah Isnin ini saya akan hadir ke kuliah bagi memulakan pelajaran setelah empat bulan cuti semester.

Sekarang saya dan zauji menumpang di rumah mak saudara sebelah suami memandangkan cuti hujung minggu.Esok zauji akan menghantar saya balik ke UKM.Akan tetapi saya mempunyai beberapa masalah iaitu saya tidak mempunyai penetapan kolej.Oleh sebab itu , saya akan menumpang di bilik kawan coursemate saya di Kolej Keris Mas.Saya berhasrat untuk memohon rayuan untuk menetap di kolej tersebut memandangkan urusannya amat mudah dan tidak sesukar kolej lain yang terpaksa menunggu dua minggu untuk keputusan rayuan.

Petang tadi saya beserta zauji dan ahli keluarga mak saudara ke rumah terbuka salah seorang Dato' yang agak terkenal.First time saya melangkah ke rumah Dato' dan menghadiri rumah terbuka orang yang terkenal.Rasa gugup sebab kebanyakan mereka berfesyen dan nampak berbeza dengan penampilan saya yang serba sederhana.Namun apa yang saya lihat ialah para hadirin yang menghadiri seperti bertelanjang dan tidak menepati cara menutup aurat yang sempurna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...