21 October 2011

Rungutan Demi Rungutan

Assalamualaikum dan selamat pagi serta salam jumaat.Pejam celik sudah hari jumaat.Cepat nya putaran masa.Begitu la kita sepatutnya menghargai masa.Adakah saya menghargai masa..Fikir sejenak..


Saya ingin membuat coretan mengenai satu isu sebenarnya.Mengenai rungutan yang saya dengar dari beberapa orang.http://www.emocutez.comKenapa orang yang bertudung labuh serta menjaga aurat mereka berkelakuan seperti itu? Kawan saya ada memberitahu pada suatu hari ketika ingin menunaikan solat ada seorang muslimah yang lengkap menutup aurat mengatakan surau itu sempit baik tak payah solat..Lebih kurang itu yang dikatakan muslimah itu.


Saya tidak mampu untuk berkata-kata dan saya rasa malu.Sebabnya ini akan mengaibkan muslimah yang lain.Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.Kita sebagai yang bertudung labuh ini seharusnya menunjukkan akhlak yang baik.Saya juga mengingatkan diri saya sendiri bahawa kita sentiasa diperhatikan tingkah laku kita.Tunjukkan akhlak yang baik.


Beberapa hari yang lalu,saya membuat pemerhatian di Ukm ini terdapat dua orang muslimah berniqob.Salah satu nya sempat saya menegurnya bertanyakan keadaan boleh ke berniqob di Ukm.Saya amat kagum kerana muslimah tersebut mempunyai semangat dan keberanian.Namun saya akan cuba secara perlahan-lahan untuk berniqob di Ukm.Kawan-kawan tolong doakan saya ye.



Insyaallah pagi esok saya dan kawan saya akan ke ke sekolah di Sepang untuk menyiapkan tugasan berkumpulan kami.Tadi apa yang saya belajar dalam kuliah kita sebagai seorang bakal guru bukan sekadar tugas untuk mengajar je malah untuk mendidik.Mkasudnya di sekolah lah guru memainkan peranan penting untuk mendidik pelajar.Teringat apa yang diceritakan oleh pensyarah saya dalam kuliah tadi.Ceritanya begini :

http://www.emocutez.comDalam satu hospital,anak seorang lelaki yang darjah empat.Dia sakit dan kiranya dia penghuni tetap hospital tersebut.Orang gajinya adalah orang Melayu dan di katil pesakit dia tidak meggunakan nama Cina nya.Dia menggunakan nama Adam.Dan apabila orang tanya kenapa guna nama Adam ,dia mengatakan bahawa doktor yang telah meninggal itu panggilnya dengan nama Adam.
Maksudnya,kita tidak kira la doktor ke cikgu ke,memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah.Doktor yang telah meninggal tersebut telah meninggalkan sesuatu yang bernilai mengenai Islam terhadap budak lelaki Cina itu.

18 October 2011

Diriku Memberontak

Assalamualaikum buat semua sahabat.Walaupun saya tahu jarang yang ada berkunjung di blog saya yang amat kekurangan namun tidak mengapa.Blog ini sebagai luahan hati seorang remaja yang selalu memberontak untuk mencuba sesuatu yang baru.

Petang ini cuaca agak redup dan saya habis kuliah pukul 1 ptg tadi.Malam ini ada kuliah pula lepas maghrib.Saya sebenarnya apabila diikutkan hati nak je berhenti belajar dan tumpukan pada apa yang saya minat.Saya bercita-cita nak mendalami ilmu agama.Saya terasa diri saya kerdil dengan ilmu agama.

Tapi saya tak berdaya.Saya perlu belajar dan tunggu habis belajar boleh la saya fikir apa yang saya minat.!!!Apa2 pun mesti berfikiran positif.Saya perlu menjadi pendidik yang bagus untuk membentuk akhlak pelajar-pelajar dan menjadikan mereka insan yang berjaya dunia dan akhirat...

Setakat ini dulu luahan saya.Doakan saya dan suami bahagia dan dalam keberkatan Allah.

03 October 2011

Pendengki Lebih Rendah Daripada Yang Didengki

Assalamualaikum dan salam ceria dari saya buat sahabat-sahabat yang diredhai oleh Allah SWT.Jam menunjukkan pukul 8.53 pagi dan dalam beberapa jam lagi saya akan ke kuliah.Sebelum ke kuliah,saya ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat.

Entry kali ini berkaitan dengan tajuk hasad dengki.Hasad dengki adalah satu penyakit yang berbahaya dalam tubuh kita.Ia boleh mengotorkan hati dan membuat si pendengki tidak memperoleh ketenangan.Ia boleh memudaratkan diri secara perlahan-lahan.


Dalam satu artikel yang saya baca ada menyebut bahawa ia diibaratkan seperti orang yang menyalakan panggang roti setelah ia panas orang tersebut memasukkan dirinya ke dalam pemanggang roti itu.Oleh itu ,saya berharap diri saya dan juga sahabat-sahabat dijauhkan dari penyakit kronik ini.Mari la kita bertaubat kepada Allah jika kita pernah memiliki penyakit ini dan berdoa agar kita dijauhkan dari penyakit ini.Insyaallah dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dapat menghindarkan penyakit ini.

"Jauhkanlah kamu dari hasad dengki kerana ia memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar". (Hadis Riwayat Abu Daud)


01 October 2011

Sweet Itu Manis

Assalamualaikum dan apa khabar buat sahabat-sahabat yang kukasihi.Malam ini saya ingin membuat satu coretan hati.Hati ini yang selalu merindui zauji tercinta dan ahli keluarga yang di sayangi selalu serta tidak lupa pada sahabat-sahabat terutama Ana yang berada di Perak sana.

Buat zauji ku, selamat pulang ke Kelantan bersama-sama kembarnya. Semoga reunion esok zauji gembira ya.Saya di sini tumpang gembira juga.Terima kasih buat suamiku.

Saya ingin menyentuh mengenai topik yang berkaitan dengan wanita.Dalam Islam mengangkat darjat sebagai wanita.Oleh itu,kita seharusnya bersyukur menjadi seorang wanita dan menghargai diri kita serta menjaga diri kita sebagai wanita.Sekiranya kita melakukan kesilapan cepat2 kita bertaubat kepada Allah.Sesunggunhya Allah Maha Pengampun.

Perkara yang sering dilakukan oleh wanita adalah mengumpat.Kita elakkan dari bercerita tentang aib seseorang malah kita sepatutnya berdoa untuk kebaikan seseoarang yang kita nampak melakukan kesilapan jika kita tidak mampu untuk menegur kesilapannya.Pupuklah hati kita sebersih air kelapa yang jernih.Bersihkan hati kita dari sikap cemburu atau hasad dengki dan sebagainya.Jadilah kita sebagai wanita yang solehah dan bagi yang dah berkahwin ; hiasilah rumahtangga anda dengan warna-warni kegembiraan dan kesukaan bersama suami dan anak-anak.

Saya pun tidak ketinggalan yang mempunyai azam untuk menjadi wanita yang solehah dan dan mencontohi Fatimah Az-Zahra iaitu ketua bidadari di syurga nanti.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...