08 February 2012

Pernikahan Tempat Menyuburkan Cinta

" Tidak terlihat di antara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan. "
( Sunan Ibnu Majah )

Ramai remaja sekarang lebih memilih berpancaran daripada melangsungkan perkahwinan..Mereka mengatakan masih awal lagi untuk mendirikan rumahtangga dan masih belum sedia. Selain itu, masih belajar dan belum memiliki kewangan yang stabil bagi mendirikan rumahtangga saya.

Saya pula adalah disebaliknya. Mempunyai azam mendirikan rumhtangga sejak umur belum mencecah 20 tahun. Alhamdulilah impian saya tercapai dan saya amat bersyukur.:131:

Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang menjadikan Allah s.w.t sebagai pemersatunya. Dan tidak ada yang melebihi ikatan ini. Dan inilah puncak segala kenikmatan cinta itu di mana ke dua orang yang saling mencinta itu memilih untuk hidup bersama dan saling berjanji untuk saling mengasihani dan berbagi hidup baik suka mahupun duka.

Antara input yang saya dapat adalah wanita memerlukan perhatian, lelaki memerlukan kepercayaan.

Wanita memerlukan pergertian lelaki memerlukan penerimaan.

Wanita memerlukan rasa hormat lelaki memerlukan pernghargaan.

Wanita memerlukan kesetiaan lelaki memerlukan kekaguman.

Wanita memerlukan penegasan lelaki memerlukan persetujuan.

Wanita perlukan jaminan lelaki perlukan dorongan...

emoticon30

28 January 2012

Happy Saturday

Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.:face75:
...Jamy harap sihat hendaknya..Malam esok Jamy akan pulang ke Kelantan bersama zauji selama seminggu disebabkan zauji Jamy dapat cuti seminggu...Namun Jamy belum pasti lagi sama ada Jamy stay kt kampung atau follow suami balik Gombak semula..:16:

Ntah la sejak kebelangkan ini, Jamy rasa belum cukup lagi amalan Jamy dan rasa masih belum dekat lagi diri ini dengan Pencipta..Setiap masa, Jamy ambil masa untuk memunasabahkan diri ini yang selalu alpa..Semenjak Jamy menonton video Ustaz Harun Din bermimpi jumpa Rasulullah..Jamy menyoal balik diri sama ada setakat manakah diri ini mencintai Rasululllah....Tepuk dada tnya diri..Empunya diri lebih mengetahui...

Setakat ini dulu entry kali ini..Semoga sahabat sudi berkongsi pandangan..Akhir kalam, salam sayang buat sahabat muslimah yang diredhai Allah..emoticonnajwa02

23 January 2012

Hoorey Holiday

Assalamualaikum dan selamat malam.Sudah lama Jamy tidak mencoret tinta di sini.Alhamdulilah Jamy dah mulai cuti semester selama sebulan.Sebulan kejap je pejam celik dah sebulan.


Oleh sebab itu, Jamy akan menghargai masa cuti ini dengan sebaik-baiknya.Insyaallah. Semalam Jamy dan suami menjemput kawan suami serta isterinya makan malam di rumah. Disebabkan ibu saudara suami pulang ke kampung hanya tinggal kami berdua je di rumah ini.


Lebih kurang dalam pukul 6 petang, Jamy dan suami dah ke dapur.Kami tolong-menolong dalam menyediakan makan malam. Antara hidangannya ialah Siakap Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin dan Sup Cendawan. Selain itu, Jamy turut menyediakan koktail.Alhamdulilah semua makanan habis.


Kepada semua sahabat yang sedang bercuti, selamat bercuti dan semoga cuti ini akan memberi manfaat kepada kita.Insyaallah.

16 December 2011

Ummiku Sayang


  Seorang ibu akan mengandung lebih kurang 9 bulan lebih. Membawa perut ke hulu hilir dengan harapan anak yang di kandung menjadi insan yang berguna pada agama, masyarakat dan negara.Berdasarkan Falsafah Kebangsaan yang saya pelajari , guru memainkan peranan penting dalam membentuk insan yang berakhlak mulia bukannya warganegara yang baik. Insan dan warganegara adalah dua aspek yang berbeza.

  Ibu jasamu tetap ku kenang walaupun engkau bukan di sisiku.Engkau tidak dapat melihat kejayaanku di dunia ini, melihat aku berumahtangga dan engkau tidak dapat melihat menantu bongsumu..Namun aku yakin engkau mengetahuinya di alam sana.Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepadamu dan aku di sini selalu mendoakan mu wahai ibuku.

   Kali ini saya ingin membuat ucapan khas buat Ummi kesayangan saya, iaitu ibu mertua. Selamat Hari Lahir Ummi. Terima kasih membesarkan suami saya dan memberi didikan agama yang sempurna untuk suami. Semoga Ummi sihat, murah rezeki dan semakin dekat dengan ALLAH. 

     Alhamdulilah saya dikurniakan seorang ibu dan bapa mertua yang baik dan saya rasa selesa bersama mereka. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...