Assalamualaikum w.b.t semua. Apa khabar? Alhamdulilah ye kita diberi kesihatan yang baik dan bagaimana keadaan insan2 yang sedang menghadapi ujian Allah dengan diberi kesihatan yang tidak baik. Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka agar kuat dan kembali sihat macam kita. Kita yang diberikan kesihatan yang baik oleh Allah S.W. T , adakah menghargai dengan mengucapkan Alhamdulilah.
Bersyukur sangat2 ke hadrat Illahi dengan kesihatan yang baik. Menyoal diri sendiri dengan kesihatan yang baik ini adakah kita menggunakan dengan cara yang baik. Sudahkah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Adakah solat kita 5 waktu terlaksana? Adakah kita solat bila masuk waktunya atau kita bertangguh kerana lalai perkara duniawi semata-mata?
Saya juga insan yang lemah. Tiap2 hari bila bangkit dari tidur, saya mempunyai azam untuk mendekatkan diri pada Allah, ingin menjadi wanita solehah, taat pada suami dan melakukan yang terbaik sebelum malaikat datang menjemput pulang ke kampung yang abadi. Kampung kita bukan di sini tapi di sana. Di sanalah kampung kita yang kekal abadi dan di sana kita akan kekal. Betapa kerdilnya diri saya ini.
Saya tertarik apabila membaca sebuah buku yang bertajuk Travelog Dakwah oleh Muhd Kamil Ibrahim. Beliau banyak menyentuh jiwa saya dengan penulisan dan pengalaman yang dikongsikan. Apa yang saya dapat ialah jika kita mempunyai masalah ataupun tidak, bangunlah sepertiga malam bermunajat kepada Allah. Jaga waktu solat dan bagi yang lelaki lebih baik berjemaah di masjid ataupun surau. Selain itu, amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis.
Saya akan cuba untuk amalkan.Saya memohon keampunan atas coretan jika ada tersalah bahasa. Diriku insan yang sentiasa membaiki diri, insan yang lemah dan memerlukan mujahadah yang tinggi.







