11 March 2012

Aku Hamba Allah


Siapakah kita..?Bila ditanya pasti kita akan menjawab apa nama kita..Yang sebenarnya kita adalah hamba Allah..Apabila disebut hamba Allah boleh terbayang di fikiran kita mengenai perkataan hamba..

Hamba itu sebenarnya insan yang kerdil, kita bukan siapa2 di muka bumi ini walaupun kita mempunyai kedudukan yang tinggi, harta yang banyak namun kita jangan lupa di hadapan Allah kita semua adalah sama tidak kira miskin ataupun kaya..Cuma yang berbeza di sisi Allah adalah ketaqwaan dan keimanan seseorang.

Buat sahabat yang disayangi, banyak lah mengingati Allah. Sebelum bertindak fikir baik buruk dulu sesuatu perkara yang kita hendak lakukan. Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak boleh diundur"..Sama2 kita renungkan..

Alhamdulilah selama ini, saya tidak berani berpurdah di tempat saya belajar.Namun dengan nekad yang ada, semester ini saya berazam nak berpurdah. Walaupun saya berniqob, saya masih banyak yang perlu belajar.

10 March 2012

Think Positive


Assalamualaikum semua..Sudah lama jamy tak update belog ini..Semoga sahabat dalam keadaan sihat dan emosinya dalam keadaan stabil.. jika emosi agak kurang stabil, jom sama2 kita check diri masing2? Mungkin ada bnda yang masih kurang..Tips utama adalah dekatkan diri dengan Allah maka hati akan menjadi tenang.. Cuba ye..

Alhamdulilah di waktu Jamy sedih ada sahabat yang sentiasa memberi pandangan yang positid. Di samping adanya suami yang sentiasa memberi semangat kepada saya. Terima kasih.

Alhamdulilah buat masa ini, Jamy agar kuat dalam berniqob di tempat belajar. Insyaallah.

17 February 2012

Episod 1


Assalamualaikum w.b.t semua. Apa khabar? Alhamdulilah ye kita diberi kesihatan yang baik dan bagaimana keadaan insan2 yang sedang menghadapi ujian Allah dengan diberi kesihatan yang tidak baik. Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka agar kuat dan kembali sihat macam kita. Kita yang diberikan kesihatan yang baik oleh Allah S.W. T , adakah menghargai dengan mengucapkan Alhamdulilah.

Bersyukur sangat2 ke hadrat Illahi dengan kesihatan yang baik. Menyoal diri sendiri dengan kesihatan yang baik ini adakah kita menggunakan dengan cara yang baik. Sudahkah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Adakah solat kita 5 waktu terlaksana? Adakah kita solat bila masuk waktunya atau kita bertangguh kerana lalai perkara duniawi semata-mata?

Saya juga insan yang lemah. Tiap2 hari bila bangkit dari tidur, saya mempunyai azam untuk mendekatkan diri pada Allah, ingin menjadi wanita solehah, taat pada suami dan melakukan yang terbaik sebelum malaikat datang menjemput pulang ke kampung yang abadi. Kampung kita bukan di sini tapi di sana. Di sanalah kampung kita yang kekal abadi dan di sana kita akan kekal. Betapa kerdilnya diri saya ini.

Saya tertarik apabila membaca sebuah buku yang bertajuk Travelog Dakwah oleh Muhd Kamil Ibrahim. Beliau banyak menyentuh jiwa saya dengan penulisan dan pengalaman yang dikongsikan. Apa yang saya dapat ialah jika kita mempunyai masalah ataupun tidak, bangunlah sepertiga malam bermunajat kepada Allah. Jaga waktu solat dan bagi yang lelaki lebih baik berjemaah di masjid ataupun surau. Selain itu, amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis.

Saya akan cuba untuk amalkan.Saya memohon keampunan atas coretan jika ada tersalah bahasa. Diriku insan yang sentiasa membaiki diri, insan yang lemah dan memerlukan mujahadah yang tinggi.



08 February 2012

Pernikahan Tempat Menyuburkan Cinta

" Tidak terlihat di antara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan. "
( Sunan Ibnu Majah )

Ramai remaja sekarang lebih memilih berpancaran daripada melangsungkan perkahwinan..Mereka mengatakan masih awal lagi untuk mendirikan rumahtangga dan masih belum sedia. Selain itu, masih belajar dan belum memiliki kewangan yang stabil bagi mendirikan rumahtangga saya.

Saya pula adalah disebaliknya. Mempunyai azam mendirikan rumhtangga sejak umur belum mencecah 20 tahun. Alhamdulilah impian saya tercapai dan saya amat bersyukur.:131:

Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang menjadikan Allah s.w.t sebagai pemersatunya. Dan tidak ada yang melebihi ikatan ini. Dan inilah puncak segala kenikmatan cinta itu di mana ke dua orang yang saling mencinta itu memilih untuk hidup bersama dan saling berjanji untuk saling mengasihani dan berbagi hidup baik suka mahupun duka.

Antara input yang saya dapat adalah wanita memerlukan perhatian, lelaki memerlukan kepercayaan.

Wanita memerlukan pergertian lelaki memerlukan penerimaan.

Wanita memerlukan rasa hormat lelaki memerlukan pernghargaan.

Wanita memerlukan kesetiaan lelaki memerlukan kekaguman.

Wanita memerlukan penegasan lelaki memerlukan persetujuan.

Wanita perlukan jaminan lelaki perlukan dorongan...

emoticon30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...