03 June 2012
25 May 2012
Meniup Lilin
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
23 May 2012
Isteri Solehah
Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.
Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh ‘wildan-wildan’nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.
Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.
Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.
Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya.
Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.
Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!
18 May 2012
Syukur
Semalaman saya menyiapkan teks ucapan Pengerusi Majlis, Perasmi Majlis dan ucapan Pengerusi PIBG Sek Men Keb Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang Johor Bahru.
Di keheningan pagi selepas solat Subuh, saya mencuci pakaian yang bertimbun banyaknya.Sebelum ia bertambah menjadi bukit lebih baik saya mencuci pakaian ini..Saya tidak menggunakan mesin basuh kerana abaya dan jubah yang perlu dibasuh agar kualiti kain dalam keadaan baik.
Lebih kurang pukul 8 saya bersiap untuk mandi sebelum ke Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM.oH sungguh banyak asignment yang perlu saya siapkan sebelum final exam menjelang dalam bulan 6 nanti.
Dengan semangat berkobar-kobar untuk menyiapkan asignment saya menunggu bas untuk ke pusat sumber. Apabila menaiki bas, saya mendapat satu panggilan iaitu dari suami..Dengan keadaan yang kelam kabut, saya mencapai telefon bimbit di dalam beg dan kemudian beg laptop saya terjatuh..
Saya menuju ke pusat sumber setelah bas menghentikan para penumpang di bus stop Fakulti Pendidikan. Tanpa membuang masa saya ke rak buku untuk mencari buku tesis yang saya perlukan dan tidak megambil masa yang lama untuk menjumpai buku tersebut.. Saya ke tempat duduk dan membuka laptop dengan perasaan yang berkobar-kobar untuk menyiapkan tugasan..
Namun saya tidak dapat membuka laptop..Screen menjadi hitam..Kemudian saya menjadi tidak tenteram.Saya membuat keputusan pulang ke bilik untuk mengambil charger laptop. Untuk pulang ke bilik mengambil masa 30 minit sampai dan 30 minit untuk ke pusat sumber semula. Jadi mengambil masa sejam semuanya..
Mood saya makin down, kemudian saya membuat panggilan kepada salah seorang sahabat yang saya gelar Cik S..Saya meminta sahabat saya datang mengambil saya..Alhamdulilah akhirnya Cik S setuju..Setelah mendapatkan charger, didapati laptop saya tidak boleh buka..Screennya tetap gelap..Saya menganggap laptop saya rosak.Banyak benda yang bermain di fikiran saya kerana di dalam laptop tersebut banyak asignment saya..Air mata membasahi pipi..Namun saya cuba menenangkan hati saya..
Setelah cuba beberapa kali, screen laptop tetap gelap..Atas nasihat kawan saya, saya shut down dulu laptop dan saya menelefon pak cik yang repair laptop di UKM..Pak cik tersebut akan datang ke kedainya pukul 12.30 tgahri..Pada masa itu, saya akan berjumpa untuk membaiki laptop..Pada masa ini, saya sungguh sedih namun saya tabahkan hati..
Kemudian saya berjumpa dengan pak cik repair laptop..Beliau sudah mengetahui cerita sebenar yang berlaku semasa saya membuat panggilan tadi.Apabila pak cik tersebut membuka laptop saya, alangkah terkejutnya saya laptop saya kembalik seperti keadaan normal..Akhirnya,Thank You Allah..Dan segala asignment saya selamat dan yang paling penting teks ucapan dalam laptop ini selamat.
Pengajaran yang boleh Jamy simpulkan hari ini adalah semuanya kekuasaan Allah SWT...Petang ini Jamy akan bertolak ke Johor Bahru bagi melaksanakan program di bawah group Jamy yang dinamakan KEMPEN PENDIDIKAN BUMI HIJAU..Perjalanan dijangka mengambil masa 4 jam..Doakan Jamy selamat sampai dan kembali ke UKM.
Subscribe to:
Posts (Atom)



