
Bismillah..Assalamualaikum..16 SEPTEMBER..Salam Satu Malaysia dan Selamat Bercuti..
Semalam saya menerima panggilan dari seorang kawan yang mengatakan beliau sudah memakai niqob di kawasan UKM.Beliau meminta nasihat saya bagaimana hendak berhadapan dengan rakan sekelas dan pensyarah.Alhamdulilah saya turut gembira dengan hijrah terbaru beliau dan memilih untuk mengenakan secebis kain di muka.Saya cukup terharu dan berdoa agar beliau istiqamah dalam memilih jalan ini. InsyaAllah.
Masa saya memberanikan diri memakai niqob lebih kurang satu semester yang lalu, saya memilih untuk membuka semasa berada di dalam kuliah ataupun kelas.Pada mulanya saya cadangkan agar beliau membuka semasa di dalam kelas, kemudian apabila dilanjutkan perbualan, saya mencadangkan agar beliau tidak membuka selagi tidak mendapat amaran dari pensyarah..Lagipun sahabat saya kini sedang membuat master di UKM.
Di akhir perbualan, sahabat saya membuat keputusan untuk berjumpa pensyarah terlebih dahulu dan meminta kebenaran pensyarah untuk berniqob di dalam kelas.Semoga Allah permudahkan urusan sahabat saya..Bila diimbau kembali, saya seorang yang tidak kuat..Berikanlah saya kekuatan seperti insan-insan yang lain.



