12 December 2013

Catatan 31 Minggu

Tetiba jamy rasa rindu nak update blog, rindu teramat sangat untuk menulis. Alhamdulilah jamy sihat walafiat. Kadang-kadang jamy macam sibuk untuk buka laptop dan mengadap laptop. Bila ada masa pula, jamy banyak berehat setelah penat membuat kerja-kerja rumah.

Banyak yang ingin dikongsikan, berita pertama adalah hubby jamy dah buka kelas Al-Quran di kawasan Machang. Jadi hubby dah mulai sibuk, bekerja dari hari Ahad hingga Khamis. Waktu bekerja adalah dari pukul 7.45 pagi hingga 12 tengahari. Maka tugas jamy pun mulai sibuk. Jamy akan bangun awal untuk membuat persiapan hubby ke tempat kerja. Alhamdulilah melakukan ikhlas kerana Allah.

By the way, jamy dah masuk 31 weeks usia kandungan jamy. Banyak juga la perubahan yang berlaku. 'Khalifah kecil' memang teramat aktif sampaikan jamy yang sedang tertidur akan tersedar. Memang amat aktif, jamy selalu doakan yang terbaik untuknya. Sebenarnya perasaan takut nak bersalin selalu ada, tapi bila fikir tak sabar nak jumpa dengan baby, kena buang perasaan takut itu. Doakan jamy dipermudahkan bersalin ye. Due date jamy inshaallah bulan Februari tahun depan.

Mengenai persiapan barang-barang baby, masih ada lagi yang belum dibeli. Tapi tak banyak sangat. Hari tu kami suami isteri shopping di Manjaku berhampiran dengan Tesco Kota Bharu. Banyak sangat barang-barang baby di situ sehinggakan kami berdua rambang mata nak beli yang mana satu.

Salam sayang dari jamy :)


25 October 2013

MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE-41

Petang Selasa, saya dan suami bertolak ke Kuala Lumpur setelah hampir 3 bulan kami tidak menjejakkan kaki ke KL. Keputusan yang dibuat adalah 'last minute' semata-mata ingin mengambil jubah konvo saya pada 23 haribulan. Mengikut perancangan asal sebenarnya, saya akan pergi ke KL terlebih dahulu dan suami saya akan menyusul kemudian bersama-sama mertua.

Namun disebabkan kerisauan seorang suami terhadap isteri yang mengandung, kami bertolak awal diiringi dengan kembar suami dan keluarganya yang akan pulang ke Pahang. Kami konvoi bersama-sama. Cuaca yang agak tidak elok dengan hujan yang tidak henti-henti dari mula kami bertolak sehingga kami sampai di KL.

Alhamdulilah kami selamat sampai di rumah mak cik kepada suami yang terletak di Setapak lebih kurang pukul 12 pagi. Keesokkan harinya, saya terus ke UKM untuk mengambil jubah. Apa yang membimbangkan saya adalah saiz jubah. Saya risau saya akan dapat saiz besar sebab tarikh ambil jubah adalah 19 dan 20 haribulan. Kebanyakkan kawan-kawan sudah mengambil jubah. Namun saya bernasib baik kerana masih ada lagi saiz kecil iaitu S untuk saya. Terukir senyuman di bibir dapat saiz kecil setimpal dengan saiz badan saya.

Agenda pada pagi ini adalah raptai konvo. Alhamdulilah sampai dalam pukul 9.30 pagi dan masih belum terlewat untuk mengikuti raptai konvo. Dapat tau tatacara konvo dan tarikh konvo saya adalah 27 hb ni sesi pagi. Saya perlu berkumpul pada pukul 7.30 pagi, nampaknya saya perlu bersiap awal dan perlu pesan pada suami agar bersiap awal..Hihi.

Tadi sempat juga saya berjumpa dengan kawan-kawan yang banyak membantu saya tak kira sama ada ketika suka atau duka. Sempat juga bergambar dengan kawan-kawan memakai jubah konvo, boleh dikatakan pre-konvo. Tak sangka sudah 4 tahun belajar di UKM, dan tarikh keramat 27 hb ni kami semua graduan akan menerima ijazah. Ijazah yang merupakan segulung kertas namun ia amat bermakna sebab ia adalah hasil usaha dalam menimba ilmu. Semoga ilmu yang kita dapat bukan menjadikan kita sombong dan riak malah bertambah iman dan taqwa. 

Alhamdulilah sekali lagi kepada Allah Yang Maha Memberi. Terima kasih atas nikmat yang dikurniakan kepada hambamu yang lemah ini.

24 October 2013

BERITA GEMBIRA


Sudah lama rasanya saya tidak menulis, namun rindu untuk menulis tetap ada. Banyak perkara yang ingin ku catat namun terlalu banyak sehingga tidak tahu yang mana satu perlu diutamakan terlebih dahulu.

Pertamanya, saya ingin kongsikan kegembiraan dengan pembaca setia yang sekarang saya sudah hamil. Kalian mungkin mengetahui bahawa saya sudah lama menunggu saat-saat gembira. Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambanya dan memakbulkan doa saya. Saya amat bersyukur, tidak ketinggalan kawan-kawan yang saya kenali juga turut hamil. Alhamdulilah syukur atas rezeki yang diberi.

Alhamdulilah kandungan dah nak masuk 6 bulan. Banyak pengalaman yang ditempuhi sepanjang kehamilan. Dugaan semasa trimester pertama di mana alahan dengan pening dan muntah-muntah. Tapi saya bernasib baik sebab semua makanan saya boleh makan. Ada kawan-kawan saya yang lain nak makan pun tak boleh dan macam-macam lagi dugaan ibu mengandung.

Masuk bulan ke-4, semua alahan semakin tiada terutama muntah. Namun saya mengalami masalah hb rendah dan sering juga pening. Bekalan ubat yang diberi doktor saya jarang makan dan menyebabkan hb tidak meningkat. Pernah satu kali saya rasa pening macam nak pengsan, rupa-rupanya apabila melakukan pemeriksaan hb semakin turun. Sejak hari itu, saya bertekad jangan malas makan ubat yang dibekalkan doktor.

InshaAllah ada masa, ada peluang saya akan kongsikan pengalaman saya.




15 June 2013

Bulan Syaaban


Syukur, atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Saya sudah lama tidak mencoret di blog, bukan tidak ingin tetapi sebab masa yang banyak dihabiskan kepada aktiviti lain maka jarang update di blog.

Tambah-tambah lagi, cuti persekolahan baru-baru ni, saya dan suami sibuk dengan pindah rumah yang terletak di Sungai Pusu berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Alhamdulilah rumah yang selesa untuk kami berdua tinggal sementara mencari rumah yang boleh tinggal lama.

Bila menghitung hari kurang dari dua minggu saya akan habis menjalani praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, sungguh tidak sabar. Lebih kurang 4 bulan, saya berulang-alik dari rumah ke sekolah. Itu adalah satu pengalaman yang berharga buat saya di mana sebelum ini saya tidak berani memandu kereta dan apabila terpaksa berulang-alik dengan sendirinya saya perlu beranikan memandu sendiri tanpa mengharapkan bantuan suami.

Itu adalah hikmah dan memudahkan pekerjaan suami saya untuk meminta tolong saya memandu kereta. Alhamdulilah sekarang saya sudah mempunyai keyakinan memandu kereta tanpa ada perasaan takut seperti dulu lagi. Itu adalah satu nikmat yang saya syukuri.

Sekarang kita dah berada di bulan Syaaban, jadi sudah tidak lama lagi akan masuk Ramadhan. Jom kawan-kawan kita banyakkan amalan kita, selamat beramal.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...