22 April 2011

I'm back!!!

Asalamualaikum terlebih dahulu bagi sesiapa yg menziarah blog saya yang tak seberapa ini.Sudah lama tidak menulis rasa rindu untuk membicarakan apa yang terbuku di hati.

Dari 14/4 saya dah mulai final exam.Paper yang pertama adalah paper yang mencabar.Persamaan Pembezaan Terbitan.Subjek Matematik iaitu subjek minor yang perlu saya ambil.Bila keluar je dewan exam,ramai yang mengeluh susah paper tu.Biasa la subjek Matematik kalau kurang latihan memang confirm tak boleh jawab.Saya pun sama dengan rakan-rakan yang lain.Ada satu soalan saya tak dapat jawab tapi saya buat je apa yang saya tahu.At least ada la juga markah kasihan!!!hehe

Kemudian 18/4 pula subjek Profesion Perguruan.Ini adalah subjek Fakulti Pendidikan.Subjek ni saya kena banyak mengingat mengenai Standard Guru Malaysia , Model Konseptual Guru , Falsafah Pendidikan Kebangsaan and so on..Alhamdulilah saya boleh jawab dengan jayanya.Kadang-kadang masalah yang melanda diri kita adalah kekuatan untuk kita berjaya.Jika kita jatuh , bermaksud kita seorang yang bukan kuat dalam menghadapi masalah.Jadikan masalah kita sebagai satu cabaran.Setiap insan pasti ada masalah masing-masing.Tingkatkan keimanan kepada Allah dengan berzikir dan bersihkan hati kita.Saya berpesan untuk diri saya serta orang2 yang saya sayang.

Kemudian 20/4 adalah paper Kepelbagaian Pelajar.Ia juga subjek Fakulti Pendidikan.Subjek yang berkaitan kepelbagaian pelajar dan bagaimana seorang guru boleh mengaitkan kepelbagaian pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Alhamdulilah berkat usaha dan doa,saya dapat menjawab paper ni.Saya bersyukur atas nikmat Allah yang sentiasa menolong hamba-hambanya.Saya juga berdoa agar Allah tidak menolak balik kan hati kita semua,semoga Allah tetapkan keimanan kita.Saya berharap kita semua dapat meningkatkan keimanan.Sebelum masuk exam,saya diuji dengan sakit dalam menarik nafas.Saya  rasa betapa kerdilnya saya,sakit itu boleh datang bila-bila masa.Saya kuatkan diri melangkah dewan exam dan alhamdulilah dapat menjawab dengan baik.

Paper hari ini berkaitan Subjek Fizik iaitu Penjanaan Tenaga.Alhamdulilah saya dapat jawab dengan baik walaupun ada sesetengah pengiraan saya tak yakin sama ada betul atau tak.Semalam saya diuji lagi.Ketika di tandas saya menutup pili air dan disebabkan kecuaian saya jari telunjuk saya terluka.Pendarahan tidak berhenti.Saya tidak sedih atas ujian ini.saya terima.Mungkin saya ada silap dan ujian ini membuatkan saya insaf walaupun hanya luka kecil.

Secara kesimpulan hidup ini selalu ada cabaran.Gunakan iman jangan ikutkan nafsu.Nasihat ini adalah untuk diri saya sendiri.Saya akan terus bersemangat untuk menghadapi paper last.Paper Mekanik Quantum!!!

03 April 2011

Berprasangka Baik

Selamat Petang sahabat-sahabat sekalian.Petang ini saya ingin kongsikan sesuatu kepada kalian.

Pernah tak kita menghukum seseorang jika melakukan sesuatu tidak baik Allah tidak akan mengampuni dosa-dosanya?

Hasil dari pembacaan saya yang ingin saya kongsikan bahawa kita tidak layak menetukan balasan bagi seseorang yang melakukan kesalahan.
Dari Jundab r.a meriwayatkan bahawa

"Rasulullah menjelaskan bahawa ada seseorang yang berkata , ' Demi Allah tidak mengampuni dosa fulan , ' dan sesungguhnya Allah berfirman , ' Barangsiapa bersumpah atas nama -Ku bahawa Aku tidak mengampuni dosa fulan , maka Allah berkata kepada seseorang itu , 'Sesungguhnya Aku telah mengampuni dosa fulan dan Aku menggugurkan pahala amal perbuatanmu."


Jadi apabila kita melihat seseorang berbuat kesalahan jangan kita terlalu cepat menghukum.Malah kita sebagai seorang yang beriman seharusnya mendoakan kebaikan.Hanya Allah yang berhak memberi balasan terhadaphamba-hambanya.Kita sebagai hamba hendaklah mendoakan kerahmatan dari Allah.

Jumpa Lagi.

02 April 2011

Keutamaan Zikir dan Kalimat Tauhid

Assalamualaikum permulaan bicara saya.Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa ujian yang perlu saya tempuhi dan kesibukan dengan assignment lagi-lagi exam semakin dekat.

Saya ingin berkongsi mengenai apa yang saya baca dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai kelebihan zikir.

Dari HR Bukhari :
      "Sesungguhnya Allah S.W.T memiliki beberapa malaikat yang tugasnya berkeliling untuk mencari orang-orang yang sedang berzikir kepada Allah.Maka ketika mereka mendapatkan kaum yang sedang berzikir kepada Allah mereka saling mengingatkan , 'Tempatkan posisi kalian masing-masing.'Mereka pun mengepakkan sayapnya lalu mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir.Setelah itu , mereka kembali ke langit dunia.Lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka-sedangkan Allah lebih megetahui daripada mereka , ' Apakah yang dibaca oleh hamba-hambaku?'Para malaikat menjawab , Mereka bertasbih , bertakbir , bertajmid dan bertahmid kepada Mu.


Ada lagi sambungan hadis ini.Nanti kalian boleh rujuk buku Haditts Qudsi.Secara kesimpulan apa yang saya dapat hasil dari pembacaan saya ialah :
  • Sekiranya kita selalu mengamalkan zikir , walaupun kita berada dalam keadaan sedih ,kita mampu hadapi dengan tabah
  • Pertolongan dari Allah yang kita harapkan.

12 March 2011

Pertahankan Dirimu

     Assalamualaikum semua.Apa khabar?Semoga dalam rahmat Allah dan hari ini lebih baik dari semalam.Sama-sama kita perbetulkan niat kita,menjaga hati kita yang akan lalai jika tidak di jaga.Niat kita pada hari ini adalah untuk membuat kebaikan kepada orang lain.Bersedia menolong orang yang memerlukan.

    Sebenarnya saya ingin berkongsi tentang apa yang ikuti semalam.Semalam ada dianjurkan Forum Perdana Pertahankan Dirimu iaitu anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi.Sebenarnya sahabat saya yang mengajak saya untuk ke forum tersebut.Ikutkan hati saya tidak berminat sangat mengenai seni mempertahankan diri.

    Semasa forum,saya menyedari bahawa seni silat ini amat penting juga bagi kitaKaum Adam sepatutnya merebut peluang ini.

     "Dan sediakanlah untuk menentang mereka ( musuh yang menceroboh ) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.."
Surah Al- Anfal : 60


    Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,ambil la peluang untuk belajar seni mempertahankan diri.Kita hendaklah mempertahankan agama,maruah,akal,nyawa dan harta.Kata-kata ini saya petik dari ahli panel semalam.

    Jumpa lagi ye kawan-kawan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...