31 July 2012

11 Ramadhan

Assalamualaikum..Sedar tak sedar hari ini sudah 11 hari kita berpuasa.Setiap orang ada kisah masing2 yang istimewa sepanjang Ramadhan..Saya berpuasa tanpa suami di sisi dek kerana tanggungjawab suami menjadi imam terawih di salah satu surau di Shah Alam.

Sebelum Ramadhan menjelma, mertua saya sudah berangkat ke Tanah Suci Makkah. Tahun ini kami menyambut Aidilfitri tanpa ibubapa.Namun saudara-mara yang lain masih ada.. Tok Mek dan yang lain..Semangat itu masih ada walaupun berjauhan dengan mertua..Semoga umi baba gembira di sana dan melakukan ibadah dengan tenang.

Pada mulanya saya merancang untuk tinggal bersama adik ipar di kampung.. Namun terdapat masalah dan saya sekarang berada dengan kakak dan menjadi pengasuh bagi ank2 saudara ketika kakak keluar bekerja..Pengasuh sebenar adalah mak tiri saya dengan panggilan Mak Su, ibu kepada Mak Su sakit dan buat sementara waktu ini saya lah yang mengasuh ank2 saudara.

Sekian dahulu.


29 June 2012

Pemuda Beriman


Assalamualaikum semua..Hari ni saya nak kongsi mengenai Ashabul Kahfi..Dulu masa program saya dok fikir apa tu Ashabul Kahfi..Inilah jawapan.. Buat pembaca yang ingin tahu, korang boleh baca di sini..

Kisah Ashabul Kahfi ialah kisah yang menarik sekali kerana kisah ini benar-benar menunjukkan suatu kejadian yang istimewa yang luar biasa. Dari kisah tersebut dapat disimpulkan bahawa mereka adalah sebilangan hamba Allah yang dikasihi ( para Wali Allah ) yang diberikan keramat.

Ashabul Kahfi adalah sebilangan pemuda yang mempertahankan imannya dengan gigih sekali. Ketika mereka melihat kaumnya menyembah berhala, maka ketujuh orang pemuda itu memisahkan diri dan melarikan diri untuk bersembunyi ke dalam gua. Ketika mereka masuk ke dalam gua mereka tinggalkan anjingnya di luar sebagai penjaga. Dan Ashabul Kahfi ini terjadi di masa Kaisar Dikyanus. Seorang raja peyembah berhala yang sangat zalim. Kaisar ini berusaha untuk mengejar ke tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang tidak mahu tunduk kepada berhala yang disembah itu.

Setelah ke tujuh orang pemuda itu masuk ke dalam gua, mereka bermaksud untuk tidur sementara supaya dapat melanjutkan perjalanan mereka untuk melarikan diri dari kejaran Kaisar Dikyanus. Namun sayang mereka ditidurkan oleh Allah selama tiga ratus tahun. Tidur yang selama itu pasti tubuh mereka akan hancur. Namun Allah telah memelihara mereka selama itu. Sehingga mereka keluar dari gua itu setelah tidur selama tiga ratus tahun dengan membawa kenangan yang mengkagumkan generasi yang datang setelah tiga ratus tahun.

Kejadian mereka itu disedari ketika mereka bangun tidur dan mereka merasa lapar. Mereka mengutus salah seorang dari ke tujuh pemuda itu untuk membeli makanan ke luar bandar. Ketika orang bandar melihat mata wang yang berlaku di masa kaisar Dikyanus yang memerintah tiga ratus tahun yang lampau, maka orang bandar tersebut terperanjat.

Setelah diselidiki dan disiasat ternyata ketujuh pemuda itu adalah kaumnya kaisar Dikyanus yang hidup tiga ratus tahun lalu. Akhirnya pemuda yang disuruh untuk membeli makanan itu kembali ke gua dengan diiringi oleh penduduk bandar yang telah beriman kepada Allah seperti ke tujuh orang pemuda Ashabul Kahfi yang tersembunyi dalam gua.

Sesampainya di gua, ke tujuh pemuda Ashabul Kahfi itu dimatikan oleh Allah. Dan penduduk bandar menyaksikan kejadian tersebut segera mendirikan tempat peribadatan di atas gua Ashabul Kahfi tersebut untuk mengenang sejarah tujuh pemuda yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa.




28 June 2012

Solat Khauf

Assalamualaikum..apa khabar semua? Saya dan keluarga sihat2 aje..Alhamdulilah..Tadi semasa menonton tv buka la channel Al Hijrah lalu tajuk yang dibincangkan adalah Solat Khauf dan ia menarik minat saya. Sebelum ini saya tidak tahu mengenainya..InsyaAllah saya nak kongsikan mengenai Solat Khauf kepada saudara / ri semua.


Shalatul Khauf (sembahyang ketika takut atau ada bahaya)

Solat adalah salah satu ibadat yang penting diantara sekian banyak ibadat yang ada dalam ajaran islam.Ia merupakan suatu kewajiban bagi mereka yang telah baligh. Wajib dalam erti ianya harus dilaksanakan, dalam kondisi dan situasi bagaimanapun. Baik dalam perjalanan maupun dalam keadaan sakit. Seberat apapun sakit yang kita alami solat tidak boleh ditinggalkan. Bahkan dalam situasi perang pun solat berhukum wajib. Dalam erti kata, selagi nyawa masih melekat dibadan, selagi kita masih hidup, solat wajib dilaksanakan. Bererti solat hanya boleh ditinggalkan, bilamana kita telah meninggal dunia. Demikianlah Islam mengatur agar hubungan antara makhluk dengan Khaliknya tidak terputus. Sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam.


Namun disebalik keharusan dan kewajiban solat dalam kondisi situasi bagaimanapun itu, Allah SWT memberi keringanan (rukhsah) kepada hambanya. Solat itu wajib dilaksanakan sesuai dengan kemampuan kita, dalam kondisi dan situasi yang sedang dialami. Allah tidaklah akan membebani hambanya kecuali semampunya. Sehingga dalam ajaran Islam ada diajarkan cara solat dalam beberapa keadaan. Misalnya solat bagi orang sakit boleh duduk kalau tidak sanggup berdiri, atau berbaring atau cukup dengan isyarat kalau memang itu maksimal kemampuannya. 


Begitu juga bagi mereka yang berpergian ( musyafir ). Boleh dijamak atau diqasar. Atau boleh solat diatas kenderaan. Atau boleh bertayammum dengan debu yang bersih sekiranya tidak mendapati air untuk berwudhuk. Bahkan dalam situasi perang kita boleh solat sambil berjalan ( solat khauf ), solat dalam keadaan takut. Ini semua menggambarkan bahawa solat tidak boleh ditinggalkan.

Allah s.w.t. ada berfirman di dalam Al Quran(surah Al Baqarah ayat 238-239) yang bermaksud :
 
“Peliharalah segala solat mu dan solat wusta, berdirilah untuk Allah dengan khusyuk.Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya) , maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman maka sebutlah Allah (solatlah) sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.



Solat Khauf adalah solat yang di lakukan ketika dalam keadaan sangat kuathir akan kemungkinan ada bahaya terjadi sewaktu sedang solat.Misalnya dalam waktu peperangan.Cara solat ketika itu di atur berbeza daripada solat yang di lakukan di waktu aman.Allah s.w.t. telah berfirman :



“Dan apabila kamu ada pada mereka (sahabat mu) lalu kamu mendirikan solat bersama-sama mereka,maka hendaklah berjaga sebahagian diantara mereka bersama-sama dengan engkau dan hendaklah mereka berada di belakang kamu, kemudian datang pula golongan lain yang belum sembahyang hendaklah mereka  solat besertamu dan yang lain mengambil penjagaan dan memegang senjata mereka.”

                                           (surah An-Nisa’ ayat 102)



Cara sembahyang Rasullullah berbeza-beza mengikut riwayat.Sebahagian ahli hadis meriwayatkan tiga cara dan yang lain sepuluh cara dan ada pula yang meriwayatkan enam belas cara , bahkan ada yang meriwayatkan dua puluh empat caranya.Semua perbezaan itu mungkin telah di kerjakan oleh Rasullullah s.a.w. kerana berbeza keadaan di waktu-waktu itu , tetapi yang penting ialah sembahyang wajib di kerjakan sebaik mungkin dan penjagaan serta perlawanan terhadap musuh tidak di-lalaikan atau di sia-siakan.

Syarat syarat  solat khauf



Di sini ada beberapa syarat yang telah disepakati oleh imam Shafie dan Ahmad serta para pengikutnya  untuk menunaikanya  solat khauf iaitu :


 a)Hendaklah bilangan tentara Islam itu lebih banyak


 b)Tidak dikhuatiri tentera musuh mampu membuat serangan hendap ketika sembahyang berlangsung .


 c)Hendaklah bilangan tentera Islam itu dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian (iaitu lebih daripada 6  orang). Cara ini telah di riwayatkan oleh imam Ahmad,Imam Muslim dan Ibnu Majah daripada hadis Jabir yang mana kaifiatnya adalah seperti berikut:



Imam perlu membahagikan batalion tentera kepada dua kumpulan, setiap kumpulan perlu lebih daripada tiga orang kerana dikira berjamaah itu sekurang-kurangnya tiga orang. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat sof di belakang Imam; satu kumpulan boleh terdiri daripada beberapa sof, mengikut jumlah yang munasabah di mata imam.Di sini akan di gambarkan satu cara solat khauf yang dilakukan Rasullullah s.a.w. ketika di Batnin Nakhl , seperti mana yang telah di riwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:



 "Dari Abu Bakrah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. pernah mengerjakan sembahyang takut dengan orang-orang yang ada bersamanya dua rakaat dan dengan orang yang datang dua rakaat pula, maka sembahyang Nabi s.a.w. adalah empat rakaat dan bagi mereka yang datang dua rakaat pula."



Cara ini dilakukan Rasullullah ketika musuh dari arah yang bertentangan dengan kiblat.Cara ini disepakati oleh Imam Syafie , Imam Maliki dan Imam Hambali , ianya adalah seperti berikut:



Imam akan membahagikan tentera kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama akan bersembahyang bersamanya manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan. Adapun barisan yang mengikut imam boleh melakukan seluruh sembahyangnya sehingga selesai, kemudian mereka pula menggantikan barisan yang sedang berjaga supaya barisan yang satu lagi itu boleh mengerjakan sembahyang mereka di belakang imam.



Adalah hukumnya sunat bagi imam sembahyang yang kedua ini , tetapi adalah wajib hukumnya bagi saf yang baru datang itu.


Setakat ini dulu perkongsian saya.

26 June 2012

Kuey Teow Kung Fu

Assalamualaikum..Hari ni bermula la kerajinan Jamy memasak memandangkan Jamy tiada buat apa2 di rumah melainkan menyelesaikan kerja2 rumah. Setelah meneroka internet di Jom Kongsi resepi, Jamy teringin makan Kuey Teow Kung Fu Ala Che Abe..

Pagi ini, Jamy meminta Che Abe membeli keperluan-keperluan yang diperlukan untuk menyediakan Kuey Teow Kung Fu..Akhirnya alhamdulilah dapat menyediakan 4 pinggan Kuey Teow Kung Ala Che Abe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...