11 January 2015

Aku Dah Dapat Posting

Aku sudah tahu tempat aku posting, sudah lama menunggu dan akhirnya penantian itu terjawab. Dulu sebelum posting, aku dan suami sudah berbincang-bincang jika dapat Sabah mahupun Sarawak, aku akan tolak tawaran tersebut.
Namun kali ini bukan Sabah mahupun Sarawak. Aku ditempatkan di Johor tetapi belum tahu sekolah mana lagi, aku boleh cek sekolah nanti 16 hb ni. 19 hb ini aku akan lapor diri di sekolah. Aku pun tak tahu persediaan apa yang sepatutnya aku buat sekarang, yang aku tahu perlu kemas semua barang dalam rumah sewa aku ini kerana tuan rumah sewa meminta kami mengosongkan rumah pada bulan Februari ini. 
Kebetulan aku dapat mengajar di Johor, maka kami akan berpindah di Johor. Rupa-rupanya bakal rumah sewa menanti di Johor. Aku harapkan penghijrahan aku dan keluarga membawa seribu kebaikan kepada kami. Semoga kami akan menjadi insan yang luar biasa. Kata orang, muda-muda ini ambil pengalaman dari negeri orang. 
Berdebar juga rasa hati memandangkan aku tidak punya sanak-saudara di sana, alhamdulilah ada kawan-kawan yang bekerja di sana. Alhamdulilah boleh kami menumpang sebelum aku lapor diri dan mencari rumah sewa. Aku berharap segala urusan aku di sana berjalan dengan lancar. Macam-macam di fikiranku sebab aku membawa anak kecil.
Okay la setakat ini dulu entry aku kali ini, Mokhtar tak mahu tidur lagi. Nak layan si kecil dulu.

07 January 2015

NEW SID

Alhamdulilah syukur saya diberi kesihatan yang baik. Beberapa hari yang lalu, saya demam yang agak lama, kemudian sakit telinga dan sakit mata. Sakit mata masih lagi terasa. Ujian sakit yang sedikit Allah beri, agar saya lebih mengingatiNya.

Alhamdulilah bekalan air sudah ada, kain baju yang berlonggak sudah dibasuh secara beransur-ansur. Alhamdulilah atas nikmatNya. Kali ini saya ingin berkongsi tentang business saya. Sebenarnya macam-macam business yang saya buat. Mungkin anda pun keliru yang mana satu business saya ni, sebenarnya saya cuba semua jenis business yang saya suka.

Cer teka saya buat business apa kali ini??? Sempena tahun baru 2015, pada 3 Januari 2015 saya sudah berdaftar menjadi ahli dengan Shaklee di bawah salah seorang leader iaitu Puan Sapinah Muhammad. Saya baru sahaja bertapak dengan Shaklee, saya luangkan masa untuk belajar tentang info produk. Shaklee adalah produk yang bagus sesuai untuk semua lapisan umur.

Saya Jamy Yaacob merupakan pengedar sah Shaklee ( ID :1179948) dan boleh Cash On Delivery di kawasan Machang dan Tanah Merah. 

Notakaki: Bulan Januari ini ada promosi beli 6 botol Vivix Percuma 1, beli 6 botol Alfafa Percuma 1 dan beli 3 botol Vita-lea for Children Percuma 1.


18 December 2014

BANJIR

Dah beberapa bulan saya tak update blog. Inshaallah akan luangkan masa untuk menulis di blog peribadi ini. Sekarang ini musim banjir, hujan turun dengan lebat di negeri Che Siti Wan Kembang. Hujan yang lebat menyebabkan banjir.

Biasanya saya menonton televisyen melihat mangsa banjir. Kali ini ia berlaku di kalangan ahli keluarga saya sendiri. Hujan lebat tanpa henti semalam menyebabkan banjir kampung mertua saya yang terletak di Kuala Pertang, Kuala Krai. Rumah rosak dan harta benda yang lain memang tak dapat diselamatkan. Alhamdulilah yang penting dapat menyelamatkan diri. 

Pada masa yang sama, malam ini sepatutnya adik ipar saya akan akad nikah, namun disebabkan beberapa kejadian majlis akad nikah ditangguhkan sehingga hujan reda. Moga-moga selamat dan harap-harap bakal pengantin bersabar. Nanti dapat kahwin juga, sabar ye buat bakal pengantin.

Semalam saya tidak lena untuk tidur memikirkan keadaan ahli keluarga. Ya Allah semoga dengan ujian ini, berikan kekuatan kepada kami semua. Bila fikir dengan ujian Allah, rasa sangat takut. Rasa banyak benda yang perlu diperbaiki, semoga dapat menjadi seorang wanita solehah.

Bahkan macam-macam yang terlintas di fikiran, kecilnya kita. Kita tiada kuasa, Allah Maha Berkuasa. Allah Allah Allah, jangan lupa walau sesaat. Waktu gembira mahupun waktu susah.

Saya kongsikan beberapa foto banjir di kawasan kampung.

rumah Ayah Mat yang rosak

rumah kedai Ayah Long 

Saya mendoakan semua mangsa banjir bersabar dan redha.


09 March 2014

Pengalaman Bersalin (PART 2)

Sekarang saya akan kongsikan apa yang berlaku selepas Maghrib. Waktu melawat di hospital dari pukul 5 petang sehingga pukul 7 malam. Saya sempat berpesan kepada suami agar jangan balik, tunggu sehingga saya bersalin. Kemudian adik-beradik saya pulang ke rumah, sebab esok mereka ada perlu bekerja. 

Saya mengadu kepada jururawat yang bertugas yang saya semakin sakit, kemudian jururawat menyuruh saya ke satu bilik untuk memeriksa bukaan jalan. Selepas itu, jururawat memberitahu bukaan jalan sudah 5 cm. Apabila bukaan jalan 4 cm, itu bermakna kita akan dimasukkan ke labour room untuk menunggu bersalin. Kemudian saya membawa air yang Kak Yah bagi, jururawat meminta saya membawa pakaian baby. Jururawat menolak saya dengan menggunakan wheel chair, pada masa sama saya terus menelefon suami saya akan masuk ke labour room dan bukaan jalan sudah 5 cm. 

Setelah masuk ke dalam labour room, saya mengadu lagi kepada jururawat bahawa saya sakit. Sakit itu makin kerap, makin kerap. Saya tak dapat bayangkan macam mana rasa sakit itu. Kemudian saya meminta jururawat memanggil suami saya masuk sekali ke dalam labour room. Tidak lama kemudian suami saya masuk ke dalam labour room, sakit itu makin kerap. Pada masa saya sakit, suami cuba mengurut dan memegang saya sebagai tanda memberi semangat. Suami juga sempat berpesan selawat banyak-banyak. Semasa suami saya menyentuh saya semasa saya sakit, saya menepis tangan suami kerana pada masa itu, saya tidak mahu disentuh.

Ketika sakit, saya tidak boleh makan dan tidak boleh bercakap, cuma mampu menarik nafas. Saya masih ingat semasa contraction berlaku, saya pejam mata. Yang pasti contraction itu datang kejap lepas itu hilang kemudian datang semula. Tidak lama selepas itu, bukaan jalan sudah 9 cm dan jururawat mahu menunggu bukaan jalan 10 cm. Saya masuk ke dalam labour room lebih kurang pukul 8 malam.

Kemudian, seingat saya suami saya membisikkan di telinga saya sudah nampak rambut baby. Pada masa ini, saya belum meneran baby. Selepas itu, jururawat meminta saya meneran. Saya cuba lakukan seperti apa yang saya baca. Melalui bacaan saya, semasa meneran kita perlu mengangkat kepala sehingga pusat dan teran. Sebelum teran perlu ambil nafas dan pandai curi nafas. Alhamdulilah dua orang jururawat yang begitu bersemangat menyuruh saya teran, menyuruh saya kacip gigi semasa meneran. Memamg suasana labour room agak bersemangat dengan semangat jururawat yang menyambut baby saya. 

Apa yang melucukan, semasa meneran anak, saya memejam mata. Sedar-sedar saya sudah melahirkan anak. Yang pasti saya dengar apa kata jururawat dan suara suami saya. Tidak lama kemudian, keluarlah putera sulung saya. Lahirnya seorang khalifah kecil pada 5 February 2014 pada pukul 9.15 malam seberat 2.87 kg. Selepas itu suami saya mengazankan anak dan saya dengar tangisan suami. Ini menyebabkan saya semakin sebak, saya turut menangis. Ya Allah, terima kasih atas anugerah yang Engkau berikan kepada kami suami isteri. Sesungguhnya tidak rugi aku bersabar selama ini, dan anugerah ini amat bernilai bagi kami suami isteri.

Tidak lama kemudian, jururawat meletakkan baby ke atas dada ku. Baby menangis dengan kuat dan apabila menyentuh dadaku, anakku berhenti menangis seolah-olah dia mengetahui bahawa dia bersama dengan ibunya. MasyaAllah perasaan itu tidak dapat digambarkan.

Alhamdulilah. Jururawat jahit sebanyak dua jahitan. Saya bersalin secara normal dan saya dapat tahu saya bersalin secara intake. Alhamdulilah semuanya selamat. Syukur alhamdulilah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...