30 May 2011

{ Unggulnya Wanita }


  Ketahuilah kita yang bergelar wanita betapa istimewanya menjadi seorang wanita.Alangkah bertuahnya sebagai wanita yang dapat melahirkan anak sebagai pembawa zuriat dalam sesebuah keluarga.


  Kali ini ana ingin berkongsi apa yang ana baca dalam sebuah buku Riwayat Bidadari Syurga.Ana bersyukur kerana ana terpilih menjadi seorang wanita.Wanita mempunyai pelbagai kelebihan,Antara kelebihannya ialah doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki.
Sabda Rasulullah : " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


 Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.Selain itu , wanita yang menjaga solatnya dan puasanya semua ikan di laut , burung di udara , malaikat di langit , matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.


  Ini saja dahulu dari ana.Semoga kita dapat meningkatkan keimanan kita dan memperbaiki kelemahan kita.Jumpa lagi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...