25 October 2011

Happy Deepavali

Assalamualaikum dan selamat petang.Di sini hujan turun dengan agak lebat sekali kemudian menjadi renyai-renyai.Sejak dua menjak ini hujan seringkali pada waktu petang.Itu adalah rahmat dari Allah.Kita sepatutnya bersyukur dengan kurniaan Allah.Tanaman memerlukan air,apabila ketandusan air maka tanaman akan menjadi kering.Kita pula sebagai manusia perlukan pengisian rohani agar hati kita tidak menjadi kering.

Esok adalah Hari Deepavali.Jamy ucapkan Selamat Hari Deepavali buat kaum India.Akan tetapi student Ukm yang bukan kaum India diberi cuti hanya sehari je manakalau kaum India je yang diberi cuti lebih berbeza pula dengan universiti yang lain.Mereka bercuti selama seminggu sempena Hari Deepavali.Ok lebih baik jangan mengeluh.Ok juga tak diberi cuti nanti akan bertambah kemalasan untuk mengulangkaji pelajaran.

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.Tidak sabar Jamy ingin pulang ke kampung.Insyaallah akan pulang bersama suami tercinta.Program untuk pagi esok sempena untuk pulang beraya Jamy dan kawan-kawan akan ke Masjid Jamek untuk membeli belah.Namun apa jua keadaan sibukkan diri anda membuat kebaikan dan berkelakuan positif.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...