Bismillahirahim.Apa khbar sahabat-sahabat sekalian.Sihat selalu hendaknya.Saya alhamdulilah sihat walafiat di samping zauji.
Malam ini adalah malam terakhir zauji jadi imam terawih di Kuala Dipang , Perak.Alhamdulilah zauji sudah melaksanakan tanggungjawab selama 25 hari sebagai imam terawih di sini.Pagi esok insyaallah kami akn memulakan perjalanan kami pulang ke Kelantan.Terasa suasana balik kampung di mana bergelarnya suami isteri.Seronok dan indahnya perasaan ini , alhamdulilah.
Cuma terasa sedih disebabkan saya sudah mempunyai sahabat-sahabat yang baik serta jemaah surau yang baik.Satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan dapat berkenalan dengan orang sini dan insyaallah kami akan datang ke sini lagi jika ada kelapangan waktu.
Selalu bila habis solat terawih , zauji akn moreh bersama-sama jemaah lelaki manakala saya akn ditemani Che Kiah yang tinggal berhampiran dengan surau.Terima Kasih Che Kiah.Bercerita pasal ukhwah dan semestinya ukhwah itu indah kerana Allah.
Buat sahabatku Ana , Kak Nor , Kak Dora serta Kak Fatihah dan tidak juga pada Fifah.Terima kasih terutama sekali pada Ana yang banyak bantu saya.Saya sayang kamu semua!!!
Kenangan bersama-sama sahabat-sahabat di Kuala Dipang akan saya abdikan dalam kamus kehidupan saya.Insyaallah ukhwah kerana Allah tidak akan putus.Ramadhan ini mengurniakan saya sahabat-sahabt yang baik dan sporting.Bermula di surau kita berkenalan dan semoga persahabatan kita akn membawa seribu kebaikan.




No comments:
Post a Comment