22 December 2012

Wanita Itu Sabar

Menemui pembaca belog saya. Topik yang ingin saya kongsikan pada petang ini wanita itu sabar. Wanita bertuahnya anda menjadi wanita kerana banyak kelebihan Allah berikan kepada kita.

Semasa kita kecil, kita dijaga oleh ibubapa dan apabila meningkat umur dewasa kita mendirikan rumahtangga dan dijaga oleh suami. Kita selalu dijaga begitu pemurahnya Allah SWT kepada kita ye.

Namun wanita, untuk saya dan kalian marilah kita amalkan sifat sabar dalam kehidupan seharian kita. Allah menyatakan dalam Surah al-Baqarah, ayat 53 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar."

Ya, setiap dari kita pasti ada ujian. Setiap orang ujian yang berbeza-beza dan Allah bagi ujian sesuai dengan kemampuan kita untuk hadapinya. Jangan berasa tertekan apabila ditimpa musibah, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah bertenang. Kita hadapinya dengan tenang dan ini memudahkan pekerjaan kita. Jika masih tidak tenang, rehatkan diri dan minda serta luahkan pada orang yang boleh dipercayai. Namun kunci penting dalam menghadapi setiap musibah adalah sabar. Insyaallah sekarang mungkin ia adalah pahit dan yakinlah Allah akan kurniakan kemanisan di setiap sudut kesabaran kita itu.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud:

 "Khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang waktu ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada Nyalah kami kembali. 'Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk."

Semoga bermanfaat.
Salam Sayang Buat Sahabat Muslimahku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...