Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat. Dan sudah pasti kaum muslimin sudah pulang dari menunaikan solat jumaat. Jam menunjukkan pukul 2.11 petang.
Mengimbau kenangan dulu, pada waktu ini ayah pulang dari masjid. Arwah ibu sudah pun menyediakan makanan yang siap dihidang di atas meja. Apabila ayah pulang, terus je kami menjamu hidangan pada waktu itu. Indahnya suasana keluarga yang bahagia.
Namun sekarang orang-orang kesayangan saya sudah meninggalkan saya. Mereka sudah pulang ke kampung asal mereka di mana iaitu negeri akhirat. Yang pasti kita semua akan pulang ke sana namun adakah kita pulang dengan tangan kosong atau dengan adanya amalan atau ibadah yang bermanfaat.
Kebiasaannya saya akan pulang ke Setapak Indah setiap hari Jumaat apabila habis kelas namun tanggungjawab saya bukan hanya sebagai isteri. Tanggungjawab sebagai pelajar menyebabkan saya berkorban rasa rindu yang terpendam buat zauji. Semakin hari, semakin banyak assignment yang dibekalkan oleh pensyarah. Rutin saya sebagai pelajar semakin bertambah dan hujung minggu di isi dengan menyiapkan assignment.
Sekian dahulu dari saya.




No comments:
Post a Comment