09 March 2013

My New Hobby

Selamat Petang, kalian tengah buat apa ye? Petang-petang ini biasanya bersama-sama keluarga sambil menonton televisyen, kanak-kanak pula menyibukkan diri bermain-main dengan rakan-rakan sebaya dengan mereka. Hari ini saya nak cerita pasal hobi baru saya. Cuba teka apa hobi baru saya sekarang? 

Ya,sekarang saya suka menunggang kuda sejak diperkenalkan oleh suami saya pada minggu lepas. Alhamdulilah sudah lama terpendam niat nak menunggang kuda lagipun ia adalah sunnah sukan Rasulullah SAW. Dengan izin Allah SWT, tercapai juga niat saya. Alhamdulilah.

Sebelum saya ceritakan pengalaman pertama saya hari ini ke kandang kuda. Mari kita tahu apakah yang berkaitan dengan haiwan istimewa ini yang dipanggil kuda. Kalian tahu tak kuda Arab adalah kuda terbaik. Meh sini Jamy nak kongsikan daripada pembacaan Jamy.

 Kuda Arab adalah satu baka kuda yang sangat cerdik, bersemangat dan mempunyai stamina yang luar biasa serta kaki kecil yang bertulang sangat kuat. Dengan bentuk kepala yang tersendiri seakan-akan hidungnya melengkung dan ekor yang tinggi mudah terangkat walaupun ketika berlari, yang menyebabkan kuda Arab sangat mudah dikenali berbanding baka lain di dunia ini. Kuda Arab adalah baka kuda yang tertua di dunia. Tedapat bukti kajian purba yang menunjukkan penemuan kuda moden ini berasal dari baka kuda purba dari 4500 tahun dahulu yang dipercayai berasal dikawasan padang pasir di Timur Tengah.



Dizaman dahulu samada zaman kerajaan Islam atau sebelumnya, Kuda arab ini digunakan secara meluas untuk tujuan perjalan dari satu tempat ke satu tempat dan juga digunakan untuk peperangan. Dalam apa jua keadaan cuaca, kuda ini dengan mudah untuk berlari sejauh 200 km sekalipun dipadang pasir yang kering kontang. Yang menjadikan kuda ini sekarang menjadi pujaan ramai penggemar kuda ialah kerana kuda arab ini adalah kuda yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat R.A. Mereka menggunakan kuda-kuda sebagai kenderaan terpenting dalam menyebarkan Islam samada melalui peperangan ataupun dakwah. Maka sesiapa yang memiliki kuda dengan niat sunnah Nabi s.a.w., maka dia akan mendapat pahala dari Allah taala. Antara nama-nama kuda yang masyhur pada zaman Rasulullah SAW adalah:


1) Al- Sakaf
2) Al- Zarab
3) Al- Sabaha
4) Al- Murtajis
5) Al- Sanjah



Itu serba sedikit pengetahuan tentang kuda, jika ada tambahan lagi, in sha Allah Jamy akan tambah lagi. Minggu lepas suami Jamy memberitahu bahawa dia pergi menunggang kuda di salah satu tempat yang terletak di Gombak. Bila suami balik bercerita, saya lagi beria-ria nak ikut juga.  Jadi semalam seperti yang dijanjikan en Suami, hari ini nak pergi tempat kuda dengan membawa sepupu-sepupu saya sekali. 

Dalam perjanjian dalam pukul 9 pagi, namun kena tunggu en Suami habiskan mengajar terlebih dahulu. Dalam pukul 11 pagi, kami bertolak ke sana dengan perasaan yang teruja. Memang sangat teruja sebab ini adalah kali pertama. Sesampai di sana, seorang muslimah yang bernama Naeemah sedang menunggang kuda. Jamy baru je berkenalan dengan dia, dia dah masuk kali ketiga menunggang kuda. Alhamdulilah bertambah kenalan yang minat akan hobi yang sama. Tapi saya masih lagi takut-takut nak sentuh kuda. Hahaha..


Nampak tahu saya macam takut nak sentuh. That's true!!! Itu sepupu saya, namanya Kamalia Nisa. Dia pun sama macam saya, takut juga..Tapi selepas itu, dia lebih berani dari saya siap bagi kuda makan lagi. Kalian nak tahu tak, selepas saya sentuh kuda. Tangan saya gatal dan bengkak. Bila di tanya kenapa jadi bengkak. Rupa-rupanya ada juga orang yang allergic bila sentuh kuda. Menurut orang situ, anak kepada owner tempat kuda ni pun allergic bila sentuh kuda. Mak Aii, aku pun allergic juga sentuh kuda. Tapi tak mematahkan semangat nak menunggang kuda. Memang bengkak tangan saya yang sentuh kuda tu, tapi bila balik tadi, saya terus tidur. Bila bangkit tidur, dah surut bengkak dia. Dan saya terus cuci dengan sabun. In Sha Allah, everything will okay. Dont worry!!!


Sementara menunggu giliran kami, kami berjinak-jinak dengan kuda yang dalam kandang. Suami saya nampak mesra maklum la sebab dia minat. Saya pun minat juga tapi masih rasa takut. Hahah.. Menurut Che Din yang merupakan sahabat suami, ada juga kuda yang garang. Salah satu namanya adalah Sabaha sempena nama kuda Nabi Muhammad SAW. Saya turut menyaksikan Naeemah memberi Sabaha makan, Sabaha sampai terpusing-pusing kepalanya nak lagi makanan. Saya apa lagi, macam nak lari..Apa la saya ni...

Seorang lagi nama sahabat Naeemah ialah Hazirah..Mereka berkenalan dari hobi yang sama iaitu sukan kuda. Menurut Hazirah, dia juga belajar berenang. Saya apa lagi segera mengambil nombor telefonnya, sebab saya tak pandai berenang. Dulu pergi pantai dengan suami, saya bermain-main air di tempat cetek. Orang lain boleh berenang.. In Sha Allah nak belajar berenang juga..

Memandangkan kami datang ramai, mula-mula yang menunggang kuda adalah Faris dengan nama manja Baby. Baby berani sangat dengan kuda tau..

Yang kelakarnya, bila round je, kuda ni namanya Adam. Adam berhenti. Kami ingatkan kenapa Adam berhentinya, rupa-rupanya Adam buang air kecil. Banyak giler air kencing Adam!!! Ok selepas tu turn Kamalia Nisa menunggang kuda.


Alhamdulilah sejak kecil dah diajar menunggang kuda nanti bila dewasa akan mahir menunggang kuda. Tapi kita belum terlambat lagi tau. Jika ada peluang, tahu tempat di mana, ambil peluang keemasan ini, belajar menunggang kuda. Subhanaallah apa yang saya rasa adalah saya terfikir zaman Nabi-nabi kita dahulu. Kuda dijadikan pengangkutan.


Okay, sekarang giliran saya. Berdebar pun ada. Tapi en Suami temankan saya. Maklum la ini kali pertama.
Alhamdulilah diberi peluang untuk belajar menunggang kuda, in sha Allah nak belajar lagi. Seronok sangat. Tapi saya juga berkesempatan tengok Che Din, Naeemah dan Hazirah mandikan kuda. Tiba-tiba Adam berak..Naughty la Adam ni..Itu adalah pengalaman manis yang saya boleh kongsikan. Semoga kalian dapat manfaat dari tulisan saya. Untuk mendekati kuda, jauhi dari bercakap negatif. Contohnya kata dia garang. Kena cakap ayat-ayat positif.


Inilah hero saya, en Suami saya yang tercinta. Selepas giliran saya, suami pula menunggang kuda. Alhamdulilah. Thank You Allah. Itulah pengembaraan saya pada hari ini.

Salam Sayang untuk semua..

6 comments:

  1. masyaAllah, bestnyaa kak... ena dah lama tak tunggang kuda.. dlu masa sekolah rendah selalu la.... wahhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Ainaa. Akk pun baru belajar ni, tak mahir lagi..ainaa pandai ke memanah?

      Delete
  2. ASSALAM,

    BOLEH TANYA TAK ALAMAT PENUH TEMPAT NIH, TQ :)

    ReplyDelete
  3. Wslm..maaf lambat reply..boleh ke page fb..Tapi kudagalak.com..diorg yang anjurkan program sukan berkuda..tempat di gombak

    ReplyDelete
  4. as-salam..tumpang tanya. nk menunggang kuda kt sini kene jadi ahli kelab dulu ye?

    ReplyDelete
  5. Untuk belajar menunggang kuda boleh daftar dengan Kudagalak.com di fb.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...