04 June 2011

Malam Ini Berdua

  Asalamualiakum.Malam ini kami berdua berada di rumah.Ana bersama anak saudara ana yang bernama Husna.Malam ini ada majlis cukur rambut dan selawat sepupu Husna yang baru lahir.

  Ana masak ayam masak kunyit kerana ia adalah makanan kegemaran Husna.Sebenarnya ana tak sabar menunggu kepulangan kakak ana yang ke 4.Dijangka malam ini kakak akan sampai.Bermula la tugas ana dalam membantu kakak mengemas rumah sebelum Jumaat ini.Ana berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

  Kawan-kawan nak tahu tak petang tadi ana masak apa?Huh ana cuba buat bubur kacang hijau.Tapi sayangnya  bubur tu tak menjadi sebab kacang hijau itu tidak empuk.Rupa-rupanya kesilapan ana adalah tidak merendam terlalu lama kacang tersebut.Apa yang ana belajar hari ini amat bermakna bagi ana.Lainkali bila nak masak bubur kacang or yang berkaitan beras pulut juga perlu direndam dalam jangka masa yang lama.
   
Jom kawan-kawan dengar radio IKIM..Hari Rabu pukul 10 pagi sahabat-sahabat dengar la Islam Itu Indah bersama dengan Prof Dr Muhaya.
 

Tersilap Tarikh

 Apa khbar?Ana alhamdulilah sihat walafiat.Semalam sebelum ana melelapkan mata,ana dapat dua SMS dari kawan-kawan ana.Kami sama-sama belajar di Sekolah Menengah Hamzah 1 di Kelanatan Darul Naim.Alangkah ana terkejut rupa-rupanya mereka ingatkan hari ini adalah majlis kesyukuran perkahwinan ana.

  Perasaan terkejut bercampur dengan gembira,lucu betul kawan-kawan ana ni.Awalnya diorang ingat majlis ana.Dah tak sabar ke untuk datang ke majlis ana.Namun ana ucapkan terima kasih kerana mendoakan ana dan membuat ana gembira.Tanpa kawan mungkin ana tidak akan berasa lebih gembira.Dengan adanya sahabat,kita boleh berkongsi perasaan kegembiraan kita.Alhamdulilah Allah mengurniakan sahabat buat kita dan hargailah sahabat kita.

  Lebih kurang jam 11 pagi tadi ana dapat satu SMS..Kalian tahu kan ana merindui persahabatan dalam usrah ana walaupun sekejap namun ia satu pengalaman yang manis buat ana.Dari situ lahirnta persahabatan kerana Allah tiada wujudnya hasad dengki yang hanya ada berkasih sayang kerana Allah.Ingat tak semalam ana ada bercerita pasal Kak Yana?

  Puteri nama seorang kenalan baru ana yang berasal dari Machang mengirim SMS kepada ana untuk mengajak ana ke majlis perkahwinan usrahmate.Puteri dapat number hp ana daripada Kak Yana.Terima kasih Kak Yana kerana tidak melupakan ana.Namun ana tidak berpeluang mengikuti majlis perkahwinan tersebut kerana ana perlu menjaga rumah sebab kakak ana ada hal malam ini.

   Insyaallah ana akan menghargai sesiapa yang ingin bersahabat dengan ana.

03 June 2011

Asam Pedas Ikan Patin

     Apa khabar?Semoga kalian dalam keadaan sihat.Ana masih dalam mood suka akan penulisan cuma kadang-kadang ana tiada idea untuk dikongsikan bersama.Sahabat-sahabat tak terasa ke nak makan asam pedas ikan patin?Yummy sedapnya.Sebenarnya tgah hari tadi ana masak asam pedas ikan patin.Tapi sayang ana tak sempat nak ambil gambrnya,maklum la kalu dah siap masak,anak-anak saudara dah buka mulut untuk makan.Itu fasal ana tak sempat nak ambil gambar.

   Dalam tempoh sebulan ana berada di rumah ana banyak juga belajar memasak.Bukan apa nanti bila berada dengan suami,boleh masak untuk zauji.Ntah sedap ke tak ana masak,maklum la ana baru pandai masak.Bak kata Ummi masak sebenarnya senang dari subjek Fizik yang ana belajar.Terdiam ana seketika dan betul la apa yang Ummi katakan.Dalam memasak kita perlu kreatif baru dapat menghasilkan masakan yang lazat.

   Tinggal lagi seminggu majlis ana akan berlangsung.Perasaan gembira dan berdebar menuggu hari tersebut.Ana mendoakan agar semua berjalan dengan lancar.Sahabat-sahabat tolong doakan ana ye.Ana banyak lagi yang perlu dipelajari.Teringat ana kepada kawan-kawan usrah ana.Ana rasa menyesal tidak istiqamah dengan usrah,Apabila berada di kampung ana teringin usrah bersama kawan-kawan ana yang banyak menolong ana terutamanya dalam pengangkutan.

   Bila nak pulang ke kampung di Kelantan ana pasti naik bas di Terminal Kajang.Pada masa ni ana amat memerlukan bantuan kawan ana.Kakak usrah ana yang bernama Kak Yana sering menolong ana.Terima kasih Kak Yana,semoga pertolongan Kak Yana mendapat ganjaran di akhirat.

   Kawan-kawan ana nk minta diri dulu.Anak saudara ana memanggil ana untuk tidur.Selamat Malam.!!!

02 June 2011

Jun Is Coming

   Assalamuailaikum kepada semua.Sudah berlalu sehari dan waktu pagi menjelang.Ini bermakna sudah masuk 2 Jun 2011.Alhamdulilah ana masih diberi kesihatan yang baik dan syukur pada Illahi.

   Hari ini ana melalui peristiwa yang sungguh menyedihkan ana.Namun ana perlu kuat dalam menghadapi ujian yang diberi.Ini untuk menguji tahap kesabaran ana.Sebenarnya ana kadang-kadang tak boleh bersabar.Setiap kali ana hilang rasa bersabar,ana cuba mengawal emosi ana agar ia tidak menjejaskan suasana.

  Ana menghitung detik berlalunya bulan Jun ini.Dalam beberapa hari lagi,ana akan menjalankan peranan dalam mengurus hal rumahtangga.Banyak benda yang ana perlu lalui.Insyaallah ana bersedia dalam memikul segala tanggungjawab sebagai isteri,menantu dan juga tidak ketinggalan sebagai seorang yang bergelar mahasiswi.

  Insyaallah esok ana akan ke bandar Kota Bharu untuk mencari barang-barang hantaran.Tidak ketinggalan juga menghadiri kenduri di Jerteh.Semoga perjalanan esok membawa rahmat dan dilindungi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...