04 June 2011

Malam Ini Berdua

  Asalamualiakum.Malam ini kami berdua berada di rumah.Ana bersama anak saudara ana yang bernama Husna.Malam ini ada majlis cukur rambut dan selawat sepupu Husna yang baru lahir.

  Ana masak ayam masak kunyit kerana ia adalah makanan kegemaran Husna.Sebenarnya ana tak sabar menunggu kepulangan kakak ana yang ke 4.Dijangka malam ini kakak akan sampai.Bermula la tugas ana dalam membantu kakak mengemas rumah sebelum Jumaat ini.Ana berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

  Kawan-kawan nak tahu tak petang tadi ana masak apa?Huh ana cuba buat bubur kacang hijau.Tapi sayangnya  bubur tu tak menjadi sebab kacang hijau itu tidak empuk.Rupa-rupanya kesilapan ana adalah tidak merendam terlalu lama kacang tersebut.Apa yang ana belajar hari ini amat bermakna bagi ana.Lainkali bila nak masak bubur kacang or yang berkaitan beras pulut juga perlu direndam dalam jangka masa yang lama.
   
Jom kawan-kawan dengar radio IKIM..Hari Rabu pukul 10 pagi sahabat-sahabat dengar la Islam Itu Indah bersama dengan Prof Dr Muhaya.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...