24 August 2011

Shopping Before Raya

Assalamualaikum dan salam rindu buat sahabat-sahabat muslimah sekalian.Hari ini merupakan ramadhan yang ke 24.Ada lagi beberapa hari sebelum langkah ke bulan Syawal.Camne dengan persiapan raya?Semakin hari semakin dekat untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pada masa ini , anak muda mudi yang bekerja ataupun belajar di luar negeri akan pulang ke kampung masing-masing.Saudara mara yang dekat mahupun yang jauh akan berkumpul bersama-sama.Bagi kawan-kawan yang berada di oversea , jangan sedih jika tidak dapat pulang beraya.

Tinggal lagi dua hari saya dan zauji akan pulang ke Kelantan.Perasaan ingin membuak-buak rasanya namun  bersabar disebabkan tanggungjawab zauji yang belum selesai lagi di bumi Perak Darul Ridzuan.Sebelum pulang ke kampung saya dan suami dah plan nak beli barang-barang untuk dibawa pulang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Petang tadi ke Tesco.Niat di hati kami ingin membeli biskut raya tapi apa kan daya tiada yang berkenan.Zauji plak memilih untuk membeli sedozen air soya , jus kordial kiwi dan ketupat segera.Insyaallah pagi esok jika tiada aral melintang kami akan ke Ipoh.Nak shopping kat sana plak.

Saya teringat akan peristiwa semalam.Semalam saya terasa lapar lebih kurang pukul 11 malam.Setelah zauji habis mengaji Al-Quran kami keluar makan.Lepas balik dari makan,apa lagi ,saya mulai mengantuk.Tapi tak boleh terus tidur kena baca Al-Waqiat terlebih dahulu.Seperti biasa zauji banyak memberi nasihat agar memperbanyakan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadhan ini.

Zauji mengejutkan saya dalam pukul 3.30 pagi namun beratnya rasa badan ini .Sedih dan rasa rugi kerana pada waktu itu saya tidak bersama-sama zauji dan akhirnya zauji mengejutkan dalam pukul 4.30 pagi.Lekas-lekas saya bangun,ya allah lemahnya saya ini.Sedih rasanya ,zauji sudah pun menunaikan solat-solat sunat dan saya lena dibuai tidur.Lemah sungguh hambamu ini ya allah.

Mungkin disebabkan kenyang terlampau saya jadi begitu.Sebak di dada rasanya apabila kita ketinggalan melakukan ibadah-ibadah di malam hari di mana pada waktu doa adalah mustajab.Saya ketinggalan solat sunat tasbih dan rasa amat menyesal.

Pengajaran buat diriku hamba yang lemah , sentiasalah kita sedar bahawa kematian itu pasti dan sekarang dunia makin huru hara di mana maksiat berleluasa dan manusia semakin lalai dari mengingati ALLAH.Bergementarlah jiwa mu apabila disebut nama Allah,takut lah kamu terhadap kematian , berpeganglah kamu terhadap Al-Quran , bersyukurlah kamu atas apa yang dikurniakan untuk menjadikan kamu insan yang bertaqwa.






22 August 2011

Masih Mencari Cinta Mu

Assalamualaikum dan harap kita berpuasa dengan baik.Sebenarnya belum habis lagi saya ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman berada di Perak.Hari ini dah masuk hari ke 22 Ramadhan.Saya datang ke sini hari ke 7 Ramadhan dengan dihantar oleh bapa mertua dan ibu mertua.Kami bertiga memulakan perjalanan dari Machang ke Perak.Alhamdulilah lebih kurang pukul 3.30 ptg kami selamat sampai.

Pada mulanya,bapa mertua saya amat risau untuk tinggalkan saya di sini bersama zauji.Ini kerana rumah sewa tidak sempurna,maksudnya dengan tiada peti ais,televisyen serta peralatan-peralatan rumah.Namun saya nak belajar hidup susah disamping zauji.Alhamdulilah kami tidak lapar tinggal di sini.Tiap-tiap hari berbuka puasa kat surau tempat zauji menjadi imam terawih.

Mula-mula saya rasa macam sunyi je,biasa tinggal kt kampung,ramai orang.Bila duk kat sini hanya kami berdua je.Nak menonton televisyen  tak boleh...Lepas itu,alhamdulilah saya ditakdirkan berjumpa dengan sahabat yang bernama Ana , Kak Nor , Kak Dora dan Kak Fatihah.Dan alangkah bernasib baiknya diri saya ibu Ana mengambil saya sebagai anak angkat.

Tidaklah saya berasa sunyi lagi.Saya belajar membuat karipap bersama Kak Dora.Ada satu hari saya buat karipap sendiri sebelum belajar dengan Kak Dora.Zauji kelihatan gembira walaupun karipap tersebut besar.Lepas itu , saya minta bantuan Kak Dora untuk bantu saya belajar buat karipap yang sedap.

Lagi tiga hari sebelum raya kami akan pulang ke kampung.Insyaallah malam esok akan berbuka puasa dengan sahabat-sahabat saya di sini sebelum saya pulang ke kampung.Ramadhan saya kali ini di Perak memberi seribu hikmah.Segala apa yang berlaku ada hikmahnya.

Sekarang kita sudah berada di fasa yang ke 3 dalam bulan Ramadhan.Semoga amalan kita bertambah.

21 August 2011

Kuala Dipang??

Assalamualaikum dan semoga dalam sihat hendaknya.Saya alhamdulilah baik-baik aja di sini.Sekarang saya dan suami yang tercinta berkampung di Kuala Dipang,Perak.Insyaallah tiga hari sebelum raya kami pulang ke kampung.

Bukan saja-saja kami berada di Kuala Dipang neh,dah la jauh dengan saudara-mara serta teman taulan.Namun disebabkan hubby bertugas di sini,saya menemani encik hubby yang bertugas sebagai imam terawih di sini.Alhamdulilah rezeki kami di sini sepanjang bulan Ramadhan ini.

Di saat ini,saya belajar alam kehidupan rumahtangga dan bergelar suri rumahtangga sepenuh masa sebelum saya masuk belajar.Pengalaman yang manis yang belum ditempuhi sebelum ini.Semasa berada di rumah mertua suasana ini tidak dirasai maklum la bukan kami berdua je di rumah Ummi.

Buat encik hubby,semoga rumahtangga yang kita bina memperoleh keberkatan dan terima ksih banyak mendidik sayang menjadi seorang muslimah solehah.Itu yang sayang impikan ingin bahagia bersama kamu dunia dan akhirat.





04 August 2011

Ramadhan

Salam.Sudah masuk hari ke 4 kita menyambut bulan Ramadhan.Alhamdulilah kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa serta amalan-amalan yang lain.Antaranya solat terawih,bacaan al-quran serta solat tahujud,solat taubat dan solat hajat.

Pagi tadi saya bersama dengan Baba di rumah dan saya ambil masa untuk meneroka blog.Hasilnya saya menggunakan yang simple dan nampak santai.Maklum la saya masih baru dalam dunia blog.Saya bukan seorang yang kreatif tapi suka benda2 yang comel dan cute.:P

Encik Zauji masih di Perak menjadi imam solat terawih dan saya masih di Kelantan di rumah mertua.Alhamdulilah dapat berbakti kepada ibubapa selagi kudrat dan upaya masih ada.InsyaAllah.Niat yang sebenarnya saya nak ke Perak menemani Encik Zauji namun atas beberapa sebab terpaksa ditunda.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Buat kaum hawa yang sudah berumahtangga,sama2 lah kita menjaga suami kita.Semoga kita menjadi isteri yang solehah dunia akhirat.Dan yang bakal mendirikan rumahtangga,lebih baik kawan2 belajar cara menjaga suami dan rumahtangga.Lengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...