24 August 2011

Shopping Before Raya

Assalamualaikum dan salam rindu buat sahabat-sahabat muslimah sekalian.Hari ini merupakan ramadhan yang ke 24.Ada lagi beberapa hari sebelum langkah ke bulan Syawal.Camne dengan persiapan raya?Semakin hari semakin dekat untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pada masa ini , anak muda mudi yang bekerja ataupun belajar di luar negeri akan pulang ke kampung masing-masing.Saudara mara yang dekat mahupun yang jauh akan berkumpul bersama-sama.Bagi kawan-kawan yang berada di oversea , jangan sedih jika tidak dapat pulang beraya.

Tinggal lagi dua hari saya dan zauji akan pulang ke Kelantan.Perasaan ingin membuak-buak rasanya namun  bersabar disebabkan tanggungjawab zauji yang belum selesai lagi di bumi Perak Darul Ridzuan.Sebelum pulang ke kampung saya dan suami dah plan nak beli barang-barang untuk dibawa pulang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Petang tadi ke Tesco.Niat di hati kami ingin membeli biskut raya tapi apa kan daya tiada yang berkenan.Zauji plak memilih untuk membeli sedozen air soya , jus kordial kiwi dan ketupat segera.Insyaallah pagi esok jika tiada aral melintang kami akan ke Ipoh.Nak shopping kat sana plak.

Saya teringat akan peristiwa semalam.Semalam saya terasa lapar lebih kurang pukul 11 malam.Setelah zauji habis mengaji Al-Quran kami keluar makan.Lepas balik dari makan,apa lagi ,saya mulai mengantuk.Tapi tak boleh terus tidur kena baca Al-Waqiat terlebih dahulu.Seperti biasa zauji banyak memberi nasihat agar memperbanyakan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadhan ini.

Zauji mengejutkan saya dalam pukul 3.30 pagi namun beratnya rasa badan ini .Sedih dan rasa rugi kerana pada waktu itu saya tidak bersama-sama zauji dan akhirnya zauji mengejutkan dalam pukul 4.30 pagi.Lekas-lekas saya bangun,ya allah lemahnya saya ini.Sedih rasanya ,zauji sudah pun menunaikan solat-solat sunat dan saya lena dibuai tidur.Lemah sungguh hambamu ini ya allah.

Mungkin disebabkan kenyang terlampau saya jadi begitu.Sebak di dada rasanya apabila kita ketinggalan melakukan ibadah-ibadah di malam hari di mana pada waktu doa adalah mustajab.Saya ketinggalan solat sunat tasbih dan rasa amat menyesal.

Pengajaran buat diriku hamba yang lemah , sentiasalah kita sedar bahawa kematian itu pasti dan sekarang dunia makin huru hara di mana maksiat berleluasa dan manusia semakin lalai dari mengingati ALLAH.Bergementarlah jiwa mu apabila disebut nama Allah,takut lah kamu terhadap kematian , berpeganglah kamu terhadap Al-Quran , bersyukurlah kamu atas apa yang dikurniakan untuk menjadikan kamu insan yang bertaqwa.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...