Assalamualaikum dan selamat petang kepada kawan-kawan Jamy.Apa khabar dan bagaimana persiapan menyambut Aidiladha yang bakal menjelang beberapa hari lagi.
Jamy masih di Ukm dan hari Jumaat malam Sabtu insyaallah akan bertolak pulang ke Kelantan.Jasad je yang masih berada di Ukm manakala roh mungkin berada di kampung..Hehe..Gurau aje..Petang tadi ada kuiz Kaedah Berangka selama 50 minit.Alhamdulilah boleh jawab namun Jamy ada kecuaian sedikit menyebabkan Jamy memakan masa yang lama untuk menjawab dan akhirnya tak sempat jawab satu soalan.Idea datang last minute.
Sebenarnya Jamy nak kongsi pasal abaya.Sejak kebelakangan ini Jamy gemar pakai abaya.Namun abaya yang ada baru dua helai..Jadi tidak boleh bergilir-gilir pakai.Insyaallah dimurahkan rezeki Jamy nak beli lagi..Actually hari ini Jamy dah bank in duit kepada salah seorang kenalan Jamy iaitu Kak Chik untuk membeli abaya sempena raya haji ini..Insyaallah hari Jumaat akan sampai di Ukm.
Tidak dinafikan harga abaya mahal maklum la dari dubai ataupun negera timur tengah.Namun Jamy amat puas hati dengan memakai abaya ini.Sejak kebelekangan ini Jamy selalu ke kelas dengan memakai jubah.Jarang dah usik baju kurung yang dalam almari.
Alhamdulilah suami Jamy menyokong Jamy memakai abaya.Setakat ini dahulu coretan Jamy untuk hari ini..
Jamy masih di Ukm dan hari Jumaat malam Sabtu insyaallah akan bertolak pulang ke Kelantan.Jasad je yang masih berada di Ukm manakala roh mungkin berada di kampung..Hehe..Gurau aje..Petang tadi ada kuiz Kaedah Berangka selama 50 minit.Alhamdulilah boleh jawab namun Jamy ada kecuaian sedikit menyebabkan Jamy memakan masa yang lama untuk menjawab dan akhirnya tak sempat jawab satu soalan.Idea datang last minute.
Tidak dinafikan harga abaya mahal maklum la dari dubai ataupun negera timur tengah.Namun Jamy amat puas hati dengan memakai abaya ini.Sejak kebelekangan ini Jamy selalu ke kelas dengan memakai jubah.Jarang dah usik baju kurung yang dalam almari.
Alhamdulilah suami Jamy menyokong Jamy memakai abaya.Setakat ini dahulu coretan Jamy untuk hari ini..

Yang ini first abaya Jamy yang Jamy beli dari Kak Chik.Kawan-kawan yang berminat membeli abaya Jamy syorkan lawat fb Abaya Elegan Lovers.






