30 November 2011

LOVE vs CiNTA

Salam Sayang Buat Insan Yang Bergelar Muslimah..Death do never us a a part adalah kebiasaan ikrar bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga..

Perkahwinan dalam Islam adalah jalan untuk meraih rahmat Allah SWT sesuai dengan firman-Nya :

"...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya ilah bahawa ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.."
(ar-Rum : 21 )

Isteri : "Adik berjanji untuk sehidup semati dengan abang."
Suami : " Abang berjanji untuk hidup selama-lamanya dengan adik."
Isteri : " Tak mati-mati?"
Suami : "Mati sekejap saja , lepas tu kita sambung hidup di syurga pula !




Di sebalik kisah lucu di atas tentang perkahwinan yang berkekalan sampai ke hujung usia.Kisah cinta pasanagan veteren ini sentiasa harum walaupun dek usia yang semakin meningkat.Ada sepasang suami isteri yang Jamy kenal , mereka masih berpegangan tangan ketika berbual dan cinta mereka tidak pernah pudar.Subhanallah ini la yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan rumahtangga kita.

Jamy masih belajar dalam kehidupan rumahtangga.Jamy impikan rumahtangga yang mendapat rahmat Allah SWT..Dan sahabat-sahabat terutamanya sahabat UKS banyak membantu Jamy.Terima kasih ye Jamy ucapkan.

Pertama ,jadikan rumahtangga tempat berkasih sayang kerana Allah.Antara caranya melalui pandangan dan sentuhan.Sabda Nabi SAW :

"Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya dengan rasa kasih sayang dan isterinya juga memandang suaminya dengan rasa kasih sayang maka Allah akan memandang kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang.Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka." 


Terima kasihkepada Allah kerana mengurniakan Jamy seorang suami.Alhamdulilah.


25 November 2011

Conteng-conteng

Guru Umpama Lilin
Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua.Apa khabar semua?Cuaca yang agak redup Jamy membuka lappy dan teroka ke alam maya dengan membaca pelbagai kisah-kisah yang berkaitan agama.Ilmu boleh dicari akan tetapi berguru itu lebih baik.Maksudnya menuntut ilmu dengan adanya insan yang bergelar guru...



Alhamdulilah Jamy bakal bergelar seorang guru , insyaallah dalam beberapa tahun lagi setelah tamatnya pengajian.Tapi Jamy mempersoalkan Jamy adakah Jamy mampu menjadi guru bukan sekadar memberi ilmu malah guru yang dapat mendorong pelajar ke arah kebaikan dan mengingati Hari Kiamat.Doakan Jamy ye....

Sejak kebelakaangan ini Jamy agak sibuk dengan urusan pelajaran di mana perlu siapkan assignment dan juga adanya Mid Sem Exam.Jamy buat yang terbaik dan yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah.Hanya Allah tempat kita bergantung.

Petang ini Jamy akan pulang ke Gombak untuk bertemu dengan zauji.Minggu lepas Jamy tak balik dan semalam zauji menelefon bertanyakan Jamy balik ke tak minggu ini..Rindu agaknya bertandang di hati kami berdua..

Salam Sayang Dari Jamy..http://www.emocutez.comCoretan untuk hari ini.Kita hendaklah menilai diri kita memperbaiki kelemahan diri kita dan jangan pedulikan apa orang kata, pedulikan apa Allah kata.Jaga aurat , jaga solat dan tinggal apa yang dilarang.Insyaallah kita akan memperoleh ketenangan.Bila hidayah datang kepada kita , jangan bertanggug segera lakukan.


02 November 2011

Abaya Dubai

Assalamualaikum dan selamat petang kepada kawan-kawan Jamy.Apa khabar dan bagaimana persiapan menyambut Aidiladha yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Jamy masih di Ukm dan hari Jumaat malam Sabtu insyaallah akan bertolak pulang ke Kelantan.Jasad je yang masih berada di Ukm manakala roh mungkin berada di kampung..Hehe..Gurau aje..Petang tadi ada kuiz Kaedah Berangka selama 50 minit.Alhamdulilah boleh jawab namun Jamy ada kecuaian sedikit menyebabkan Jamy memakan masa yang lama untuk menjawab dan akhirnya tak sempat jawab satu soalan.Idea datang last minute.

http://www.emocutez.comSebenarnya Jamy nak kongsi pasal abaya.Sejak kebelakangan ini Jamy gemar pakai abaya.Namun abaya yang ada baru dua helai..Jadi tidak boleh bergilir-gilir pakai.Insyaallah dimurahkan rezeki Jamy nak beli lagi..Actually hari ini Jamy dah bank in duit kepada salah seorang kenalan Jamy iaitu Kak Chik untuk membeli abaya sempena raya haji ini..Insyaallah hari Jumaat akan sampai di Ukm.

Tidak dinafikan harga abaya mahal maklum la dari dubai ataupun negera timur tengah.Namun Jamy amat puas hati dengan memakai abaya ini.Sejak kebelekangan ini Jamy selalu ke kelas dengan memakai jubah.Jarang dah usik baju kurung yang dalam almari.

Alhamdulilah suami Jamy menyokong Jamy memakai abaya.Setakat ini dahulu coretan Jamy untuk hari ini..


Yang ini first abaya Jamy yang Jamy beli dari Kak Chik.Kawan-kawan yang berminat membeli abaya Jamy syorkan lawat fb Abaya Elegan Lovers.

25 October 2011

Happy Deepavali

Assalamualaikum dan selamat petang.Di sini hujan turun dengan agak lebat sekali kemudian menjadi renyai-renyai.Sejak dua menjak ini hujan seringkali pada waktu petang.Itu adalah rahmat dari Allah.Kita sepatutnya bersyukur dengan kurniaan Allah.Tanaman memerlukan air,apabila ketandusan air maka tanaman akan menjadi kering.Kita pula sebagai manusia perlukan pengisian rohani agar hati kita tidak menjadi kering.

Esok adalah Hari Deepavali.Jamy ucapkan Selamat Hari Deepavali buat kaum India.Akan tetapi student Ukm yang bukan kaum India diberi cuti hanya sehari je manakalau kaum India je yang diberi cuti lebih berbeza pula dengan universiti yang lain.Mereka bercuti selama seminggu sempena Hari Deepavali.Ok lebih baik jangan mengeluh.Ok juga tak diberi cuti nanti akan bertambah kemalasan untuk mengulangkaji pelajaran.

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.Tidak sabar Jamy ingin pulang ke kampung.Insyaallah akan pulang bersama suami tercinta.Program untuk pagi esok sempena untuk pulang beraya Jamy dan kawan-kawan akan ke Masjid Jamek untuk membeli belah.Namun apa jua keadaan sibukkan diri anda membuat kebaikan dan berkelakuan positif.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...