05 April 2012

Fiest eTnik


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat ahli keluarga, rakan-rakan dan yang mengenali diri ini. Alhamdulilah masih lagi di beri peluang untuk meneruskan perjuangan. Apa khbar? Jamy ada beberapa berita hendak dikongsikan di sini.

Pertama, cuti pertengahan semester pada 7 April dan insyaallah lepas kelas esok boleh balik. Kami bercuti selama seminggu. Namun cuti bukan bermakna boleh rehat-rehat, Jamy dibekalkan dengan assignment dan juga naik semester ini akan ada tiga peperiksaan pertengahan semester. adoiii banyaknya, namun apa2 pun Jamy akan hadapi cuma dalam keadaan bersedia atau pun tidak. jika tidak mengulangkaji pelajaran, i got nothing..So, kena berusaha dan berusaha di mana usaha itu tangga kejayaan.

Second, buka semester ini Jamy dan rakan-rakan menyertai pertandingan menari. Apa yang dirancang adalah untuk menari tarian Sumazau dan kami dah mulai berlatih petang tadi selepas habis kelas.

ok la ya jumpa lagi...

04 April 2012

i am so tired !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jamy kembali lagi di ruang ini untuk mencatat coretan yang insyaallah mendatangkan manfaat.

Sejak kebelakangan ini, Jamy agak letih dek kesibukan di universiti. Kerja semakin bertimbun-timbun untuk diselesaikan. Ya Allah, rasa malas sgt !!! Namun itu bukan persoalan bak kata pepatah hendak seribu daya tak nak seribu dalih..

Penat penat penat ini adalah perasaan Jamy ketika ini. Kuatkan daku dalam mengharungi segala dugaan dan jauhkan daku dari sifat kemalasan yang akan memudaratkan diri sendiri.

Sekian dahulu dari Jamy. Akhir kata, jangan jadikan penat sebagai satu alasan untuk berusaha.

30 March 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat. Dan sudah pasti kaum muslimin sudah pulang dari menunaikan solat jumaat. Jam menunjukkan pukul 2.11 petang. 

Mengimbau kenangan dulu, pada waktu ini ayah pulang dari masjid. Arwah ibu sudah pun menyediakan makanan yang siap dihidang di atas meja. Apabila ayah pulang, terus je kami menjamu hidangan pada waktu itu. Indahnya suasana keluarga yang bahagia.

Namun sekarang orang-orang kesayangan saya sudah meninggalkan saya. Mereka sudah pulang ke kampung asal mereka di mana iaitu negeri akhirat. Yang pasti kita semua akan pulang ke sana namun adakah kita pulang dengan tangan kosong atau dengan adanya amalan atau ibadah yang bermanfaat.

Kebiasaannya saya akan pulang ke Setapak Indah setiap hari Jumaat apabila habis kelas namun tanggungjawab saya bukan hanya sebagai isteri. Tanggungjawab sebagai pelajar menyebabkan saya berkorban rasa rindu yang terpendam buat zauji. Semakin hari, semakin banyak assignment yang dibekalkan oleh pensyarah. Rutin saya sebagai pelajar semakin bertambah dan hujung minggu di isi dengan menyiapkan assignment. 

Sekian dahulu dari saya.

28 March 2012

Blog in New Version

Assalamualaikum wbt kepada semua yang dikenali mahupun tidak dikenali. Buka-buka blog dah boleh upgrade yang baru. Apa lagi yang ditunggu. Jamy terus je upgrade. Bak kata pepatah kita mesti maju ke hadapan jangan berada dalam keadaan yang sama.

Banyak juga cerita yang hendak dikongsi sepanjang minggu ini. InsyaAllah Jamy akan story one by one. First, semalam Jamy dan coursemate having dinner di Red Walk area Bangi. So fun. Kami seramai 15 orang di mana 3 orang kaum Adam dan the rest adalah girls. Kami makan steambot. Seorang dikenakan bayaran sebanyak RM33. Makan sampai kenyang. Apabila sampai sana, kami mengambil makanan dan diletakkan atas pinggan masing-masing.

Selesai makan, antara aktiviti kami adalah bertukar hadiah. Jamy dapat sebuah buku. Alhamdulilah. Ada yang dapat selimut, baju, kain tudung, bantal strawberry, lampu meja dan lain-lain. Seronok dan sesi bergambar sebelum pulang sebagai tanda kenangan kami.

Sebagai tatapan untuk rakan-rakan semua..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...