Tahun baru 2013 sudah bermula tirainya, sekejap je masa berlalu. Yang pasti individu itu sendiri menentukan bagaimanakah menghargai masa yang ada atau membiarkan masa pergi dengan pergi sahaja. Semalam saya dan suami ada majlis ilmu di Brickfield. Kami bertolak lebih kurang pukul 9.45 malam dari rumah Setapak Indah. Dalam perjalanan ke sana, terserempak dengan kawan-kawan suami yang mempunyai tujuan yang sama. Kemudian suami mempelawa mereka menumpang kereta kami memandangkan mereka membonceng motorsikal.
Sesudah sampai di rumah yang tempat kami belajar, biasalah kaum muslimin berkumpul di luar manakala kaum muslimat di dalam. Namun tak ramai muslimat yang hadir. Oleh sebab itu, saya bersama dengan isteri Ustaz Nik di dalam bilik sambil berkongsi ilmu. Berita baik adalah mereka baru menambah cahaya mata mereka yang ke sembilan. Diberi nama Nik Hannan Kauthar. MasyaAllah indahnya nama diberi !!! Membuatkan saya tidak sabar-sabar menunggu giliran saya.
Kemudian asyik bersembang. dikejutkan dengan bunga-bunga api yang berdentum. Oh rupanya dah masuk pukul 12 pagi iaitu 1 Januari 2013. Kebanyakkan manusia bersuka-ria menyambut tahun baru tanpa mereka sedar bahawa usia semakin bertambah, tanggungjawab semakin bertambah.
Teringat pesanan Dr Azizan Osman bahawa beliau menyuruh kita menyenaraikan matlamat kita yang hendak dicapai dalam tahun ini. Tadi Jamy ada terbaca belog Kak Ain iaitu Kak Ain menyenaraikan matlamat beliau. Jamy pun ingin berkongsi dengan anda matlamat Jamy pada tahun ini:
- Kewangan yang stabil dan ada duit simpanan dalam akaun kami
- Suami saya dapat menguruskan perniagaannya sendiri dengan jaya
-Ingin menjadi pakar agar wanita tampil anggun dan bergaya serta menutup aurat
-Ingin mencapai angka yang lebih 3,000 yang like page SF BEAUTY/ JAMY YAACOB
-Amal ibadah semakin bertambah
Itu sahaja yang saya ingin kongsikan.





