20 October 2018

My Little Girl

Haii uolls..

Cikgu sudah mempunyai 3 orang anak iaitu dua hero yang soleh dan seorang anak perempuan yang solehah.

Cikgu nak kongsikan pengalaman bersalin anak ketiga cikgu iaitu, Siti Aminah Zuhaira.Setiap orang ada pengalaman tersendiri, dan ada yang sangat mudah bersalin sampai tak sempat nak bawa pergi hospital.

Namun ada juga yang susah bersalin sehingga beberapa hari sakitnya hendak bersalin. Pengalaman yang berbeza-beza dan cikgu yakin setiap ibu akan merindui pengalaman bersalinkan anak.Pengalaman itu tetap segar dalam ingatan insan yang bergelar ibu.

Due date Aminah sepatutnya 8/8/2018 tapi cikgu dah agak mesti akan keluar awal dari due. Kedua-dua anak cikgu keluar awal dari due date yang diberikan doktor.

Memang betul sangkaan cikgu, Aminah lahir pada 25/7/2018 pada pukul 1.31 petang. Pengalaman bersalinkan Aminah berbeza sedikit sebab cikgu tak rasa sakit sangat. Jadi bukaan jalan lambat sebab tak sakit, contraction pun tak lama.

Cikgu ke hospital pada pukul 9.00 pagi dan kebetulan nasib cikgu baik. Cikgu terus masuk bilik labour room kerana ada yang cancel bilik labour room tersebut. Masa masuk labour room bukaan jalan dah 4 cm.

Tapi bila masuk labour room, sakit tak kuat sangat dan nurse masukkan ubat, cikgu tak tahu pula apa pula nama ubat. Apa yang cikgu tahu nurse beritahu ubat tu supaya sakit nak bersalin tu kerap dan jalan akan terbuka.

Betul la apa yang nurse beritahu, lepas masuk ubat tu, terus rasa sakit teramat sangat dan rasa nak bersalin. Alhamdulilah cikgu selamat bersalin normal dan bersyukur tak ada koyakan.

Lahirlah puteri cikgu yang bernama Siti Aminah Zuhaira, nama ni husband cikgu yang pilih. Ikutkan cikgu nak namakan anak Maryam tapi husbnad cikgu berkenan dengan nama Aminah.

Aminah bertuah sebab dia 24 jam dengan cikgu, cikgu tak payah nak pam susu untuk Aminah.Aminah boleh direct feeding dengan cikgu. Cikgu amalkan set menyusu untuk pastikan Aminah dapat susu yang mencukupinya.

Cikgu ambil supplement Shaklee iaitu ESP dan Alfafa untuk milkbooster. Alhamdulilah rezeki Aminah dapat susu yang cukup, dan memang niat cikgu setiap orang anak cikgu akan menyusu sehingga 2 tahun.

Cuma anak kedua, tak sampai dua tahun sebab dia dah dapat adik. Mus'ab menyusu sampai 1 tahun 9 bulan. 



Ni la satu-satunya puteri kesayangan cikgu. Doakan Siti Aminah Zuhaira menjadi anak yang solehah, 

Uolls jika ada masalah susu drop boleh contact cikgu ye. Boleh tinggalkan komen nanti cikgu akan follow balik.

14 October 2018

Kenapa Cikgu Pilih Shaklee

Dah lama cikgu menyepi dari dunia blogger. Dulu tengok orang buat blog, cikgu pun buat la juga..Dulu guna jamy, nama popular zaman muda mudi dulu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya siapalah cikgu ni, cikgu adalah seorang guru yang telah berhenti kerja dan ada business sendri. Cikgu menguruskan hometuition dan juga memiliki kelas Al-Quran.
Di samping itu, cikgu juga adalah seorang pengedar sah Shaklee.

Cikgu bermula dengan Shaklee hampir dua tahun lepas apabila cikgu mengalami masalah susu drop. Masa tu, cikgu perlu buat stok untuk anak kedua dan stok tak cukup untuk tinggal kat rumah pengasuh.

Cikgu pernah cuba produk lain tapi tak berkesan dan akhirnya cikgu tergerak hati nak cuba ESP dari Shaklee. So cikgu cuba dan contact kawan lama cikgu dan cikgu daftar ahli Shaklee.

Pada mulanya, tak ada niat pun nak buat business tapi cikgu makin lama makin tertarik dengan business Shaklee, cikgu pun buat keputusan untuk fokus pada business Shaklee.

Buisness Shaklee ni best sebab tak perlu nak simpan stok, modal serendah seratus untuk daftar ahli.Kemudian tak payah nak keluar pos barang sebab boleh order online dah HQ akan tolong poskan barang pada customer.

Selain tu, company akan bagi bonus jika dapat buat 150 uv ke atas, bonus pun dapat, untung runcit pun dapat.

Bnayak sangat peluang yang best2 bila buat bisness Shaklee, selain boleh jaga kesihatan boleh juga dijadikan sebagai bisness.

Jika sesiapa yang berminat untuk jadi ahli Shaklee, boleh whatsapp cikgu.
013 9939963.

Cikgu juga boleh cod area Pasir Gudang, Johor. Berminat boleh whtsapp cikgu ye.

04 August 2017

TAMBAH SUSU

Sudah beberapa tahun kakja tinggalkan blog. Inshaallah kakja kembali menulis di blog.Harap selepas ini followers makin bertambah.

Untuk pengetahuan follower, kakja sekarang menetap di Pasir Gudang, kakja bekerja sebagai cikgu dan sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Alhamdulilah kedua-dua ank lelaki.

Kakja nak share juga pasal business. Kakja mempunyai kelas pengajian Al-Quran, iaitu Qalbu Syifaa Pro Quran Pasir Gudang. Kelas ini terbuka kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas dan kami juga ada kelas pengajian bagi orang dewasa. Bagi yang berdekatan boleh daftar mengaji.

Selain itu, kakja juga SID Shaklee, kakja ambil Shaklee sebab nak tambah susu. Salah satu faktor kakja terjebak dengan Shaklee, alang-alang guna kakja daftar jadi ahli dan juga buat business Shaklee. Niat utama nak sebarkan kebaikan produk kepada orang ramai.

Kakja nak kongsikan sejak kakja consume ESP, susu semakin bertambah. Buktinya bila pam susu kakja dapat 6 Oz,bagi kakja itu sangat banyak. Dulu nak dapat 2 Oz pun susah. Kakja pernah cuba poduk lain tapi tak menjadi, mungkin ia tak menjadi dengan kakja tapi alhamdulilah dengan Shaklee menjadi.

Okay la ye, ini kira entry pertama dalam tahun 2017 setelah lama kakja menyepi dalam dunia blog.


08 May 2015

Pengalaman Mengajar

Sebenarnya jamy belum lagi tidur sebab esok cuti sekolah, suami baru sahaja guna laptop dan sekarang turn jamy guna laptop, rasa rindu nak tulis blog. Memang jamy suka menulis, maaf kalau posting jamy tidak menarik hati kamu semua. Menulis ikut suka hati kan!!

Banyak yang jamy nak kongsikan. Sekarang sudah masuk 5 bulan berada di Johor, alhamdulilah dapat membiasakan diri di sini. Walaupun rindu pada ahli keluarga di kampung tapi berada di sini boleh dikatakan gembira sebab masih ada suami dan anak di sisi. Alhamdulilah :)

Sekarang anak jamy, Mokhtar sudah makin cerdik budaknya. Boleh dikatakan Mokhtar menghiburkan hati jamy di kala balik sekolah dengan penat. Terhibur dengan dia. Kadang-kadang sedih bila fikir jamy pergi kerja dan tinggal Mokhtar di rumah, rasa nak jadi full housewife. Inshaallah bila mommy dan daddy sudah stabil, mommy akan fokus pada Mokhtar.

Kemudian jamy ingin kongsikan pengalaman menjadi seorang guru. Mula-mula masuk sekolah, jamy mengalami sedikit tekanan apabila berhadapan dengan pelajar yang kurang dengar kata. Bukan senang untuk handle mereka jika kita tidak pandai menggunakan psikologi. Pada awalnya, jamy selalu marah-marah diorang sebab tengok cikgu lain macam garang je. Okay nak cerita ada satu budak Cina namanya Lee (nama samaran), jamy selalu marah dia. Pada suatu hari, masa peperiksaan jamy ke kelas dia untuk jaga periksa dan jamy nampak dia cakap "Cikgu gila datang". Memang sakit hati.

Lepas tu, jamy fikir mungkin budak ni tak suka kita asyik marah-marah dia sebab malas dan banyak main dalam kelas. Akhir sekali jamy menggunakan pendekatan psikologi dengan selalu puji dia, tak marah dia. Cakap elok-elok dengan dia. Alhamdulilah bersyukur sangat Lee yang jamy kenal sekarang jauh beza dengan Lee yang dulu.

Antara perubahan yang jamy nampak, dia akan senyap dalam kelas, tidak kacau orang lain. Offer diri untuk tolong jamy, buat eksperimen, salin nota, buat kerja yang jamy suruh tulis. Dan apa yang best, kerjaya seorang guru adalah membawa balik buku pelajar. Disebabkan takut dia tak bawa buku nota Sains, dia bagi jamy pegang buku dia dan bila masa Sains jamy akan bawa buku nota tersebut ke kelas dia. Tapi sebab dia nak belajar, jamy sanggup buat macam tu. 
Akhir sekali, jamy bukan nak kata jamy guru yang bagus sebab jamy baru setahun jagung dalam mengajar. Inshaallah ingin menjadi guru yang pelajar enjoy belajar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...