08 May 2015

Pengalaman Mengajar

Sebenarnya jamy belum lagi tidur sebab esok cuti sekolah, suami baru sahaja guna laptop dan sekarang turn jamy guna laptop, rasa rindu nak tulis blog. Memang jamy suka menulis, maaf kalau posting jamy tidak menarik hati kamu semua. Menulis ikut suka hati kan!!

Banyak yang jamy nak kongsikan. Sekarang sudah masuk 5 bulan berada di Johor, alhamdulilah dapat membiasakan diri di sini. Walaupun rindu pada ahli keluarga di kampung tapi berada di sini boleh dikatakan gembira sebab masih ada suami dan anak di sisi. Alhamdulilah :)

Sekarang anak jamy, Mokhtar sudah makin cerdik budaknya. Boleh dikatakan Mokhtar menghiburkan hati jamy di kala balik sekolah dengan penat. Terhibur dengan dia. Kadang-kadang sedih bila fikir jamy pergi kerja dan tinggal Mokhtar di rumah, rasa nak jadi full housewife. Inshaallah bila mommy dan daddy sudah stabil, mommy akan fokus pada Mokhtar.

Kemudian jamy ingin kongsikan pengalaman menjadi seorang guru. Mula-mula masuk sekolah, jamy mengalami sedikit tekanan apabila berhadapan dengan pelajar yang kurang dengar kata. Bukan senang untuk handle mereka jika kita tidak pandai menggunakan psikologi. Pada awalnya, jamy selalu marah-marah diorang sebab tengok cikgu lain macam garang je. Okay nak cerita ada satu budak Cina namanya Lee (nama samaran), jamy selalu marah dia. Pada suatu hari, masa peperiksaan jamy ke kelas dia untuk jaga periksa dan jamy nampak dia cakap "Cikgu gila datang". Memang sakit hati.

Lepas tu, jamy fikir mungkin budak ni tak suka kita asyik marah-marah dia sebab malas dan banyak main dalam kelas. Akhir sekali jamy menggunakan pendekatan psikologi dengan selalu puji dia, tak marah dia. Cakap elok-elok dengan dia. Alhamdulilah bersyukur sangat Lee yang jamy kenal sekarang jauh beza dengan Lee yang dulu.

Antara perubahan yang jamy nampak, dia akan senyap dalam kelas, tidak kacau orang lain. Offer diri untuk tolong jamy, buat eksperimen, salin nota, buat kerja yang jamy suruh tulis. Dan apa yang best, kerjaya seorang guru adalah membawa balik buku pelajar. Disebabkan takut dia tak bawa buku nota Sains, dia bagi jamy pegang buku dia dan bila masa Sains jamy akan bawa buku nota tersebut ke kelas dia. Tapi sebab dia nak belajar, jamy sanggup buat macam tu. 
Akhir sekali, jamy bukan nak kata jamy guru yang bagus sebab jamy baru setahun jagung dalam mengajar. Inshaallah ingin menjadi guru yang pelajar enjoy belajar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...