17 May 2012

Header Blog

Assalamualaikum dan selamat petang. Kali ini saya update belog yang bertajuk Header..Kawan2 perasan tak di belog saya ada header baru dan mungkin berwajah baru agaknya.


Header ini saya tempah dengan Kak Nor Abdullah. Nanti jika kawan2 berminat nak tempah header boleh la menempah dengan Kak Nor. Boleh ke fb Nor Abdullah..


Saya nak ucapkan tahniah kepada kakak2 senior dan bakal yang bergelar guru kerana anda dah mengetahui tempat posting anda.Ini adalah Hari Guru buat anda. Saya turut tumpang gembira dan tak sabar rasanya nak habis belajar untuk menjadi guru..Masih ada setahun lagi untuk menamatkan pengajian..Sabar itu separuh dari iman..


Sekian dahulu entry pendek dari Jamy..

12 May 2012

Produk Hidayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan blogger yang setia mengunjungi blog Jamy yang biasa-biasa aja berbanding blog sahabat yang lain. Apa khabar semua, semoga sihat hendaknya.

Dah sebulan Jamy menceburi dalam bidang perniagaan abaya secara online. Alhamdulilah dengan bantuan Kak Ain pemilik Nur Ain'z Boutique yang banyak mengajar Jamy dalam memulakan perniagaan secara kecil-kecilan melalui internet..Jemput singgah di page Jamy LU' LU' Maknun Collection. Bersyukur ke hadrat Illahi Jamy dah menerima tempahan customer..Di samping itu, saya juga mempromosikan Produk Kecantikan Hidayah. Untuk keterangan lebih lanjut sila lawat page LU' LU' Maknun Collection.

                                                                           


Sekian dahulu.


06 May 2012

Wanita Mulia

Assalamualaikum.. Apa khabar rakan2 semua, semoga sihat. Alhamdulilah dan syukur kita masih diberi peluang meneruskan perjuangan.

Jamy ingin berkongsi cerita mengenai Aminah binti Wahab.. Setelah Jamy membaca sejarah kisahnya, Jamy mengagumi dan ingin mencontohi bonda Nabi Muhammad S.A.W..MasyaAllah alangkah indah budi..Jamy kongsi mengenai perkahwinan Aminah dan Abdullah..

Ayah dan ibunya sudah meninggal dunia dan Aminah dipelihara oleh bapa saudaranya Wuhaib. Kebanyakan penduduk kota Mekah menyukai Aminah, dan para gadis perawan menyukai Abdullah. Tiba-tiba, apabila mengetahui akan perkahwinan Aminah dan Abdullah, ada seorang gadis mengeluh kesedihan kerana gadis tersebut terlalu mencintai Abdullah.

Ibu gadis tersebut buntu memikirkan kesedihan anaknya itu, dirinya tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan kepada anak gadisnya.Ibunya mendapat ilham menyuruh anaknya berpakaian indah untuk ke majlis perkahwinan Aminah.Ibunya menyuruh anaknya memberitahu Aminah agar membatalkan perkahwinan.
 Dalam hati, ibu gadis itu berkata, ' Semoga Tuhan menyedarkan anak gadisku ini akan takdir Tuhan yang sudah termaktub selepas dia bertemu Aminah bakal suri Abdullah itu.'

Semasa di majlis tersebut, anak gadisnya tidak sabar untuk menemui Aminah dan belum pernah mengenali Aminah..Sedetik dia melihat Aminah, jantungnya bergetar deras...Hnya satu patah perkataan yang terlintas di sanubarinya.."Tuhan....".Mulutnya terkunci rapat, dia sendiri kurang faham apakah perasaan yang dialaminya.

Apabila berhadapan dengan Aminah, Aminah perlahan mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu.." Terima kasih saudaraku, semoga saudari juga dirahmati Tuhan dan dikurniakan jodoh yang baik.."...

MasyaAllah indah akhlak Aminah bonda Nabi Muhammad S.A.W..

06 April 2012

Habib Umar


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat ahli keluarga, sahabat handai dan yang mengenali diri ini. Sementara menunggu zauji datang ambik Jamy, saya update blog.

Adakah kalian mengenali Habib Umar ? Agaknya kalian sudah mengenali ulama yang tersohor dari Tarim, Yaman. Beliau akan datang ke Malaysia dan di sini ada butiran kedatangan beliau.Semoga dapat manfaat dengan kedatangan beliau ke sini. Sama2 kita rebut peluang untuk menghadiri majlis ilmu bersama-sama Habib Umar. InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...