Assalamualaikum.. Apa khabar rakan2 semua, semoga sihat. Alhamdulilah dan syukur kita masih diberi peluang meneruskan perjuangan.
Jamy ingin berkongsi cerita mengenai Aminah binti Wahab.. Setelah Jamy membaca sejarah kisahnya, Jamy mengagumi dan ingin mencontohi bonda Nabi Muhammad S.A.W..MasyaAllah alangkah indah budi..Jamy kongsi mengenai perkahwinan Aminah dan Abdullah..
Ayah dan ibunya sudah meninggal dunia dan Aminah dipelihara oleh bapa saudaranya Wuhaib. Kebanyakan penduduk kota Mekah menyukai Aminah, dan para gadis perawan menyukai Abdullah. Tiba-tiba, apabila mengetahui akan perkahwinan Aminah dan Abdullah, ada seorang gadis mengeluh kesedihan kerana gadis tersebut terlalu mencintai Abdullah.
Ibu gadis tersebut buntu memikirkan kesedihan anaknya itu, dirinya tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan kepada anak gadisnya.Ibunya mendapat ilham menyuruh anaknya berpakaian indah untuk ke majlis perkahwinan Aminah.Ibunya menyuruh anaknya memberitahu Aminah agar membatalkan perkahwinan.
Dalam hati, ibu gadis itu berkata, ' Semoga Tuhan menyedarkan anak gadisku ini akan takdir Tuhan yang sudah termaktub selepas dia bertemu Aminah bakal suri Abdullah itu.'
Semasa di majlis tersebut, anak gadisnya tidak sabar untuk menemui Aminah dan belum pernah mengenali Aminah..Sedetik dia melihat Aminah, jantungnya bergetar deras...Hnya satu patah perkataan yang terlintas di sanubarinya.."Tuhan....".Mulutnya terkunci rapat, dia sendiri kurang faham apakah perasaan yang dialaminya.
Apabila berhadapan dengan Aminah, Aminah perlahan mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu.." Terima kasih saudaraku, semoga saudari juga dirahmati Tuhan dan dikurniakan jodoh yang baik.."...
MasyaAllah indah akhlak Aminah bonda Nabi Muhammad S.A.W..




No comments:
Post a Comment