01 October 2011

Sweet Itu Manis

Assalamualaikum dan apa khabar buat sahabat-sahabat yang kukasihi.Malam ini saya ingin membuat satu coretan hati.Hati ini yang selalu merindui zauji tercinta dan ahli keluarga yang di sayangi selalu serta tidak lupa pada sahabat-sahabat terutama Ana yang berada di Perak sana.

Buat zauji ku, selamat pulang ke Kelantan bersama-sama kembarnya. Semoga reunion esok zauji gembira ya.Saya di sini tumpang gembira juga.Terima kasih buat suamiku.

Saya ingin menyentuh mengenai topik yang berkaitan dengan wanita.Dalam Islam mengangkat darjat sebagai wanita.Oleh itu,kita seharusnya bersyukur menjadi seorang wanita dan menghargai diri kita serta menjaga diri kita sebagai wanita.Sekiranya kita melakukan kesilapan cepat2 kita bertaubat kepada Allah.Sesunggunhya Allah Maha Pengampun.

Perkara yang sering dilakukan oleh wanita adalah mengumpat.Kita elakkan dari bercerita tentang aib seseorang malah kita sepatutnya berdoa untuk kebaikan seseoarang yang kita nampak melakukan kesilapan jika kita tidak mampu untuk menegur kesilapannya.Pupuklah hati kita sebersih air kelapa yang jernih.Bersihkan hati kita dari sikap cemburu atau hasad dengki dan sebagainya.Jadilah kita sebagai wanita yang solehah dan bagi yang dah berkahwin ; hiasilah rumahtangga anda dengan warna-warni kegembiraan dan kesukaan bersama suami dan anak-anak.

Saya pun tidak ketinggalan yang mempunyai azam untuk menjadi wanita yang solehah dan dan mencontohi Fatimah Az-Zahra iaitu ketua bidadari di syurga nanti.



17 September 2011

Luahan Hati

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat-sahabat yang dikasihi.Sudah lama saya tidak update blog.Semoga kalian dalam keadaan sihat walafiat dan bersemangat untuk menulis di alam blog ini.Alhamdulilah sekarang saya sudah berada di Kuala Lumpur dan insyaallah Isnin ini saya akan hadir ke kuliah bagi memulakan pelajaran setelah empat bulan cuti semester.

Sekarang saya dan zauji menumpang di rumah mak saudara sebelah suami memandangkan cuti hujung minggu.Esok zauji akan menghantar saya balik ke UKM.Akan tetapi saya mempunyai beberapa masalah iaitu saya tidak mempunyai penetapan kolej.Oleh sebab itu , saya akan menumpang di bilik kawan coursemate saya di Kolej Keris Mas.Saya berhasrat untuk memohon rayuan untuk menetap di kolej tersebut memandangkan urusannya amat mudah dan tidak sesukar kolej lain yang terpaksa menunggu dua minggu untuk keputusan rayuan.

Petang tadi saya beserta zauji dan ahli keluarga mak saudara ke rumah terbuka salah seorang Dato' yang agak terkenal.First time saya melangkah ke rumah Dato' dan menghadiri rumah terbuka orang yang terkenal.Rasa gugup sebab kebanyakan mereka berfesyen dan nampak berbeza dengan penampilan saya yang serba sederhana.Namun apa yang saya lihat ialah para hadirin yang menghadiri seperti bertelanjang dan tidak menepati cara menutup aurat yang sempurna.


05 September 2011

Angkara Manusia

Assalamualaikum semua.Hari ini genap seminggu hari raya Aidilfitri.Ramai yang sudah pulang ke ibu kota bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.Alhamdulilah kita dah melalui bulan Ramadhan dan menyambut 1 Syawal bersama-sama dengan saudara-mara , jiran tetangga serta sahabat-sahabat.

Angkara Manusia entry saya kali ini.Maksudnya seseorang yang terkena gangguan makhluk halus seperti jin , iblis ataupun syaitan yang seangkatan dengannya akibat angkara seorang manusia yang tidak berpuas hati ,berdendam ataupun mahu menghancurkan hidup.

Salah satu cara untuk menggugurkan gangguan syaitan ini , kita boleh melakukan solat sunat tasbih.Kalian boleh rujuk di blog tanyalah ustaz.Setakat ini dahulu coretan saya , saya berharap apa pun ujian yang Allah bagi kita sabar dan jangan putus asa dari berdoa.

30 August 2011

Saya dan Niqob

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat saya.Alhamdulilah hari ini adalah hari raya pertama.Ramadhan sudah meninggalkan kita dan saya harap amal ibadah semakin bertambah.Ini nasihat untuk diri saya sendiri peringatan buat diri ini yang sentiasa lemah.

Salah satu amalan yang dilakukan di hari raya adalah menziarahi sanak saudara , jiran tetangga dan sahabat.Tidak lupa juga menziarahi kubur.Alhamdulilah pagi ini saya dan suami beserta ahli keluarga menziarahi jiran tetangga.Insyaallah malam nanti akan balik ke rumah nenek sebelah zauji.

Entry kali ini saya bawakan tajuk saya dan niqob.Secara jujurnya saya sudah masuk tiga minggu berniqob atau dengan kata nama lain purdah.Alhamdulilah niat saya disokong oleh zauji.Semalam zauji tolong baiki niqob saya.Saya ada tempah dua helai niqob dengan seorang muslimah dan niqob tersebut agak besar untuk saya.Semalam zauji tolong potong agar sesuai dengan saiz muka saya.Doakan saya agar istiqamah ye!!!

Kelmarin saya dan adik ipar ke pasar untuk mencari keperluan raya.Kebetulan saya singgah di suatu gerai untuk membeli keronsang dan sungguh petah seorang muslimah yang berumur 21 tahun bertanya saya.

Jurujual : Kak tak panas ke pakai purdah ?
Saya     : Emm ( Saya diam )
Jurujual : Try kak bukak purdah , mesti lawa kan...
Saya     : Emm ( Saya masih kelu tanpa kata-kata )


Sebenarnya saya tak boleh nak berkata-kata jika saya mendapat persoalan macam ni..Pakai niqob tak panas jika kita dah rasa cinta pada niqob.Itu je yang saya dapat ungkapkan.Jika kita mencintai sesuatu kita tidak akan rasa panas mahupun rimas.

Saya tidak menganggapnya sebagai wajib namun saya ambil ia sebagai sunat kerana isteri Rasulullah SAW memakainya.Untuk ulas isu niqob saya kurang arif.Maafkan saya yang saya tahu saya selesa dan suka dan saya anggap ia sebagai sunat memakainya di mana apabila berada di restoran mahupun di rumah saya akan membukanya agar orang lain selesa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...