12 March 2011

Pertahankan Dirimu

     Assalamualaikum semua.Apa khabar?Semoga dalam rahmat Allah dan hari ini lebih baik dari semalam.Sama-sama kita perbetulkan niat kita,menjaga hati kita yang akan lalai jika tidak di jaga.Niat kita pada hari ini adalah untuk membuat kebaikan kepada orang lain.Bersedia menolong orang yang memerlukan.

    Sebenarnya saya ingin berkongsi tentang apa yang ikuti semalam.Semalam ada dianjurkan Forum Perdana Pertahankan Dirimu iaitu anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi.Sebenarnya sahabat saya yang mengajak saya untuk ke forum tersebut.Ikutkan hati saya tidak berminat sangat mengenai seni mempertahankan diri.

    Semasa forum,saya menyedari bahawa seni silat ini amat penting juga bagi kitaKaum Adam sepatutnya merebut peluang ini.

     "Dan sediakanlah untuk menentang mereka ( musuh yang menceroboh ) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.."
Surah Al- Anfal : 60


    Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,ambil la peluang untuk belajar seni mempertahankan diri.Kita hendaklah mempertahankan agama,maruah,akal,nyawa dan harta.Kata-kata ini saya petik dari ahli panel semalam.

    Jumpa lagi ye kawan-kawan.


09 March 2011

Namun Ku Punya Hati

  Tetiba saya rasa sedih apabila mendengar lagu yang berkumandang di corong-corong radia IKIM.Namun Ku Punya Hati.Ya,kita punya hati.Hati kita mudah terasa,sensitif dan hati kita juga mudah terhibur serta hati yang riang.

  Jika seketul daging dari badan kita bersih,maka bersihlah segalanya.Daging tersebut adalah hati.Kita mestilah berwaspada dan sentiasa menjaga hati kita.Jika hati kita dilanda perasaan sedih,kecewa kita seharusnya mengambil tindakan sepatutnya agar perasaan sedih dan kecewa tidak melarat.Sayangilah diri kita,Ingatlah Allah dekat dengan kita,dekat dari urat di leher kita,Berbicaralah dengan Allah hanya Dia tempat kita mengharapkan pertolongan.Saya juga selalu sedih tapi saya tidak boleh membiarkan diri saya terus dalam kesedihan.Kita dihantar ke dunia ini seharusnya tabah menghadapi dugaan dan masalah.Syurga adalah destinasi kita.Semoga kita bertemu di Syurga.

Assignment

  Buat beberapa hari ini,byk assignment yang perlu disiapkan.Satu presentation dah lepas,lega rasa.Alhamdulilah.Tinggal satu lagi assignment,hari Jumaat ini ada presentation.Buat partnerku,selamat berusaha untuk kita siapkan assignment kita.Lepas Jumaat ini,kita merdeka la sekejap sebelum final exam.Nanti study week,kita semua akn bertungkus-lumus untuk study.Study pun jgn samapai terlupa akn tnggungjawab kita sbg hamba Allah.Pengisian rohani amat penting untuk memberi ketenangan yg tidak terhingga.

  Jumpa lagi.Semoga perjalanan kehidupan kita diberkati.Jom kita bersihkan hati kita.

05 March 2011

Pemilik Cinta Setelah Allah dan Rasul

   Alhamdulillah sy begitu excited untuk menulis.Setelah ada masalah guna Google Chrome selama sejam saya menunggu loading.Lastly saya terfikir untuk menggunakan Mozilla..Hehe..anyway Mozilla help me.
  
  Sebenarnya saya teringin nak berkongsi dengan ahli keluarga,sahabat-sahabat tentang apa yang saya dapat dari forum smlm.Tajuk forum smlm adalah " Pemilik Cinta Setelah Allah dan Rasul ".Best kan dengar je tajuk forum ni.Semalam banyak ilmu yang saya dapat,dan saya tidak berasa rugi dalam menghadiri majlis ilmu tersebut.Ini kerana kita dikelilingi oleh malaikat.
  
   Cinta..cinta..cinta...Mesti semua pernah alami cinta?Tapi cinta kita kepada siapa?Cinta yang paling tinggi darjatnya adalah cinta kepada Allah.Adakah kita hanya mampu berkata manis di bibir yang kita betul-betul cinta kepada Allah?Apakah bukti yang kita cinta pada Allah?Apabila kita mengakui kita cinta pada Allah,kita seharusnya membuktikan kecintaan kita kepada Allah.


    Sekarang saya fokuskan kepada cinta kepada Allah.Pertama,apabila kita mencintai Allah,hati kita akan gementar apabila menyebut Allah Allah Allah..Gementarkah hati ke?Saya menyeru kepada diri saya,ahli keluarga saya dan sahabat-sahabat saya agar kita bila menyebut nama Allah gementarnya hati,sayunya hati dan ingin bertemu Allah nanati akhirat.Insyaallah.


   Kedua,untuk membuktikan rasa cinta kepada Allah kita mesti menjaga ibadah kita seperti solat 5 waktu sehari,berpuasa,bersedekah dan lain-lain kebaikan.Bagaimanakah kita ingin khusyuk dalam solat?Solat itu tidak akan khusyuk jika fikiran kita di tempat lain.Saya juga menyarankan diri saya,ahli keluarga dan sahabata agar khusyuk dalam solat.Sama-samalah kita khusyuk bila melakukan ibadah solat.Untuk khusyuk dalam solat,kita mesti mengetahui makna-makna bacaan dalam solat.So,tindakan pertama kita jom kita memahami makna-makan bacaan,ini dapat mengelakkan dari lalai.


 Ketiga,amalan berzikir serta mendekatkan diri dengan Allah dengan amalan-amalan lain.Contohnya solat tahjud,solat hajat,solat taubat dan solat dhuha.Kita boleh amalkan zikir siang dan amalan..Menyebut subhanallah,alhamdulillah dan allahuakhbar.Cubalah ye kita amalkan..

Ada lagi saya nak kongsi,tapi ada kerja lain perlu dilaksanakan.Nanti kita jumpa lagi.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...